Wednesday 19 October 2016

"Retrenchment @ Termination": Ketahui hak anda.



Isu hangat ni!
Kenapa tetiba je keluar isu ni kat page Mama ni ye.

Anak ku, Hakim.... 
For your information, kilang tempat Mama kerja ni akan beroperasi sepenuhnya di Indonesia. Semua  machine akan dibuka dan dibawa ke Indonesia secara berperingkat. Pekerja pun akan diberhentikan secara berperingkat. Termasuk lah Mama.

 So amacam? Okay tak?
Ada chance lah Mama jadi fulltime house manager lepas ni.  Hihihihi...



Tujuan Mama tulis entry ni sebenarnya sebagai rujukan Mama dan pengetahuan reader yang nak tau pasal hak pekerja yang terlibat dengan retrenchment ni. Dah kata jadi HR kan, so Mama kena lah amik tahu dan share knowledge ni.

Kot ada salah mana-mana part dalam entry ni boleh lah tolong betulkan or kongsi pengalaman di akhir entry ni. Sebab ni pun first time Mama handle issue retrenchment ni. Mama banyak refer kepada laman web rasmi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan  sumber dalam entry ni kebanyakkan boleh didapati dalam laman rasmi JTK.

-------------------------------------------

Sebagai HR,  tentu sekali Mama kena pastikan hak majikan dan pekerja terpelihara dan mengikut perundangan yang betul. Kena ada win win kat sini. Mama kena bantu majikan ikut perundangan, dan dalam masa yang sama hak pekerja juga tidak terabai. 

Antaranya Mama kena kenal pasti dan buat semakan apakah hak pekerja dan majikan yang terlibat dengan issue ini. Borang apa nak guna dan dihantar serta apakah pampasan yang boleh pekerja dapat dalam proses pemberhentian pekerjaan ini. Semua ni kena semak dengan badan kerajaan yang betul. Tapi dalam entry ni Mama nak tekan kan hak pekerja dahulu.

Bab hak majikan tu semestinya penting juga tapi biasanya majikan akan cuba untuk ikut lunas perundangan yang betul dengan faedah paling minima diberi atau dibayar  kepada pekerja.
Sebabnye,  mana ada majikan yang nak kena saman dan nak bayar lebih kan.....

 So kita skip je bahagian hak majikan tu ye. 
Mama nak share hak - hak asas yang pekerja perlu ambil tahu dulu ye dalam retrenchment ni.

Jangan stress lelebih ye.



1. Notis penamatan perkhidmatan.

Majikan perlu memberi notis penamatan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di dalam kontrak perkhidmatan. Jika tiada peruntukan mengenainya di dalam kontrak perkhidmatan tersebut, majikan hendaklah memberi notis sepertimana yang dinyatakan di bawah Akta Kerja 1955 berikut

a) 4 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama kurang daripada 2 tahun

b) 6 minggu jika pekerja telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau

c) 8 minggu notis jika pekerja telah bekerja lebih daripada 5 tahun 



Maksudnya kat sini pekerja mesti diberikan notis penamatan perkhidmatan daripada majikan. Tempoh notis pula berbeza mengikut seniority. Lebih lama kerja, lebih panjang tempoh notis yang majikan kena beri kepada pekerja.




2. Gaji ganti notis. (Indemniti)

Kalau majikan lambat bagi notis ikut perundangan yang ditetapkan kat perkara 1 di atas. Maka pekerja layak dapat gaji ganti notis ni okay. Dan gaji gantirugi notis ni majikan kena bayar selewatnye pada hari terakhir kontrak perkhidmatan ditamatkan.

Contoh situasi:

Gaji terakhir :
RM2,000.00

Bulan diberhentikan :
August 2016 
(bulan 8 ada 31 hari)

Tempoh berkhidmatan:
2 tahun 6 bulan
( layak: 6 minggu notis = 7 hari seminggu X 6 = 42 hari)

Contoh bagi kiraan situasi di atas;

  RM2000   /  31 Hari  =  RM65
(dibahagi 31 sebab bulan Aug. ada 31 hari, jika diberhentikan bulan  April, kena bahagi 30 hari)
                                                                
RM65 x 42 hari = RM2,730.00

So jumlah gaji notis yang perlu layak dituntut ialah sebanyak RM2,730.


3. Faedah Penamatan Kerja

Faedah ini adalah layak bagi pekerja yang telah bekerja selama lebih satu tahun dengan majikan yang sama sahaja.  Makna kata, pekerja yang kurang tempoh setahun perkhidmatan tak layak ye menuntut faedah ini.

Pembayaran faedah pemberhentian kerja pula kena ikut kontrak perkhidmatan tapi tak boleh kurang daripada kadar yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja, Akta Kerja 1955 iaitu;

a) 10 hari kerja bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat kurang daripada 2 tahun,

b) 15 harti gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau

c) 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih dan dikira pro rata mengenai tempoh yang tidak senap setahun, mengikut genap bulan yang hampir sekali.


sumber : http://www.nhrc.com.my/



Formula yang ditetapkan di bawah
Peraturan Kerja ( Faedah-faedah penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, iaitu;

sumber : http://www.nhrc.com.my/

                                       
Contoh situasi:

Tarikh Mula Kerja :
1 January 2010

Tarikh Diberhentikan:
 31 December 2015
(situasi ini melayakkan anda berada di c . Iaitu 1-1-2010 sehingga 31-12-2015 = 6 tahun tempoh berkhidmat. So layak 20 hari )

Gaji dari 1-1-2015 sehingga 31-12-2015:
RM24,000 (gaji 12 bulan)
(  gaji bulanan RM2000 dari Jan. - Dec. 2015)

Contoh bagi kiraan situasi di atas;

(RM24000/365 hari)  x 6 tahun x 20 hari

RM66 x 6 tahun x 20 hari layak = RM7,920.00


Dan faedah ini hendaklah dibayar paling lewat 7 hari dari tarikh pekerja ditamatkan perkhidmatan.

Perlu di ingat kan ye, gaji yang dimaksudkan bukan sekadar nilai upah gaji pokok. Malah gaji adalah upah pokok dan semua pembayaran lain dengan wang tunai. Contohnya bayaran overtime , allowance contohnya allawance  wang makan kerja lebih masa. Semua tu kena kira sebagai gaji.

Kiranya kalau banyak OT dibuat selama 12 bulan tu. Banyak lah juga yang majikan kena bayar pada pekerja. Untung lah pekerja yang rajin buat OT tu ye. Tapi bonus tak termasuk tau.


Mama tekan kan perkara ini sebab kesalahan biasa yang majikan buat semasa pengiraan faedah ini, majikan sering hanya mengira gaji pokok tanpa menambah upah lain terutama upah overtime.

Jadi sebagai pekerja, anda mesti lah peka dan mengambil tahu cara kiraan faedah dibuat. Kalau rasa tak faham, rujuk terus dengan pegawai human resource tempat kerja atau terus je ke JTK berhampiran.




4. Bayaran ganti baki cuti tahunan dan baki gaji.

Yang ni pula,  kata lah kalau pekerja still ada balance cuti tahunan sebanyak  5 hari. So 5 haritu tu majikan kena bayar sebagai ganti cuti tahunan. And kalau ada gaji yang tertunggak semasa berkhidmat, pekerja boleh tuntut.

------------------------------------------------------------

Itu lah sedikit sebanyak perkongsian tentang tuntutan dan hak yang pekerja layak dapat sewaktu retrenchment. Kena beringat ye, bila dah dapat semua tuntutan dan faedah jangan lah lupa tanggungjawab. Jangan membazir dan segeralah mencari pekerjaan baru.

Sebab pada hemat Mama, duit tuntutan tu pun sebenarnya hanya sekadar seolah-olah gaji bekerja selama 3-5 bulan sahaja (anggaran bagi pekerja operator yang bergaji RM2000 sebulan) . So spend wisely, rancang lah perbelanjaan dan segeralah mencari pekerjaan lain. Lebih-lebih lagi jika pekerja mempunyai commitment atau loan.

Spend wisely and GOOD LUCK!


Untuk record, penjelasan ini hanyalah mengikut pengetahuan dan pengalaman Mama semasa memproses dokumen dan mengira faedah kepada pekerja pada masa ini dengan merujuk kepada  Akta Kerja 1955. For more information mengenai penggunaan akta ini boleh lah refer terus dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Pusat Sumber Manusia Kebangsaan ye.

 Sesetengah pekerja pula perlu merujuk kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan perlu pastikan sama ada pekerja merupakan ahli kesatuan sekerja atau tidak kerana sudah semestinya kiraan faedah dan pampasannya berbeza.


Kiraan dan jumlah faedah mungkin berbeza mengikut negeri dan mengikut gaji serta kontrak pekerja. Semoga entri ini memberi manfaat dan  kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi.


~~~  wish Good luck to Mama too  ~~~

11 comments:

  1. Assalamualaikum....
    Adakah ade potongan untuk KWSP dlm hal ini...tq

    ReplyDelete
  2. berkenaan dengan cara kiraan pampasan , adakah dikira gaji kasar atau pun gaji bersih ? (selepas ditolak kwsp , income tax , socso )....mohon penjelasan...tq

    ReplyDelete
  3. Bila pkerje diblacklist kn dri syarikat sbb tiada khabar berita pekerja...
    Layak jugak ke..

    ReplyDelete
  4. Kalau pekerja diberhentikan sebab disuruh cuti sakit utk membuat rawatan..adakah ada pampasan ?

    ReplyDelete
  5. Adakah penerangan ini skim Vss atau Mss?

    ReplyDelete
  6. Saya salah seorang dr pekerja yg kena skim Mss. Saya telah hantar segala dokumen ke pejabat perkeso. Jadi saya nak tahu macam mna nak semak sama ada lulus atau tidak

    ReplyDelete
  7. salam.sy bkerja sbgai driver lori,sy mgeathui majikan sy tidak mahu mneruskn bisnes dan ingin menjual kpd org lain,sy sdah bkerja selama 7 thun dgn gaji bulan 2500.bolehkh sy mminta pmpasan?brapa pmpasan yg sy akn dpat?

    ReplyDelete
  8. hai,,,saya ada soalan,sekiranya kedai atau tempat kerja ditutup,masih dapat pampasan ke macam mana?

    ReplyDelete
  9. Salam. Nk tanya. Contoh kalau kontrak saya tamat 30/6/2020.tapi bos saya suruh buat surat berhenti kerja 24jam. Sebab dia kata if saya kerja sampai habis kontrak pun tak dapat ape. Dan saya kene buat surat resign bukan surat tamat kontrak.

    ReplyDelete
  10. Gaji saya 2,100, dah kerja 25 tahun. VSS saya dapat berapa ? Sesiapa boleh tolong kira tak ?

    ReplyDelete
  11. I'm not satisfied the way my company fire me just small problem. What should I do now?

    ReplyDelete