Friday, 14 August 2015

MAMA JE KE YANG TAK TAU GUNA BENDA ALAH NI?

Benda alah yang biasa tapi jadi bahan di hospital. 
Bila ingat balik kelakar pun ada.

Meh...

Check it out!   

Hakim tau gambar bawah ni gambar apa?

Ada sink, mirror, dustbin, hand wash guideline and hand soap.
But kat sini Mama just nak focus pasal benda alah hand soap ni aje.


Di setiap pintu keluar masuk ward akan disediakan  sink, hand soap and dustbin macam ni untuk kegunaan staff hospital dan visitors.  Malah di meja setiap patient disediakan juga sebotol sanitizer to make sure tangan staff dan visitor sentiasa bersih. 

Semua ni merupakan teknik untuk mengurangkan 'nasocomial infection'. Bahasa mudahnya untuk pastikan tiada perpindahan kotoran or mikroorganisma penyakit berjangkit di hospital (direct contact) kepada pesakit mahupun kepada orang awam. 

Sebab itu lah, Hakim and semua anak-anak yang below 12 years old tidak dibenarkan melawat pesakit. Sebab nak elakkan anak-anak daripada terkena nasocomial infections. 

Ok, berbalik kepada kisah sabun tangan ni ye.
Mama ni puas lah dok godek-godek benda alah ni tapi tak juga keluar sabun. Angin-angin pun tak de rasa dari celah  lubang sabun ni. Pelik sungguh la hai. 

Puas tekan tak keluar...
Picit-picit  botol sabun tu pun tak de keluar sabunnya
Last sekali Mama try tolak  muncung sabun tu kiri kanan. Hampehhhhh... tak keluar juga bayang sabun.


Habis godek tak keluar juga sabun ni!


Dalam hati geram pun ada juga. Ape masalahnya benda alah ni sampai payah sangat nak guna.
Biasanya kalau kat tempat lain macam di toilet , restaurant  waima di hospital lain okay je mama guna sebab dorang guna hat pesen biasa kita  guna di rumah macam gambar kat bawah ni.


Cara guna hand soap.
Paling canggih so far guna sensor tu kan. 
Mama ada juga try letak tangan kat sabun hospital ni kot ler canggih sangat guna hat sensor kan. 
Tapi tadah punya tadah tangan kat muncung sabun tu still tak ada hasil.  

Parah!!!
Nak tanya nurse malu. Hihihihi...

So .... one fine day. 
Moksu yang sangat clever tentang selok belok hospital ni pun dengan berbesar hati telah menunjukkan pada Mama cara guna sanitizer yang maha canggih ni. Huh!!! 
( Di bantainye gelak Maksu ni bila Mama minta tunjuk cara nak guna sabun ni. Sabo je ler...)



Maksu, Peace yo!


Cenggini cara nya. 

Ada nampak dak pada botol sabun tu ada 1 tiub. 
Tiub yang panjang bersambung terus dengan benda alah hitam kat lantai tu. 
Bak sini 1 kaki...
 pijak benda alah itam tu .
Tangan kasi taruk pada muncung botol.
ha...sat lagi keluar lah sabun buih-buih dari muncung tu ye.

Hihihihi...

Pijak guna kaki



Kiranya benda alah hitam tu bertindak  sebagai pam yang menghantar gelombang maklumat kepada botol sabun untuk mengeluarkan sabun. 

Begitu lah kekdahnye! 

 Punya lah canggih kan. Sampai kaki tangan semua bersatu untuk mengeluarkan  cecair yang dinamakan sabun! Hahahaha...

 Masa tu Papa pun gelakkan Mama sebab tak reti guna banda alah ni. Sakan gelak aihhh...
Sekali bila Mama suruh Papa sabun tangan.  Huh!  Hampeh!!! 2 x 5 juga!!!

Moral of the story, hand hygiene sangat penting untuk memastikan penyakit berjangkit daripada merebak. Jesteru itu, amat digalakkan Mama, Papa, Hakim and semua termasuk Maksu yang clever untuk ambil tahu bagaimana cara untuk menggunakan mesin pencuci tangan ni. Mesin ke??? Bedal je lah. Hahahahha....

Pada Mama memang praktikal sabun tangan macam ni di hospital. Senang kepada staff hospital untuk bersihkan tangan mereka. Sebab kalau dah both tangan mereka kotor  contohnya time cuci najis patient maka cara mesin sabun ni berfungsi sangat praktikal. Kalau nak sediakan yang mesin sensor tu sure mahal kan.  So hat yang ada ni  dah consider sangat ok lah tu pada Mama.

Panjang kisah komedi di hospital kan. Tapi pokok pangkal nya..
Apa kes Mama ni ke hospital?
Siapa yang sakit?
Sakit apa?

A. T. O. K

Ye Atok Hakim sakit.

Sakit sebab Allah sayang.
Sakit sebab Allah nak bagi ganjaran sabar.
Ganjaran sabar buat Ato, Jida and kita semua.
Sakit sebab Allah tahu Ato kuat untuk menempuhi ujian sakit ini.

Insyallah, Mama akan share dengan Hakim kisah  kekuatan Atok mengharungi ujian Allah ini.
Semoga Atok cepat sembuh.

Ato nampak santai je kan.

~~~~  Jom cuci tangan  :) . ~~~

No comments:

Post a Comment