Monday 15 December 2014

YEAR END PROJECT:: Misi mencari pokok yang murah di nursery Sungai Buloh.

Mood bunga sudah mari.
 Nampak tak punye happy Mama ni, senyum beria. 
Punyalah happy nak mem'bunga' sampai tudung pun bermotifkan bunga. Actually projek kita kali ni lain dari project membunga kita sebelum-sebelum ni ye Hakim. 

Nak tau project ape ?
Project memagar rumah menggunakan teknik hedge

Pokok pilihan Mama untuk project ini adalah pokok Eugenia ( Wikipedia dirujuk). 
Amboi bukan main sedap namanya.  Kalau Mama, Mama panggil pokok ni pokok pagar or pokok highway aje sebab banyak tanam kat highway kan. Hihihihi.

Masa kat nursery, Mama cakap kat orang kedai tu yang Mama nak beli pokok boleh buat pagar. Daun hijau and mix daun oren yellow dan senang dibentuk. Ha… orang nursery memang akan tau lah pokok apa yang Mama nak. Terus je diambil anak benih pokok Eugenia ni. Tak payah susah payah nak mengingatkan nama pokok ni, just describe je  diorang macamana rupa pokok dah boleh hint dah kat diorang yang memang dah pro tentang pokok ni. 

Nak lagi senang, Hakim ambil je gambar pokok yang Hakim nak daripada internet or mana-mana sumber then tunjuk pada nursery, pantas je diorang cari.

Kenapa  pokok ini jadi pilihan Mama ye? 
Sebab pokok ni mudah hidup dan tak mudah diserang penyakit or serangga. Al maklum saja lah, banyak dah pokok flower Mama yang di makan beluncas. Nak beli banyak ni kena lah cari pokok yang kuat dan tak mudah sakit.  Selain warna hijaunya yang segar. 

Pokok Eugenia juga akan mengeluarkan daunnya yang bewarna ke oren orenan and yellow pada pucuk pokok.   Kan nampak sweet ada green, ada oren. 
Kan? Kan? Kan?  

Selain pokoknya yang merimbun dan daunnya yang padat maka Mama yakin ia merupakan pilihan paling ideal untuk dijadikan pokok pagar. Lagipun pokok ni senang dibentuk.

Actually dalam proses membuat pilihan pagar pun Mama and Papa amik masa juga fikir nak buat pagar yang macamana. Pada awalnya pilihan pagar pokok ni bukan lah pilihan utama. Tapi bila ditimbal balik dari segi social kejiranan, cost dan keselamatan maka Mama and Papa sepakat buat pagar pokok  sahaja di sekeliling rumah except pada bahagian depan rumah sahaja kami plan nak buat pagar batu.

 Meh Mama share harga yang Mama dah survey dengan beberapa contractor  untuk buat pagar ni ye. 
Mama share yang boleh bagi harga terendah je lah ye.

i- Pagar dawai hijau: RM16/ sekaki (siap ada ikat batu dalam ½ kaki tinggi dari tanah).


Amik daripada blog fazilasweethome.blogspot.com

ii- Pagar batu: RM90/sekaki kalau design macam ni. 
Kalau tak guna frame, contractor boleh bagi RM80/sekaki.

Contoh pagar konkrit siap frame. Amik kat Goole



Pelbagai pilihan pokok pagar di Nurseri Untie Linda, Kg Sri Indah.

Okay, Mama nak share pasal pembelian pokok pula ye.
For information Mama tak pernah masuk ke dalam Kg Sri Indah ni untuk beli bunga. 

 Kebetulan last 3-4 month ago Jida ada beli pokok kat sini. Nama nursery ni Ceria Hijau Sdn Bhd. Mama deal sendiri dengan Tuan kedai. 

Nursery ni located near Klinik Kesihatan Sungai Buloh.  Kalau masuk jalan ke Hub Bunga Negeri Selangor tu akan nampak sekolah kebangsaan di kanan jalan. Masuk simpang pertama belah kanan selepas sekolah. Menghala ke Kg Seri Indah. Bila dah masuk tu akan Nampak Klinik Kesihatan Sungai Buloh di kiri jalan. Kedai Linda ni dalam jarak 500meter je dari klinik kesihatan ni.

Inilah pokok Eugenia Mama
Harga pokok Eugenia kat nursery ni serius murah berbanding nersery lain yang Mama dah survey. Pokok Eugenia yang Mama beli ni size lebih kurang 1 ke 2 kaki tinggi cuma RM2.50 sepokok.

 Kalau di tempat lain paling rendah RM5 sepokok. Just imaging Mama beli 100 pokok, kalau dah RM5 sepokok mean total dah RM500. Boleh dapat 200 pokok kalau beli kat nersery Untie Linda ni.

Thanks lah ada Jida yang suggest kan nursery ni pada Mama.

As record time Mama datang ke nursery Untie Linda ni last month, anak pokok Eugenia nya kecik-kecik comei lagi. Ada lah dalam size 0.5kaki kot. But Untie Linda tu sudi nak jagakan dulu pokok ni selama 2-3 minggu. Bagi pokok tu besar 1-2 kaki baru Mama boleh bawa balik untuk ditanam.  Bagus kan? Siap lah Untie Linda tu baja, siram & tukar kan poly bag yang besar time Mama and Papa pergi amik pokok ni last 2 weeks. Thank to Untie Linda.


Gambar Atas: Jida pose dengan Eugenia dewasa                             Gambar  Bawah: Jida dah penat.  :)


Tik tok tik tok!
Time untuk amik bunga pun sampai. Tak sabo rasanya hati Mama nak tengok Eugenia,

Perancangan awalnya nak bawa 2 kereta ke  nursery Untie Linda ni. 
Tapi Ato’ cakap just bawa 1 kereta dah cukup. Ato suruh bawa je Alza Ato’. Siap Ato’ tolong turunkan semua seat belakang. Mula-mula tu memang rasa kurang yakin but Mama ikut kan je cakap Ato’. Kot tak muat nanti buat je lah second trip ke nursery tu nanti. 

Tapi bila dah sampai nursery tu, susun punya susun.

Tara!!!

Full house! Full car!!
Alhamdulillah muat.

Eugenia sahaja 100 pokok. Plus exora and pokok free lagi. Rasanya ada dalam 120 pokok kot muat masuk dalam Alza Ato ni. Thanks to Ato yang kasi pinjamkan car Ato ek. nanti kita kasi cuci sama itu Alza.  :)



Alza bukan sebarang Alza. Alza boleh hangkut pokok.


Papa pon tolong susun.  Yang 2 orang lagi tu anak Kak Linda. Rajin membantu.


Pintu masuk nursery Ceria Hijau Sdn Bhd




Euginea RM2.50 sepokok  , Exora a.k.a Siantan RM5.00 sepokok




Its FOC. Suke!!!



Mama with aunt Linda 




Sampai rumah, mula lah Mama and Papa  susun atur kat  beranda. 
 Sekali  tengah dok susun tu , Ato’ Long Saad lalu naik motor nak ke masjid solat Zohor katanya. 
Dia tanya Mama berapa harga pokok ? Dengan senyuman menawan, Mama cakap lah RM2.50 sepokok. ( bangga dapat beli murah )

Tau apa dia jawab?

                  Ato’ Long Saad:      Mahal! Pak Long beli pokok ni RM1.50 je
                  Mama               :      Pak Long beli kat mana? ( mood terkejut ofcoz!)
                 Ato’ Long Saad:      Dekat area Hospital Sg Buloh. Ko beli kat mana?
                 Mama               :      Ini pun orang beli kat area hospital juga Pak Long. Size RM1.50 tu                                                  sama macam ni ke Pak Long?
                Ato’ Long Saad :     Ye lah, besau macam pokok kau tu lah.

Ato’ Long ni memang buat spoil mood Mama , ada lagi nursery yang boleh menawarkan harga lebih murah. Hissshhh!!! Tak pe, ada lagi 50 lubang yang masih kosong. Esok lusa nak beli pokok ni lagi, Mama nak bawa sekali Ato’ Long ke nursery yang dia cakap murah tu. Kalau tak de siap lah Ato Long ye!!! Huh!!!







Good !.


Gambar atas ni pula Hakim tengah sibuk memantau kerja Pak Long Hamdan buat kerja menanam pokok pagar. Once dah tanam 1 pokok rasa tak sabar nak Pak Long Hamdan ni siapkan semua. Kalau boleh nak Pak Long Hamdan ni siapkan dalam 1 hari je. Tapi Pak Long Hamdan ni study lagi kan so time Pak Long Hamdan ni  free je dia galikan lubang and tanamkan pokok.  

6 deret pertama dimulakan dengan Exora.
Cara nak kasi tanaman tu tegak dari depan ke belakang, Pak Long Hamdan pacak kan kayu then tarik benang sampai ke belakang. Bila tanam pokok tu kena make sure batang tengah pokok tu kena pada benang. Barulah tegak susunan pokok tu nanti. Insyallah...


Pak Long Hamdan yang tolong gali & tanamkan pokok.
Panjang berjela kan entry ni? Hihihihi.

Hopefully pokok pagar kita akan hidup subur dan menjadi dengan jayanya.  So far Pak Long Hamdan baru siapkan hedge project kita di side kiri rumah. Side kanan pula  hopefully boleh siap before new year ye ? Boleh Pak Long Hamdan? Hihihihi...

~~~Hati gembira tengok hijaunya pokok ciptaan Yang Maha Esa~~~


4 comments:

  1. Puan. Boleh saya tau betul ke ato" long ada jumpa kedai lagi murah utl bunga eugenia RM1.50. Kalau betul ada kat mana yer. Saya pun nak buat pagar pokok ni. hehe.. puan boleh msg or whatssapp saya x nanti. 0162214571 Zairil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf en zairil, saya takde plak me repeat order pokok pagar so takde lah saya ke nursery yang pak long saya inform tu. Tapi saya ada tanye location nye pada dia. Katanye kat jalan dalam selepas Hospital Sg Buloh. Itu je yang dia bgtau. Maaf ye sebab tak dapat bantu.

      Delete
  2. puan ada no tel nursery tak ?

    ReplyDelete
  3. Apa nama nursery tu?
    Kalau ada location lagi baik?

    ReplyDelete