Tuesday, 25 November 2014

Kahwin gadis Johor perlu bayar 'TOLL' ~Selamat Pengantin Baru Pak Unggal

Menantu Ato kali ni bukan orang Selangor.
Sebelum ni kalau hantar pengantin dekat - dekat aje tapi kali ni jauh nun ke selatan tanah air.

Majlis nikah di buat pada hari Jumaat manakala majlis persandingan dibuat pada hari Sabtu.
Johor ni cutinya tak sama macam Selangor. Selangor cuti hujung minggu adalah hari Sabtu dan Ahad. Di Johor hari hujung minggunya adalah hari Jumaat dan Sabtu. Sebab tu nikah Pok Dal ni dibuat pada hari Jumaat.

Kita sekeluarga dan saudara jauh semua berkumpul di Homestay Anjung Desa S69 sebelum bergerak bersama ke rumah pengantin perempuan malam tu. Kita 3 beranak sampai di Homestay agak lewat, hampir maghrib baru sampai sebab Papa tidak dapat bercuti pada hari tersebut. Tak kisah lah janji sempat sampai kat Muar , Mama nak tengok juga Pok Dal kawin.




Bersiap nak ke rumah pengantin perempuan.


4 beradik tanpa moksu.


Ready to nikah Pok Dal?
 Ya Allah.... masa nak ke rumah pengantin perempuan ni Pok Dal naik 1 kereta dengan kita. Bising lah mulut Pok Dal ni tak reti diam. Asik dok mengulang rukun nikah. Lepas tu baca doa iftitah lah, baca selawat pun tunggang terbalik. Bila  baca ayat kursi pun macam tu juga. Gabra semacam Pok Dal sampai Pak Long Adan pun jadi seram nak jadi pengapit.

Perjalanan dari homestay ke rumah pengantin tak jauh pun. Dalam 10 minit perjalanan sahaja. Bila dah sampai tengok Tok Kadi dah ready dah. Tapi time ni nampak Pok Dal relax pula.

Tok Kadi tanya tentang rukun nikah. Disuruhnya mengucap kemudian diberi sedikit tazkirah dan nasihat pendek untuk Pok Dal dan tetamu yang hadir. Lepas selesai tazkirah dan sedikit percubaan lafaz akad . Akhirnya sah lah Mok Dal kini menjadi isteri kepada Pok Dal. 

Alhamdulillah bertambah lagi seorang Mak Cik Hakim.


Ato look so happy.

Jida, Nek Ngah dan Nek Long.


Tahniah buat Pok Dal yang selamat di ijab kabul kan dengan 2 kali lafaz. 
Shahdu rasa hati Mama bila saja lafaz ke-2 dapat disampaikan dengan lancar oleh Pok Dal.

Batal air sembahyang, sebentuk gelang emas untuk Mak Dal

Bila selesai majlis nikah, selesai majlis makan. 
Sesi bergambar lah pula kan. Malam tu kita tak beria bergambar sebab masa pendek. Lepas makan semua keluarga kita beransur pulang ke homestay. Cuma kita je teman Pok Dal bergambar sebab kita kan driver Pok Dal malam tu. Tak kan nak tinggalkan je Pok Dal kat situ kan. Hihihihi... 


Hakim sibuk nak ikut Pok Dal bergambar dalam bilik pengantin.

The only ipar perempuan dalam family. U look sooo sweet adik ipor!   :)
Congrats to both of u. 

Pak Long Adan & Hakim take over pelamin nikah time Pok Dal bergambar dalam bilik pengantin.

Manis sangat!  


Esoknya pukul 2pm kita dah ready untuk sesi persandingan raja sehari.
Kita diberi peluang bersanggah di rumah Tok Ketua Sg Kelat. Selang 2-3 buah rumah dari rumah pengantin perempuan. 

 Actually ada 2  pengantin yang akan berarak dari sini. Pok Dal dan ipar nya kawin serentak. So masa berarak tu memang lah meriah sebab ramai kan yang mengiringkan pengantin.

Tapi yang tak boleh tahan nya tema baju Pok Dal.  Pink tu !!!
Tak penah-penah pakai pink tetiba kat Johor pakai pink??? Hihihihi
Tapi you tetap macho Pok Dal. Macho-macho sweeeeeet gitu.



1st time make up. Pok dal boring. Anak menakan belakang tu happy je main mini guitar atas katil rumah Tok Ketua Kg Sg Kelat. Ampun kan kami Tok Ketua. Hihihihi...


Pak Teh yang baik hati tolong pakaikan Pok Dal kasut.

Kenapa stop???

Kenapa pengantin stop half way?
Okay ni Mama nak share sikit. Di johor ni ada 1 budaya bayar toll. 
Ha... jangan ingat highway je ada toll ye. Kat Sg Kelat ni pun ada toll. Toll nya mesti bayar cash.Touch & Go tidak diterima. Hihihihi....

 Kalau tak bayar toll pengantin lelaki tak boleh masuk bersanding. 
Berapa rate toll? Rate nya  ikut pada orang yang jaga toll tu lah. kalau diorang ni nak banyak terpaksalah pengantin hulur banyak. Ada  yang RM10, ada juga RM50, silapa haribulan beratus-ratus.

Tapi zaman berubah, bayaran toll ni sekarang hanya untuk suka-suka. Orang kata hanya nak menghidupkan adat dan budaya sahaja. Macam majlis kita ni Pok Dal sediakan 20 note duit seringgit dimasukkan ke dalam sampul raya. So bila si jaga toll ni minta duit toll, just kasi lah 2-3 keping sampul. Bila di mintak lagi...kasi lah lagi 2-3 keping. 

Memang ada berlebih duitnya sebab diorang ni bukan nak minta banyak pun. Macam mama kata tadi, just for fun. Asal ada je....Tapi kita buat konsep sedekah lah sebab selain si jaga toll, ada juga anak-anak kat situ. So kalau ada lebih duit tu, diberi saja pada anak-anak tadi. Seronok betul anak-anak ni bila dapat sampul raya. 



Toll pertama

Toll ke-2 sebelum naik pelamin. 

Pasangan yang sama cantik, sama comel. Both groom name Hafiz.


Pak Ngah Mizi record kite ke tu? 

Papa, Cik Nina, Pak Ngah Acap, Pak Long Adan  & Ato Andak

Tanpa Moksu... photo tak complete! Huhuhuhu....

Ato Andak family.

Apa yang seronok sangat tu Pok Dal?


Ato Su Khairul and family

Ato Su Madzir and family.

We are 5ve! And we are not ready to amik  the gambar!!!!!!
 Selesai sudah majlis di Muar. InsyAllah next week pula majlis meraikan satu-satunya menantu perempuan Ato Aris. Seronok rasanya gathering beramai-ramai macam ni.

 Betul sangat bila orang kata perkawinan ini merupakan tali pengikat persaudaraan. Perkahwinan bukan sahaja menjadikan 2 hati menjadi 1. Bukan sahaja menjadikan orang luar sebagai family. Tapi menyemarakkan lagi  rasa kasih dan sayang pada keluarga yang sedia ada. Pada hari ini juga semua keluarga gembira. Senyuman ada di mana-mana. Tua muda  bergambar macam di pelamin tu studio, padahal banyak mata yang perhati. Tapi Mama percaya bila dalam hati ikhlas gembira. Sure orang tengok kita pun rasa yang sama.

~~~ Candid photos always the best!~~~



No comments:

Post a Comment