Sunday 17 August 2014

Sandwich Tuna Cili Api VS Sandwich Telur Anak-Anak.

Assalamualaikum anak Mama....
Last Friday pagi-pagi sepieeee Papa dah gerak Mama sebab nak prepare Sandwich for Pejabat Terbuka Papa sempena Aidilfitri. Tahun-tahun sebelum ni kena buat dadih  but this year amik contract buat sandwich pula. Memula rasa just nak buat sandwich telur je but Papa request Tuna pula. So takpe... demi Papa tercinta Mama buatkan. 2 jenis sandwich Mama buatkan.

Senang je nak buat sandwich ni Hakim. Meh Mama ajar ye.


Sandwich Tuna Cili Api.

Bahan-bahannya untuk 1 bag roti Gardeniar size besar.
1. Tuna flake dalam minyak Ayam Brand 2 tin ~~~ buang minyak/air. Just amik tuna je sahaja.
2. Bawang Hollad sebiji dipotong dadu kecik-kecik.
3. Cili Api ~~~ Lagi banyak lagi pedas! Kalau nak ganti white paper pun bole so anak2 boleh makan.
4. Lemon ~~~ Kerat sikit je untuk amik jusnya. Pakai limau nipis pun boleh. 
5. Mayonis ~~~ lagi banyak lagi sedap. Mama letak 3 sudu beso.
6. Garam  ~~~ 2 cubit/ secukup rasa.
7. Marjerin  ~ sapuan atas roti
8. Roti Gardenia
9. Tomato dan cucamber as sumber sayur. ~~~ potong slice by slice. Nak letak salad pon boleh.

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan 1 hingga 6 dan gaul sebati. Ambil roti dan sapukan pada 1 side of roti. Then letak lah tuna yang dah digaul tu pada roti dan letak tomato dan cucumber. Ambil slice roti yang disapu margerin juga then apitkan dengan tuna. Siap!
Tambah bawang holland potong dadu. So bila makan tu rasa crunchy bawang. Sedap!


Sandwich Telur Anak-Anak.

Bahan-bahannya untuk 1 bag roti Gardeniar size besar
1. Telur rebus 10 biji
2. White paper ~~~ dalam 1 sudu kecil
3. Garam ~~~ 3 cubit/secukup rasa
4. Marjerin  ~ sapuan atas roti
5. Roti Gardenia
6. Tomato dan cucumber as sumber sayur. ~~~ potong slice by slice. Nak letak salad pon boleh.
Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan 1 hingga 3 dan gaul sebati. Ambil roti dan sapukan pada 1 side of roti. Then letak lah telur yang dah digaul tu pada roti dan letak tomato dan cucumber. Ambil slice roti yang disapu margerin juga then apitkan dengan Telur tadi. Siap dah 2 hidangan sandwich untuk Papa bawa office.


Telur rebus ni pun lenyek then letak mayonis + garam + white paper. Gaul sama juga jadi macam tuna gambar atas tadi.
Tips Mama kalau Hakim nak buat sandwich make sure time sapu marjerin dan filling tu jangan tekan kuat sangat pada roti. Nanti roti tak gebu. One more thing make sure tomato or whatever sayur yang Hakim nak letak tu after potong sila tos kan. Bagi airnye keluar. Ini untuk elak roti jadi basah & bila basah nanti sandwich mudah cepat basi.

Yang dalam piring bawah ni untuk kita breakfast pagi jumaat tu. Papa & Mama makan sandwich tuna cili api. Hakim pula makan sandwich telur. Alhamdulillah kenyang. 

Rupa biasa aje. Tapi rasanya enak sekali! Ewah!
~~~~ Kadang-kadang menu yang simple pun orang nak google. 
Mama ler tu orangnye. Hihihihi ~~~~

2 comments:

  1. SY PUN SAMA MENU YG SIMPLE PUN SAYA GOOGLE GAK UNTUK TAMBAH KSEAPAN DALAM MAKANAN HEHE

    ReplyDelete