Friday 29 August 2014

Imigresen Kuala Selangor. Service cepat giler!

First time ni nak puji Imigresen. 
Bukan senang tau Mama nak puji Imigresen pasal everytime berurusan kerja yang melibatkan Imigresen sure Mama akan set dalam kepala LAMBAT, BIROKRASI DAN TIDAK MESRA!

But this time hal personal. Papa ada lawatan kerja ke Jakarta so nak tak nak terpaksa ke Imigresen. Dulu masa Ato & Jida nak buat umrah, renew passport kat Imigresen Shah Alam berjam-jam lamanye menunggu kan passport. Lebih-lebih lagi Atok & nenek Kuang yang pertama kali buat passport di Kelana Jaya. Pergi pagi, pukul 4 baru sattle semua urusan buat passport. 

So Papa Hakim ni memang terkenal dengan sikap tak suka menunggu lama. Last minute dapat info dari Mak Ngah yang Imigresen Kuala Selangor service nye cepat. So apa lagi... pagi Isnin (11.8.2014) lepas hantar Hakim ke school Mama terus teman Papa ke Imigresen Kuala Selangor.

Senang je nak cari office Imigresen ni. Officenya dalam Kompleks PKNS Kuala Selangor near Balai Polis Kuala Selangor. Dari Sungai Buloh nak ke sini amik masa 30minit je.

Masa masuk dalam office tu tengok orang macam ramai rupa-rupanya 
Office Imigresen di tingkat 4 ni share sekali dengan Pejabat Pendaftaran.  Sebab tu nampak ramai.

Masuk je kitorangterus isi form then amik no pastu sit jap dalam 5 minit macamtu terus
 kaunter panggil. Kejap kan... Dah amik gambar and buat payment, kerani kaunter tu suruh tunggu
 dalam 1 hour untuk ambil passport. 

Time menunggu  tu Mama and Papa keluar lah breakfast. Kebetulan memang belum breakfast lagi.  Dah siap breakfast dalam 30 minit macamtu terus naik balik ke imigresen office pasal nak aircond. Hihihihi...
Naik je terus orang kaunter yang attend Papa tadi panggil nama Papa. 
Passport siap! Serius cepat!  Tak sampai 1 jam pun. 
Bagus bagus bagus. Macam ni lah Mama suka. Cepat!


Biar office kecik tapi servie tip top!

So... lepas ni siapa nak buat or renew passport boleh lah beramai -ramai bawa tok nenek mak ayah adik beradik ke Imigresen Kuala Selangor ni ye. 
Memang cepat. Tak perlu lah tunggu berjam-jam sebab normally kalau di Imigresen lain nak amik no pun kena que before office buka. ( case di Selangor, kalau negeri lain tak tau lah ye)

Hopefully akan ada lebih banyak imigresen yang boleh follow amalan kerja di Imigresen Kuala Selangor ni. Sebab sekarang orang kejar masa, kalau boleh buat online lagi bagus but nampaknya system buat pasport online pun asik dalam penyenggaraan. But at least ada juga pujian untuk imigresen ni daripada Mama. Hihihihi... Kalau tidak asal balik dari berurusan dengan imigresen mesti Mama akan marah-marah...hangin-hangin. Keep it up Imigresen Kuala Selangor. Mana tau nanti kami datang lagi... layan kami baik-baik ye. 


~~~ Nak ke USS Singapore boleh tak Papa??? hihihihi~~~

No comments:

Post a Comment