Monday, 18 August 2014

2 engagement in 1 day. Congratz to Mak Long Ipah & Mak Long Ila.


Syawal yang mulia ni jadual kita sekeluarga pack!
Kenduri kawin Mak Teh Ika, engagement Mak Long Ila & Mak Long Ipah. So every weekend kita di bulan Syawal ni memang busy.

Pendek kata raya tahun ni tak banyak rumah saudara yang kita dapat ziarah but Mama harap dengan adanya majlis perkahwinan dan pertunangan ini bakal menjadikan keluarga kita lebih besar dan lebih diredhai Allah Maha Pencipta.

Majlis pertunangan para Mak Long Hakim ni ( both of them sepupu Mama, mean dengan Hakim kira makcik lah ye) diadakan pada 16 August 2014, Saurday tengahari.

Satu majlis di Johor, satu lagi majlis di Selangor.
Macamana tu? Dua-dua pun saudara dekat ni. So bila jadi macamni kita kena lah pandai buat decision.

Di belah Johor, Mak Ngah sekeluarga dan Moksu jadi wakil family kita ke sana.
Selebihnya kita raikan pertunangan di rumah Mak Long Ipah. Atok telah di booked oleh Atok Yon untuk jadi wakil belah perempuan untuk menerima pinangan pihak lelaki.

Kita pun bersama meraikan majlis di rumah Tok Yon sebab selepas majlis ni kita akan terus ke Melaka untuk persiapan wedding Mak Teh pula.

Macam tu lah hidup bersaudara. Mudah kan semua perkara untuk memastikan setiap hati terjaga.
Hopefully majlis kawin Mak Long Ila & Ipah nanti tak clash.
Sebab Mama kalau boleh nak attend dua-dua majlis. Sebab dua-dua sepupu Mama ni baik dan rapat dengan kita. Mama ingat lagi dulu time Mama nak kawin dengan Papa ,  Nenek Ana bawa Mama ke bandar untuk cari bunga telur untuk diiring time nak bertandang ke rumah Papa. Tok Yon pun bersusah-susah kudrat menolong menjayakan majlis kawin Mama dulu. Siap buatkan T-Shirt untuk pakcik-pakcik Mama pakai. Kaler red lagi.


 Pic dari Atas kiri: Mak Long Ila.        Atas kanan: Nenek Ana         Bawah: Hakim's bestpren, Atif.

Mak Long Ipah Engagement , Atok jadi MC nye.

Semoga majlis petunangan ini akan berakhir dengan termetrainya ikatan yang sah. 
Semoga kedua keluarga  mendapat keredhaan Allah dan dipermudahkan segala urusan.

~~~ Dulu kecikkkkkk comot! Sekarang dah besar, cantik pula MakLong2 Hakim ni~~~

No comments:

Post a Comment