Thursday 10 December 2015

TAMAT SESI KINDERGARTEN 2015


Alhamdulillah, tamat sudah sesi kindergarten Hakim di Little Caliph untuk tahun 2015.
Gambar kat sebelah ni kita ambil time nak ambil result Hakim bulan lepas. Hakim with TC Ila.

Dalam penilaian kali ke-2 ni , walau pun tak semua subject akademik Hakim dapat A but YES! Mama and Papa still proud and happy dengan pencapaian Hakim lebih-lebih lagi pencapaian dalam pembentukan sahsiah dan pengisian rohaniah. Sememangnya itu lah objektive utama Mama and Papa hantar Hakim ke kindergarten. 

As record, TC Ila kata Hakim dah habis siri membaca. Alhamdulillah... age 5 dah pandai reading. Mama dulu darjah 1 baru nak kenal suku kata nak oiiiii. And next year Hakim terpilih masuk tadika class tahfiz di LC. Tahniah sayang. Semoga terus maju hidupmu di dunia dan akhirat.  Terima kasih yang tidak terhingga kepada pendidik di Little Caliph especially teacher Ila dan teacher Shima yang banyak mengajar anak Mama ni dengan sabar. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasa teacher-teacher sekelian.




Reading session with buah hati. Cuti -cuti sekolah ni kena juga buat revision.


. Untuk class Tekwando pula, Sir kasi calit hijau. So sekarang pada belt Hakim dah ada calit kuning dan hijau.  Kat rumah kalau ber gusti  or saja minta tunjuk skill Tekwando dengan Papa sure kaki dah naik. Dulu just buat action tangan and defend je but now dah pandai nak lawan dah.  Kalah Papa. Nampak kecik tapi bila menerajang tu memang terasa.

And Mama nak share juga kat sini yang tahun ni LC ada buat Mini  concert. Concert ni khas untuk pelajar age 4 dan 5 tahun sahaja. Di adakan di Dewan Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara pada 17 November yang lalu. Hari Selasa tu... so Mama and Papa wajib amik annual leave sebab ni lah first time nak tengok Hakim punye persembahan. 

Seronok sangat tengok gelagat anak-anak syurga ni buat persembahan. Walaupun kalut tetap nampak cute atas stage. 



Nampak segak bergaya kan anak Mama ni berbaju melayu merah.
Tapi punya lah susah nak cari baju melayu ni pasal last minute baru tahu kena pakai baju merah kan but demi mu anak.... gagah juga lah Mama and Papa ni cari kan baju ni. Actullly baju ni bukan baju melayu but kurta. Hihihihihi....

Siap bersampin bagai. Tak nampak macam kurta pun kan. Sampin tu pun orang sponsore. Pinjam Cik Ajik punya sampin. Muat plak tu kat kamu.

Little Caliph in red.

Masing-masing  tinggal kerusi sebab nak rekod persembahan anak-anak. termasuk ler Papa. Hihihih...



Meh Mama belanje sikit video Hakim and the geng nyanyi lagu Muslm Of The World.
Penuh semangat!



~~~ Pandai dunia. Pandai akhirat.
              Untung dunia. Untung akhirat~~~~

2 comments:

  1. Amboiii, bijaknya dia! Moga Hakim terus menjadi anak pintar dunia dan akhirat :)
    Akak datang jenguk Wani. Lama bebenor tak ke mari :)

    ReplyDelete