Monday 26 October 2015

Rumput carpet pilihan Papa.

Kalau ikut kan hati Mama, Mama nak letak simen je kat ruang ni.
Tapi Papa dah teringin bebeno nak berumput bagai depan rumah ni. Papa kata, ada rumput depan rumah jadi sejuk, jadi redup, mata pun rasa sihat tengok rumput menghijau.

Kenapa Mama nak simen?

 1. Mama allergic kemuncup. Kalau kena kemuncup bolejh jadi gatal seminggu. Kemuncup kat keliling rumah kita ni kalau lambat potong boleh jadi taman kemuncup tau Hakim. Stress Mama bila nak membunga, habis sangkut di seluar dengan kemuncup. Gemok-gemok pula tu.

2. Semak mata memandang tengok rumput. Rumput pendek memang best lah yang jadi semak bila rumput tu panjang. Selalunya jadi sebab Papa lambat panggil pokcik potong rumput.

3. Bila simen no need  maintenance bulan-bulan. Dah jimat kat situ sebab tak payah nak panggil orang potong rumput and nak susun pasu bunga pun cantik nampak bersih.

Tapi itu lah, dah Papa nak sangat berumput depan rumah. So kita ikut kan aje ye.

Gambar bawah ni time baru lepas siap projek pagar rumah. Kita order 1 lori tanah merah  untuk sama levelkan kawasan depan rumah kita. Asalnya ingat nak upah orang ratakan. Tapi bila kita buat sama-sama time 1st day tanah ni sampai, rasa syok pula.  

Seminggu sattle tapi tak cukup rata tanah yang kita  kerjakan ni.   
Beralun. Penat godek gali sudahnya itu je yang mampu kita buat.
Macam gelombang kata Hakim. Hihihihi... 
Maklum ler kita bukan pro. Jimat duit dan yang penting dapat keluar peluh bersama keluarga . Seronok Mama tengok Hakim gigih tolong Papa ratakan tanah.



Letih woooo nak sattlekan selonggok tanah ni.



Aktiviti sihat. Elok amal selalu.

Bila tanah dah rata, Mama terus call Acik Linda minta dia tolong hantarkan  rumput carpet yang Mama dah order. Kita amik tak banyak pun. Kita order dan susun jarang-jarang. Kalau nak susun full ni mau pokai Mama and Papa. 

Lebih kurang 300 keping rumput Mama order, siap di hantar sampai ke rumah kita.Papa kena susun macam gambar kat bawah sebab tak dan nak merumput pagi tu. Acik Linda kata kalau nak simpan rumput ni tak boleh ditindih lama-lama. Risau rumputnya mati. Sebab tu kami susun macam ni. Tunggu petang sikit dah redup baru nak tanam.




Papa bersihkan tanah daripada batu dan segala sampah sarap.



Petang tu as promise Papa gigih tanam rumput disaksikan 5 orang mandor. 
Hihihihihi....

Acik Linda pesan,
Masa tanam tu kena gali dulu tanah tu. Jangan main letak aje. Then lepas tanam kena pijak-pijak bagi padat. Buat masa 1-2 minggu ni kena selalu siram sebab rumput carpet ni suka basah-basah time nak mula hidup. Renyah juga ye nak tanam rumput ni.

Atok Long banyak bagi tunjuk ajar time Papa tanam rumput ni. 
Cara keluarkan rumput dari tapak pun ada caranya. Kalau tak nanti rumput terburai.

Tengok lah semua  mandor dok cekak pinggang. Mama tukang buat air and bagi semangat aje. Hihihihi... Kan Papa yang nak sangat merumput kannnnnn...

Hakim kerja nye MAIN TANAH! Mandor dari kiri: Jida, Nek Ngah, Nek Misah, Ato Saad & Ato Yon.
Dan hasil kerja Papa...
TARAAAAAA,,,,
Wow! Impress sangat! 
Within 4 hour...You did it so great Papa!

Alhamdulillah cuaca baik, redup je. Dan siap sehari. Terer betul Papa.
semua 300 keping rumput siap ditanam.


Elok cermat je Papa susun. 
Serius!
Selepas Papa siap tanam elok rumput ni, Mama dah terjatuh hati pula dengan keindahan dan kehijauan rumput ni. 

Masya Allah...
Memang sejuk mata memandang. Macam ni dah cantik kan. 
Nanti dah bercantum nanti pasti akan lebih cantik.


Allah jadikan pokok besar sebagai pasak bumi dan Allah jadikan rumput-rumput kecil ini untuk mencantik kan lagi bumi. Semua nya berfungsi. Tak kira besar atau kecil semua yang Allah jadikan ada manfaat kepada kita. Benar!
Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia.
Sebagai hamba, apa yang perlu kita  lakukan ialah ketaatan pada Yang Esa,  dan sentiasa menjaga keharmonian yang telah Allah ciptakan untuk kita.

Tik tok... tik tok...  tik tok.

Tak lama, dalam 5 ke 6 bulan semua rumput yang Papa tanam dah bercantum.
Walau pun tak rata tapi Mama bahagia. Bahagia sebab tak sangka hasil usaha Hakim dan Papa sejak dari meratakan tanah sampai lah proses tanam rumput membuahkan satu lanskap yang sangat mendamaikan hati Mama. 

Gambar time raya bulan 7 baru ni. Rumput dah cantum!
Kita bersama Nenek and Jida
~~~~Terima kasih Papa and Hakim, buat Mama bahagia~~~~

No comments:

Post a Comment