Thursday, 1 October 2015

Qurban seko lembu

 Assalamualaikum anak ku Hakim. Moga lebih ceria dari hari-hari lalu sebagaimana cerianya hati Mama dan Papa di hari raya qurban ini.

Alhamdulillah tahun ini Mama dapat qurban 1 bahagian lembu daripada 7 bahagian. Lagi enam bahagian di ambil oleh Ato, Jida, Mak Ngah, Mak Dal, Maksu  and Nenek Ucu.

Moga Allah menerima qurban ini.

Banyak ujian dan cabaran AidilAdha tahun ini, antaranya kemalangan di MasjidilHaram dimana terjadi tragedi kren jatuh menimpa para jemaah akibat ribut di sana pada 17 september lalu. Tragedi ini mengorbankan lebih  100 orang jemaah termasuk juga jemaah dari negara kita turut tercedera. 

Kemudian disusuli pula dengan tragedi rempuhan sewaktu melontar jamrah di Mina. Menurut sumber lebih 700 jemaah meninggal dunia dalam tragedi menyayat hati ini.

Allah... semoga roh mereka yang terkorban ditempatkan bersama orang beriman.
Kita ni tak tentu lagi ajal macamna kan.
Harap biarlah ajal tiba saat hati ini ingat pada mu Allah.





AidilAdha biasanya kita sambut bersederhana saja. Mama,Papa and Hakim tak beli baju baru pun. Kita anak beranak pakai baju yang memang dah ada dalam gobok. Baju raya tahun ni, tahun lepas masih elok. And pilihan mana 1 nak pakai semestinya di tangan MAMA. Hihihihi.

Mama pilih kita pakai biru kali ni ye. Jubah hitam tu memang Mama dah pakat nak pakai sama dengan makcik-makcik Hakim. Nak sedondon. Jubah Hakim tu Jida yang belikan awal tahun dulu, masih cantik segak Hakim pakai.

Sayang Makdal dia

Cik Meghah comel.

Abaikan entiti kat belakang Ato tu. Hihihihii...
Ato and Jida dah ready. Girls still.... kepochi!
Potluck di rumah Nenek Yati. berkumpul ramai-ramai.

Raya jarak jauh namanye. Hihihihi... 
Ehem-ehem, lain macam je gambar Makteh sekeluarga and Maksu tu kan.  Lain sebab diorang beraya asing di Penang. Tak dapat balik sebab nak  Mak Teh and Pak Teh dah kehabisan cuti. Maksu terjebak sekali sebab tolong jagakan si comel Hadif di Penang. Yang best nya walaupun jauh, tetap Makteh and Maksu pakai jubah hitam as planed before! Cayalah!!!

Tapi takde masalah pun raya jarak jauh ni sebab
 raya ke-2 mereka 4 beranak dah pin pin, pon pon di pintu belakang rumah Jida. 
And semestinya, Ato and Jida adalah orang yang paling happy! 

Sebut pasal raya ke-2. Semua keluarga Ato and Jida yang available datang gotong royong di rumah Ato untuk melapah lembu qurban. Seronok merewang ni. Masak ramai-ramai. 
Sambil tu yang muda belajar  potong dan agih daging, belajar cara masak secara berjemaah.

Semangat macam ni yang kita perlukan. Sesekali berkumpul tapi 
semua take part membantu apa yang patut.
Keluarga yang tua bersatu membantu dan memberi tunjuk ajar kepada yang muda.
Yang muda pula tidak sombong kaut segala ilmu daripada yang tua. Setiap masa terisi dengan 
penuh bermanfaat. 

Hakim and the geng macam biasa lah. Main saja kerjanya, berlari ke sana sini.
Berlawan bergaduh bergasak pun ye juga. Maklum lah boys bila dah berjumpa suka benar bergusti, bersilat bagai. Normal pada Mama jika anak lelaki di usia kamu suka bergasak. Yang penting lepas bergasak kena baik-baik semula ye Hakim. Bergasak untuk bina keyakinan diri, bina kemandirian dan tau potensi diri tapi jangan sampai membuli okay. Dan yang penting, bergasak jangan sampai ada dendam dihati tau.
Ato kesayangan Hakim sedang bakar kaki lembu. Tak berbaju sebab luka kat belakang Ato kesan operate dulu masih belum baik. Kena kasi berangin je belakang Ato, tu yang atok buat kerja mudah-mudah je masa gotong royong ni.

Ato Long! Hepi sangat gamaknye. 1000 kali LIKE! Atok ni nampak  je garang, tapi hatinya baikkkkkkk.

Banyak daging lembu ni. Jida kata lembu ni antara lembu paling besar yang mampu kita qurban.

Sepupu sepapat ipar Papa, pakat timbang daging.

Terbaik lah Tok Angah. pakai mesen kayi je kerat tulang lembu. Kerja jadi cepat! 
Dalam banyak-banyak gambar. Gambar ni Mama rasa pelik and gerun sikit. Hihihihihi...
Papa yang snap.  Papa kata kepala Tok Angah  tak kena pun daging tu. Erm...camera trick! Jaja-jaga parang tu Tok Long oiiii.

Bekejo lah kito. sekuek nyo!


Rewang potong bawang.

Atif and Cik Nina jadi mandor.

Hakim and Atif. Love u both! 

Masak jangan tak masak.
Ni berebut nak masak ke Mak ngah and Nek Andak ni?
Nenek-nenek saudara Hakim yang sangat baik hati.  Membantu dari pagi sampai ke petang.

Tara!!!
Inilah bahagian daging qurban yang telah siap dimasak untuk kenduri. 
Sup Daging
Daging masak kicap melekat!
Kurma daging.
Terima kasih di ucapkan kepada semua atok dan nenek saudara Hakim yang banyak membantu menjayakan majlis di hari raya ke-2 ini. I

Insyallah ada rezeki tahun akan datang kita qurban lagi.

Semua sedap!


Tetamu dari masjid datang  mengaminkan doa kesyukuran dan doa selamat selepas selesai Solat Jumaat.


Yang baju hitam kupiah putih bersudu di tangan tu Cikgu Mama masa sekolah rendah . Masih ingat lagi Cikgu ni pada Mama.
Namanya Cikgu Rosli.


~~~~ Biar keluarga kita kecil, tapi penuh baraqah~~~













No comments:

Post a Comment