Thursday 25 June 2015

Inner Magic untuk muka bulat.

Salam Ramadhan Al Mubarak
Alhamdulillah bertemu juga kita dengan Ramadhan ke 8 hari ini.

Raya nanti semua tentu dok pakat nak tampil segak and sweet di hari raya kan.
Tak kira lah orang slim or chubby. Semua mesti nak nampak cantik di Aidilfitri kan.

Yang tak pernah-pernah pakai shawl tu sure ada rasa teringin nak pakai shawl sebab nak nampak lain kan. Tapi percayalah ada orang memang sedia ada cantik je bila pakai shawl.
Ada orang bila pakai shawl nampak laaaaaagik tambon! (Mama lah tu... huhuhuh)

Papa cukup tak berkenan lah kalau Mama  pakai shawl ni.  tak cukup lawo katanye. Kalau di ikutkan selera Papa, tudung bawal tu yang paling berkenan Papa nak Mama pakai.

Tapi orang perempuan ni biasa lah kan. Nak juga rasa berfesyen terkini. Mama ingat lagi 1st time Mama nak pakai tudung yang owning keras.

 Haisssss!!!

Bising betul mulut Papa dok potpet suh salin tudung bawal. Sedih tau...
But end up Mama menang sebab bila dah ada Hakim masa yang diambil untuk meng adjust tudung bawal amik masa lama berbanding just sarung je tudung owning yang tak payah nak iron tu.  Papa redha aje lah... Papa kata asal kan ada muncung itik ala-ala bawal is okay. Hihihihihi...

But bila beli tudung yang ada owning ni mesti kena beli yang hard owning.
Tak boleh lah nak sarung yang selain owning keras tu.  Yang syria tu memang out lah.
Bulat muka jadinya!

Bila pakai owning keras ni pula memerlukan penjagaan yang rapi. Tak boleh masuk washing machine. Kang hancur plak owning tu retak and patah seribu. Dah rugi kan.

Tapi la ni hati Mama ni dok meronta-ronta plak teringin nak pakai shawl / selendang.
Orang pakai shawl...Mama pun teringin juga nak pakai shawl.
Macam-macam inner Mama try, yang keras, yang lembik, yang tak pakai inner pun ada juga. 

Tapi tu lah masalah orang muka bulat ni.
Kena pandai pilih inner. Bukan boleh main sarung je. 

Bersyukurlah  wanita yang Allah kurnia dan anugerahkan bentuk muka yang cantik. Bujur sirih.
Sarung lah apa je tudung, memang nampak cantik. Waima kalau pakai inner yang tepek terus kat dahi pun memang naturally cantik.  Macan Neelofa , Emma Maembong tu, pakai shawl main lilit-lilit terus jadi cantik je shawl terletak, tak payah nak inner bagai.

Macam Mama ... syukur juga Allah bagi muka bulat ni.
Cuma bila dah bulat ni kena lah cari inner yang bersesuaian.
Kalau silap beli inner or tudung muka nampak lagi  boooolat!

Biasanya Mama akan padankan dengan inner biasa yang keras cuma baru-baru ni Mama terbeli.
"TER" ye...bukan sengaja beli tau. hihihii

Terbeli inner magic.

Saje nak ngetest. Beli 1 aje.
Nak selamat, beli warna hitam supaya boleh ngam dengan semua shawl.

Masa beli tu memang orang kedai tu bagitau unuk muka bulat macam Mama ni kena gunting sikit bahagian dalam bawah inner ni. Adjust sampai inner tu tak melekap kat dahi.

So balik rumah Mama adjust. Hasilnya puas hati sangat!
Papa kata lulus shawl! Sebab ada muncung itik. Kikikiki....

Akhirnya dapat juga ber inner magic


Dah dapat approval dari yang Berbahagia Tan Sri Edi,
Mama pun menyopin sakan inner lain-lain kaler plak. Suke suke!
Budget nak beli banyak inner lain kaler pasal nak match dengan selendang hitam plak.......


Harga biasanya satu, RM10 aje.
Sesetengah kedai ada tawarkan beli 2 dapat harga RM15. So pandai-pandai lah cari and tawar harga ye. But make sure jangan tersilap pilih inner magic pula ye sebab inner magic ni ada guna  macam-macam material. Mama suka jenis cotton and agak tebal sikit supaya senang nak bentuk dan tak mudah melepek kat dahi.

Inner magic color Purple and turquoise. 

Meh nak ajar cara adjust / potong inner magic ikut muka ye.
Make sure gunting ikut line merah macam dalam gambar kat bawah ni.

 Potong sikit-sikit and test pada muka and yes jangan takut potong je getah yang I bulatkan tu.. kalu rasa masih tak dapat muncung itik tu, u all potong je lagi sampai dapat muncung itik yang u all hajati. Jangan sampai potong habis kang tak pepasal membazir pula inner tu kan tak dapat dipakai. Kikiki...

Jangan silap potong pula ye. Potong ikut line merah tu tau. Jangan pula potong habis ye.



Bukan main tinggi muncung itik. hihihihi...


Hasilnya.. memuaskan. Selesa dipakai.
Yang penting tak ade rasa geli-geli kat leher. Kalau pakai inner biasa tu pakai 2 jam je dah rasa geli-geli kat leher sebab kat leher tu dah berbelit dengan inner and shawl. Mama ni penggeli orang nye. Kalai pakai tudung tak suka ada rasa apa-apa kat leher ni.
So inner magic ni  memang ngam lah untuk Mama sebab inner magic ni tak cover leher. Oh ye, tips nak pakai inner magic ni kena make sure shawl yang nak dipadankan tu mestilah tak jarang. Kalau jarang sat gi nampak pula bayang leher.

Ok kiranye Mama memang puas hatilah dengan inner magic ni.Selain daripada harga yang murah. Senang nak di cuci and boleh terus masuk washing machine tanpa was-was.  So no more inner patah, berkeriuk or whatever. Materialnya pun sejuk dan yang penting tak tercekik bila dipakai.

And of cause penggunaan inner magic ni sangat practical pasai...
pasai pasni bila anak and En Somi nak kiss dahi takde lah mata depa tercucuk kat owning keras tudung Mama. Muahahahahah... 



~~~ Berhijab untuk tutup aurat. Itu yang PALING penting~~~




2 comments:

  1. Ada inner magic memang 'seronok' sikit pakai shawl kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni orang tgh giler dok match kan inner ikut block kaler plak kak farah. Adoiii..penin kepala edi dpt binik mcm ni. kikikiki...

      Delete