Wednesday, 20 May 2015

MYEG Bahagian Imigresen ,Apa sudah jadi?

Sorry lah MYEG ye, dulu hang baguihhhh sangat. 
La ni ... apa sudah jadi?

Muqadimah nya lagu ni ya.

Siapa kerja bahagian HR sahaja yang tau perit jerih nak dapatkan pekerja asing ni. 
Bila dah dapat pekerja asing , nak kena renew pula permitnya. Nak renew pun macam-macam cikadak yang terpaksa dilalui. 

(Kita kecik kan scope untuk renew permit  je ye.)

Dari terpaksa beratur panjang untuk amik nombor ( siapa pernah ada urusan kat Imigresen Shah Alam, tau lah panjang mana line nya. Beratur panjang  sedari pagi-pagi buta nak dapatkan nombor keramat. Kalau nasib baik, dapatlah nombor. Kalau tak... jawapan nya esok kena datang lagi beratur)

Then dah dapat nombor terpaksa tunggu lagi pula untuk nombor dipanggil, kalau office dekat boleh lah balik office buat kerja . Tapi kalau nombor terlepas, bye bye lah ye.


Ha...itu dulu masa zaman MYEG belum  open service renew permit.
Bila tau dengan MYEG boleh renew permit, kita lah  orang paling happy  and convince kan boss untuk gunakan perkhidmatan MYEG yang satu ni. 

Bukan apa, kita memang dah ada pengalaman guna service MYEG untuk renew insurance and road-tax kereta.  
Superb, cepat dan pantas! Satu hari  SIAP!
( but make sure document lengkap lah ye)

Dan sekali lagi,
time tu service  MYEG-Imigresen ni memang tidak mengecewakan.

Once document complete
 Payment settle. 
Within a week  runner MYEG datang bawa stiker untuk lekat kat passport pekerja asing.

Semua online. 
Layanan tip top. 
No more tunggu berjanggut nak dapatkan nombor kat Imigresen office dah. Semuanya dihujung jari. Memang puji habis-habisan lah. 
(perkara baik memang harus di puji)

Tapi tu semua tinggal sejarah.
Since awal 2015 ni kalau tak silap, semua hal berkaitan renew permit telah di hand over semua daripada Imigresen kepada MYEG. Which mean, its compulsory semua majikan kena renew hanya di MYEG, dah tak boleh buat dah kat Imigresen office. (unless kes-kes tertentu contoh macam nak dapatkan SP dll)

Maka berdoyon-doyon lah umat manusia ni guna service MYEG yang dikatakan superb ni.

Apa yang jadi lepas tu?

Kita dah settle semua document and full payment puluh-puluh ribu since Disember 2014. 
But sampai la ni masih belum dapat stiker!

mana pergi ke-superb-an, kecekapan dan kepantasan mu wahai MYEG???

Ape je yang kita tak try?

1. Kita dah call bahagian MYEG-Imigresen,  giler susah nak dapat tembos!
Bila dapat tembus pun, bukan nye dapat bahagian Pekerja Asing. Tapi help-desk.
 Help- desk pula cakap tak ada nombor telefon direct ke bahagian pekerja asing and kita ni lah kena tunggu sampai berjanggut . 
Tapi janggut hat ni lebih panjang daripada hat kena tunggu kat the real Imigresen office nun!

Help-desk pula just boleh review status yang bahagian Pekerja Asing update dalam system. Kot diorang tak update, jadinya help-desk akan inform perkara yang dah lapok not valid.


2. Pergi HQ di Damasara, jawapan kaunter macam ni pula
"Puan, semua urusan online, Puan tak perlu datang sini ye"
Ape kejadahnye kome nak ngalau kite?
Dah la call susah nak angkat, emel reply pun jawapan asik je in progress. Kita ni datang bukan nak gaduh-gaduh. Kita nak face to face. Nak bincang kot ada benda yang kita boleh tolong. Sebab kita dah puas tunggu.
 Sebulan dua boleh lah kita kasi chance but ni dah nak masuk setengah tahun beb!
Ni kalau kita amik kursus menjahit baju kurung, sure dah pandai jahit dah baju kurung raye kite tahun ni!!!

3.  Last sekali kita ke FB MYEG. Kita pun nganto lah komen pasal isu ni. 
Tapi ayat kita molek. Bahasa kan mencerminkan bangsa. 
Kita kena matang ye dak? Admin FB-MYEG tu kan tak bersalahhhhhhhhh.  

and Serius!
 Hari yang sama kita anta komen, admin FB MYEG terus PM minta details.
Terus lah ada person in-charge dari MYEG bahagian pekerja asing yang email status pekerja asing semua tu pada kite ni. Lega lah sikit hati ni. At least ada direct communicate dengan staff MYEG kan. Bila ada person in-charge ni rasa 70% lega.

Tapi...... tapi dan tapi.
Dah berbulan juga si staff ni dok update yang renew in progress setiap kali kite minta update.
Bila di minta direct phone number memang dia tak bagi. Disuruhnya by email.
Memang stress!


 Imej taken frm  mr GOOGLE imej. Funny plak kan. Hihihihii... jangan strss sangat ye.


Kenapa kita stress? Padahal just nak dapatkan stiker je.

1. Duit puluh ribu dah bayar. 

2. Kalau dulu urusan renew permit dengan the real Imigresen TIDAK pernah amik masa sekurun ini.

3. Pekerja takut nak keluar rumah. Mereka tak bersalah.
(tolong lah ye, walaupun diorang ni pekerja asing. Diorang ni kerja betul-betul. Masuk ikut channel yang betul, peyakit insyallah yang berjangkit tak ada sebab dah disaring FOMEMA) 

4. Ada pekerja yang nak balik bercuti sebab family sakit dah nazak.
Kita memang kesian bab ni. Diorang ni memang tak dibenarkan keluar Malaysia kalau tak ada stiker.
Kita dah call Imigresen, diorang tak boleh buat apa sebab semua MYEG yang handle. 
Imigresen siap boleh cakap , memang ramai call Imigresen office mengadukan hal yang sama. 
Aduhai...makin stress kita jadinye.

5. Tanggapan boss.
Ha... yang ni paling buat kita stress!
Kalau kamu jadi bos...tak ke macam pelik dah bayar tapi stiker tak dapat dah setangah tahun ni?
So far , bos kita macam memahami. Tapi kita yang dok nguruskan ni sure lah tak sedap duduk kan.

Erm...kita update blog ni bukan sebab 100% nak menyalahkan MYEG.
Kita pun tak tau apa masalah yang MYEG hadapi sekarang.

Cuma as client, once kita dah bayar your service. Full payment pula tu. Kita harap sangat 
sekurang-kurangnya ada progress yang lebih baik bila u nak update status renew kita.

Jangan dah berbulan-bulan, status update tetap sama.

 In progress.

 Hello! Sesuai ke kita nak bagi alasan yang sama pada boss kita.. 
"boss, renew in progress bos"

So sesiapa yang ada masalah yang sama kat sini. Kot boleh share pengalaman and bagi tips ke untuk mempercepatkan urusan nak dapatkan stiker daripada  MYEG ni boleh lah share ye. 

Kalau ada nak share no direct line Pekerja Asing kat  MYEG yang bertempat kat bangunan KPMG tu lagi cantek!

~~~~~Kekadang rasa nak minta kerja kat MYEG ni. 
Kita nak tolong MYEG ni kasi sattle kerja cepat sikit. Boleh? hihihihi... tapi gaji Director.  :) ~~~~~




Tuesday, 12 May 2015

Thank you Teacher

 Lama dah rasanya Mama tak update  progress Hakim di Little Caliph kan.

Ni nak share yang last few month, Little Caliph ada buat sessi perjumpaan dengan ibubapa.
Sesi dimana teacher akan bagitau tahap pencapaian anak-anak setakat 2 bulan lebih bersekolah ni.

Teacher 5kgs II : Techer Ila 

 Daripada sesi perbincangan tersebut Mama dapat banyak komen positive dan negative daripada teacher Hakim. Report kali ini pula tak semua penilaian  teacher bagi 'Good" .

Dalam pelbagai aspek yang dinilai, ada 2-3 perkara teacher just bagi "Satisfaction' sahaja.
Satisfaction means tahap penguasaan  adalah sederhana.
Tak macam last year, semua report Hakim dapat Good.

Tapi pada Mama,
dengan adanya 'Satisfaction' ni at least teacher Hakim benar-benar menilai Hakim.
Tau apa kelemahan Hakim.

Teacher kata yang Hakim agak lemah dalam reading dan hafazan.
Yang lain semua Good, baik dari segi sahsiah, numbering, bacaan solat, drawing and writing semua teacher kasi 'Good'. Alhamdulillah...

Teacher kata Hakim boleh membaca tapi amik masa, teacher kena mula dulu then baru Hakim boleh baca. Itu pun tersekat-sekat and Hakim mudah lupa apa yang telah di ajar semasa sesi reading.

  Teacher Hakim kata kalau boleh nak Hakim consistence, boleh baca dengan lancar.
So that Hakim boleh habis buku II before Jun 2015
.
Begitu juga dengan hafazan, Hakim lemah untuk hafaz surah surah Al-Masad.

Tapi setelah berbincang,  Mama tau kenapa Hakim lemah part membaca tu.

Sebab... Hakim memang langsung tak ada buat revision di rumah.

Actually last year Hakim cemerlang sebab Mama and Papa ada pergi ke reading talk  organize by Little Caliph but this year Mama and Papa tak joint sebab difahamkan kandungan talk nya sama dengan last year. Rupa-rupanya pada tahun ni, after talk parents akan dibekalkan dengan buku bacaan untuk anak revise kat rumah. Buku siri membaca dari siri I-IV.

Macam last year memang ada buku revision untuk anak dibekalkan. Tapi hanya 1 buku iaitu reading book siri I. Sebab tu last year teacher impress sebab Hakim lancar book 1, sebab memang Mama selalu ajar Hakim rading book 1. Tapi tak pe, kali ni masa sesi perbincangan dengan teacher, teacher Ila ada bagi 5 siri buku bacaan. So, lepas ni boleh lah Mama ajar Hakim kat rumah ye. 

Pasal hafazan tu pula, teacher inform so far Hakim dah hafaz surah
Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Nas, Al Asr dan Al-Falaq.
Yang Hakim belum hafaz ialah Surah Al-Masad. Tersekat-sekat.

Erm....
Ini pun Mama rasa Mama tau kenapa.
Pasal time solat, Papa selalu baca surah-surah tu. Malam nak tidur pun biasanya Mama akan baca surah -surah 3 Qul tu, sebab tu Hakim lancar membacanya.
Jadi lepas ni time solat jemaah kena request Papa baca surah Al-Masad pula.

Ada 1 lagi issue yang teacher highlight kat Mama and Papa, teacher inform bila  bemain and buat aktiviti berkumpulan, Hakim ok, excellent .
Boleh blend dengan kawan-kawan, boleh jawab soalan yang teacher tanya.
And berani nak berebut jawab soalan.

Tapi bila diminta ke depan seorang diri untuk jadi Imam solat or reading sorang-sorang depan class, lain pula case nye. Hakim akan terus senyap. Malu. Kelu.

Erm.... Ini kes berat ni.
Hakim kena belajar jadi leader. Untuk jadi leader yang hebat, Hakim kena berani ke hadapan ye sayang. Jangan malu-malu. Berani dan malu kena bertempat tau. Time belajar ni jangan malu-malu. Rugi tau.

 So untuk meningkatkan lagi self esteem dalam diri Hakim. Mama and Papa dah sebulat suara nak hantar hakim ke class Tekwando.

Since Mac 2015, Hakim joint Taekwondo and u like it so much !
Taekwondo kat Little Caliph je, RM40 for 4 session  sebulan.

Objektive Mama and Papa hantar  Hakim Taekwando class ni sebab nak Hakim boleh defends diri bila perlu, boleh meningkatkan disiplin diri Hakim dan yang penting sebab Mama nak anak Mama yang seorang ni rasa confident dan jadi lebih berani. Tak mau pasif-pasif sangat. Pasif mesti bertempat tau.

ITF Beginner, white belt.

After selesai belajar Taekwondo, baca surah Al-Asr. 

Last week Mama berpeluang tengok Hakim ber Taekwando.
Boleh tahan juga garangnya Sir kamu ye Hakim. Siapa yang tak focus Sir tu jentik telinga memasing. Jentik tak kuat pun, Mama tengok Sir tu jentik nak pelatihnya focus je.

 Latihan seminggu sekali after class. Sejam je latihan tapi syok juga lah Mama tengok gelagat Hakim and anak-anak lain berlatih. Comel je suara you all bergema dalam class, cute sangat tengok Hakim and anak-anak lain ber uniform putih Taekwondo ni. Geram! Semoga semua jadi muslim sejati yang kaya dan berjaya!

Lagi 1 Mama nak share,

Dah alang-alang bercerita pasal kamu ni kan,
Mama nak masuk kan  sekali tentang trip Hakim ke Zoo Negara dan Kilang roti Gardenia awal bulan aritu.  Dua buah bus disediakan untuk trip kali ni. Little Caliph Sg Buloh ni dah ramai student. Dulu sebuah je, sekarang dah 2 buah bus yang diorang kena sediakan untuk trip.

Hakim sangat lah teruja nak follow trip , bangun awal pagi mandi air sejuk pun sanggup.

Cer cari mana Hakim?
Sepanjang hari Mama kat office memang asik teringat Hakim.
Mohon minta pada Allah agar Hakim dilindungi dari sebarang bahaya dan berharap Hakim enjoy the trip! Dan Alhamdulillah... bila balik daripada trip tu memang Hakim sangat happy.

Sejak ber trip ke Kilang Gardenia, asik saja anak Mama yang sorang ni memuji roti Gardenia.
Katanya roti Gardenia ni bersih, bau sedap! Roti Gardenia tu mula-mula kecil , masak letak tepung, air and honey. Lepas tu terus jadi besar macam yang jual kat kedai. Ayat tu je yang Hakim asik ulang. Seronok sangat agaknya trip ke Gardenia ni. Lepas tu asik cakap je yang dalam kilang Gardenia tu rotinya bau wangi sangat.  Boleh makan banyak-banyak. Teruja Mama mendengar cerita Hakim tu sayang.

Lepas tu , asal nampak lori Gardenia mesti akan happy semacam , yang peliknya.... anak Mama langsung takde cerita pasal trip ke Zoo Negara. Pelik.... Memang pelik!

Nampaknya penangan roti Gardenia ni lebih mendapat perhatian Hakim berbanding animal yang ada dalam Zoo Negara tu ye.

Seriusly Mama tak pernah jejak kaki ke kilang Gardenia tu, daripada gambaran Hakim. Mama rasa macam teruja juga nak jejak ke sana. Tapi.... boleh ke??? Ke kena jadi teacher kindergarten baru boleh masuk kilang Gardenia ni ye? hihihhihi...

Papa cakap masa Papa standard 3 dulu, Papa pun pernah ikut school trip ke kilang Gardenia ni.
Papa cakap time tu memang Papa and the gang pun dapat banyak roti Gardenia.
Boleh makan banyak mana pun roti yang diorang nak. Tak ada sekatan.

Suasana memang menyeronokkan. Papa kata sejak dari itu Papa memang percaya pada roti keluaran Gardenia sahaja. Walaupun sekarang ni dah ada macam-macam jenis roti yang baru macam High5, Massimo  etc... Papa tetap hanya beli roti cap  Gardenia ni.

Sebab apa?
 Sebab Papa masih ingat betapa murah hatinya Gardenia bagi makan roti FREE pada student.
Kilang pun bersih. Papa cakap, memang pandai Gardenia ni promote roti.

Pikat hati orang ramai sedari kecil. Bila anak nak or dah suka roti Gardenia, semestinya lah mak-mak pun akan belikan. Marketing terbaik lah Gardenia ni.
Sedar tak sedar, sekarang giliran Hakim pula dapat rasa apa yang Papa rasa last 24 years ago.
Maka akan berpanjangan lah deligasi penggemar roti Gardenia ni nanti. Insyallah.

Ok, gambar kat bawah ni semua Mama dapat daripada FB Little Caliph Sg Buloh.
Thank you so much pada all teacher yang sabar melayan kerenah anak-anak, especially anak Mama lah ye. At least ada juga gambar kenangan Hakim trip time kindergarten ni.


Serius banyak roti Gardenia bagi dalam setiap bag tu.

Dalam class Hakim macam ni juga ke??? Phewwwww....


Kenangan di Zoo Negara:: Little Caliph , 5 Mei 2015



Selamat Hari Guru buat semua Pendidik.
~~~~ Terima kasih, jasamu hanya Allah yang dapat membalasnya ~~~