Monday, 28 April 2014

Welcome to Little Caliph Kindergartens Sports Day 2014



27 April 2014: Hakim 1st time ber sports day.

Since last 2-3 days Hakim asik pujuk Mama & Papa supaya hadir ke Sports Day 
Hakim nanti. Agaknya dekat school teacher ajar kot suruh anak-anak ni ajak parents datang sports day. 

Serius rasa sayu hati bila Hakim cakap macamni. 
"Mama...nanti Hakim sportday, Mama tengok ye"... 

Hakim.... Insyallah, selagi hayat dikandung badan. Mama akan cuba hadir 
disetiap hari-hari istimewa Hakim. Tak kira lah hari itu hari apa, kalau Hakim involve mama akan 
try my best to attend. 

Mama & Papa akan sokong & pastikan setiap saat indah, suka duka Hakim sentiasa kami ada disisi.  Walaupun malam before sports day tu Mama bagitau yang Mama nak tengok anak Mama menang.
 (Sambil baring kat Papa Hakim cakap macamni  " Ok lah...Hakim menang nanti".)
Tapi apa yang sebenarnya yang Mama nak ialah, Hakim enjoy & happy bersukan dengan your friends.
Kalah atau menang tu tak penting. Bagi Mama kalau Hakim berani nak bersukan tu pun dah cukup baik.

Nak tau kenapa? 
Sebab pada hari sukan tu. Ramai juga anak-anak Little Caliphs yang menangis. Menangis nak 
kat mak masing-masing. Mostly yang menangis tu Mama tengok orang yang sama yang menangis time 1st day school aritu. Kesian Mama tengok , menangis teresak-esak. Mama rasa diorang ni menangis sebab takut. Takut sebab tengok ramai sangat orang yang tak dikenali kat situ. Then parents pula ditempatkan di khemah lain. 

Ye lah...kalau parents stay 1 khemah dengan anak-anak kang tak jadi ape lah kan. Tapi kalau dah kronik menangis, memang tak boleh buat ape lah kan. Parents kena lah pujuk anak tu. Teacher semua busy nak arrange student lain. Tapi kalau ade 15 orang...adelah sorang je anak yang menangis. Yang lain semua sporting. Semua enjoy nak bersukan. Sukan budak-budak....seronok tau!

Panjang berjela mukaddimah. Hihihihi.... 
Tahun ni sport day di Taman Metropolitan, KL. 

Mulanye idak lah tau mana halanye taman tu  tapi bila teacher inform 
Taman Layang-Layang. Owhhhhhhhhhhh.....(panjang owhhh nye)  baru lah Mama & Papa 
tau kat mana. Banyak kali dah Mama ajak papa ke Taman Layang-layang ni tapi tak ada  rezeki. Papa selalu je ngelak nak ke sini sebab setiap kali lalu taman tu, parking selalu full & ramai orang park kereta kat tepi jalan besar. So macam bahaya pula nak park kereta jauh-jauh kat tepi jalan besar tu kan. Makanya, Sports day Hakim ni baru lah kita 3 beranak dapat  menjejak kan kaki kat sini. Thank you Little Caliphs....

After register, teacher Shima bagi nombor giliran untuk pin kat baju Hakim & Papa.

Nampak tu Papa risau benar kat anak tu.  Ini tent anak-anak & teacher ye Papa. Papa tak boleh masuk.

Sports day kali ni lawan suke-suke antara 
Little Caliphs Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Gombak & Wangsa Maju. 
So ramai... so meriah and merrier.  :)

Masa nak kawad kaki tu nampak comei je masing-masing. Bagi student yang age 4 tahun maybe inilah kali pertama merasakan pengalaman berkawad secara beramai-ramai macamni. School anak Mama pakai baju colour blue. Sebab tu lah arini Mama & Papa pakai baju & tudung colour blue. Macam boria plak kan. hihihihi...


Perarakan anak-anak cute miut mengikut cawangan school . 

Little Caliphs Sungai Buloh. All kids looks blueeeeee......


Sukan time!
Lepas seronok tengok anak lari sana sini. Next session, mak or bapak pula kena joint sukan dengan anak. Seronok betul. Most parents sangat supportive and Mama tengok ramai parents yang datang pun pakai baju yang sama dengan baju anak. Best! 
Kan! team blue...parent pun pakai baju blue. Terbaeeekkkkkk....

Go Hakim Go! Go Papa Go!
Tak puas tengok gambar je kan. 
Meh Mama share video Hakim sport dengan Papa.
And Papa... I want to tell u s'thing. U look so comei dikalangan ramai little angle tu... hihihi.




With Founder The Little Caliphs Program: Pn Sabariah Faridah Binti Jamaluddin







Snap se round dengan hadiah & piala. Ini merupakan piala pertama dalam hidup Hakim tau.



Selesai sesi student 4 years old bersukan.
Boleh lah santai main bubble or yang nak main layang-layang pun boleh. Time pukul 10am macamni dah ade banyak kedai yang dah mula buka gerai. Ada yang jual mainan... ada juga yang jual makanan & minuman. This time kita main bubble je lah sebab hari makin panas. Layang-layang lain kali kita datang main kat sini ye. Sian kulit gebu Mama ni nanti jadi kelabu asap. Hihihihi


Berebut dengan Papa.
Various types of kite. So colorful kan.

Alhamdulillah selesai sports day pertama Hakim. 
Walaupun sepanjang ber sport tu muka Hakim serious je tapi Mama percaya Hakim dah cuba yang terbaik supaya jadi yang brave & strong. Dari luar tent Mama & Papa sentiasa perhatikan Hakim. Mama tau Hakim takut (Hakim asik tengok luar tent tempat akhir Mama & Papa tinggal kan Hakim) tapi Mama bangga Hakim dapat atasi rasa takut tu and Mama harap dimasa akan datang Hakim akan jadi lebih berani and percaya pada keupayaan diri sendiri. 

Ingatlah sayang...
bahawa Hakim tidak sendiri. 
Percayalah Allah sentiasa bersamamu. Mama doakan Hakim sentiasa dalam perlindungan Allah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pelindung.


Hi champion! U always be my champion.


No comments:

Post a Comment