Thursday 3 January 2013

Bukan KANSER. Alhamdulillah...



Alhamdulillah selesai Ultrasound di Hosp Sg Buloh.

Pic ni Mama snap kat bilik persalinan. 1 pic ni je yg Mama boleh share dgn Hakim. Masa process ultrasound tu Papa tak boleh masuk sekali. Sejuk tangan Mama masa tunggu turn untuk scan. Takut sangat. 

Actly,masa ni dah tak ada blood discharge, maybe antibiotik yang doktor bagi haritu berkesan. Yang keluar cuma cecair kekuningan sahaja. Itu pun discharge bila dipicit.  

Masuk bilik scan tu, syukur pada Allah sbb yg check Mama untuk ultrasound adalah Doktor perempuan. (Memang dari awal pemeriksaan Mama & Papa request kalau boleh nak Doktor perempuan, kita kena request sebelum treatment mula. Kalau tidak memang akan dapat ke Doktor lelaki, itu pun kalau ade Doktor perempuan masa tu lah.)

Scan process tu Doktor buat pada both breast even yang discharge actually the right breast. Doktor kata better check both sebab boleh jadi sel cancer tu  ada pada both breast

Sesi scan ultrasound tu makan masa 30 min mcm tu..laju jantung Mama. Sambil Doktor scan Mama boleh tgk monitor & doktor tu terangkan pada Mama setiap gambar hitam putih yang ada pada monitor. Doktor scan setiap kawasan breast dan juga ketiak. Doktor nak pastikan betul2 kedudukan sel cancer tu. 

But... 

 Alhamdulillah both breast looks normal &  Doktor kata memang tak ade sel cancer.
Dr berani jamin yg Mama tiada masalah kanser. 

Alhamdulillah...Syukur sangat pd Yg Esa. 

Selesai sesi ultrasound, Mama & Papa ada tanya Doktor sebab nak tau juga ape masala sebenar. 
Dr pon tak dapat bagi apa punca dan masalah Mama. Erm...Question mark besar kat situ. 

Cuma Doktor kata maybe ada hubungkait dengan hormon sebab period mama irregular.  Doktor kata maybe Mama juga menghidap PCOS. So doktor suggest Mama refer ke Gynea untuk rawatan lanjut.

Apa2 pun Mama sangat bersyukur sebab masalah nipple discharge ni berakhir. Cuma Mama nak struggle untuk PCOS pula. Ape itu PCOS? Mama akan share dengan Hakim entri lain ye.

~~~ Segala pujian hanya padaMu Allah ~~~ 



No comments:

Post a Comment