Saturday, 7 January 2012

Dalam Kenangan 2010: Cameron Highland: Day 1


Day 1
Percutian kita dengan Family MS. 
Yeay!!!

Sayangnye family Mak teh tak dapat joint. Hakim & Pak Ngah pula fever. Hai lah anak...time nak bercuti Hakim demam ye. 

Tp kita tetap teruskan juga trip kita ke Cameron Highland. Kot bawa berjalan dapat angin baru boleh baik demam kn.   :)

Kita stay sini tak lama pun, 3 hari 2 malam je. Pak Ngah sewakan Homestay (Apartment 3 bilik).



Dengan Jida kat beranda apartment. Kesejukan, sokin pon tak mohlucut sbb sejukkkkkk....


Nangis nak minta dukung.

Masa ni Hakim baru nak belajar tatih. So asik jatuh bangun. Bila kaki jejak lantai kan sejuk, tu yang give up nak tatih. Ditambah pula dengan demam...asik nak berdukung saje lah kamu anak.

Hari pertama ni tak banyak sangat aktiviti kita. Oleh sbb sampai pun dah agak lewat so kita jalan2 sambil menikmati keindahan alam yang Allah jadikan untuk kita urus tadbir.

Hakim (10month) & Atiff (4month)
Topi yang cemei tu Jida belikan untuk Hakim & Atif kat gift shop area ladang teh ni, Jida beli same patern lain kaler je sbb nak bagi nampak macam twin  :)



Minum teh tarik seround....  :)





Suka dapat keluar jalan2 ye Hakim.  


All boyzzz.... 


Bergambar dgn Ato & Jida kat ladang teh.

Cuaca kat sini kebetulan elok tak hujan, so tak lah menambahkan lagi kesejukan yang ada. 

Demam Hakim malam pertama pula makin teruk, Papa, Mama & Pok Dal bawa Hakim ke clinic tgh2 malam sbb risau keadaan jadi makin teruk. Alhamdulillah jumpa juga clinic even dah malam buta. Balik rumah terus masuk kan ubat punggung. tak sampai 2 minit, Hakim pooo pooo. Abis baju Mama sebab Hakim poo poo cirit. Jida kata elok lah Hakim poo poo...mean panas badan tu keluar.
And yang penting, malam tu Hakim tidur lena .. zzzZZzzzzzz.....

Esok kita nak berjalan lagi, kena simpan energy ni. Next entry Mama share lagi vac kita kat Cameron ni ye...

~~~ Bahagia lah kamu anak ku sayang...cepat sihat dari demam~~~

No comments:

Post a Comment