Wednesday 20 May 2015

MYEG Bahagian Imigresen ,Apa sudah jadi?

Sorry lah MYEG ye, dulu hang baguihhhh sangat. 
La ni ... apa sudah jadi?

Muqadimah nya lagu ni ya.

Siapa kerja bahagian HR sahaja yang tau perit jerih nak dapatkan pekerja asing ni. 
Bila dah dapat pekerja asing , nak kena renew pula permitnya. Nak renew pun macam-macam cikadak yang terpaksa dilalui. 

(Kita kecik kan scope untuk renew permit  je ye.)

Dari terpaksa beratur panjang untuk amik nombor ( siapa pernah ada urusan kat Imigresen Shah Alam, tau lah panjang mana line nya. Beratur panjang  sedari pagi-pagi buta nak dapatkan nombor keramat. Kalau nasib baik, dapatlah nombor. Kalau tak... jawapan nya esok kena datang lagi beratur)

Then dah dapat nombor terpaksa tunggu lagi pula untuk nombor dipanggil, kalau office dekat boleh lah balik office buat kerja . Tapi kalau nombor terlepas, bye bye lah ye.


Ha...itu dulu masa zaman MYEG belum  open service renew permit.
Bila tau dengan MYEG boleh renew permit, kita lah  orang paling happy  and convince kan boss untuk gunakan perkhidmatan MYEG yang satu ni. 

Bukan apa, kita memang dah ada pengalaman guna service MYEG untuk renew insurance and road-tax kereta.  
Superb, cepat dan pantas! Satu hari  SIAP!
( but make sure document lengkap lah ye)

Dan sekali lagi,
time tu service  MYEG-Imigresen ni memang tidak mengecewakan.

Once document complete
 Payment settle. 
Within a week  runner MYEG datang bawa stiker untuk lekat kat passport pekerja asing.

Semua online. 
Layanan tip top. 
No more tunggu berjanggut nak dapatkan nombor kat Imigresen office dah. Semuanya dihujung jari. Memang puji habis-habisan lah. 
(perkara baik memang harus di puji)

Tapi tu semua tinggal sejarah.
Since awal 2015 ni kalau tak silap, semua hal berkaitan renew permit telah di hand over semua daripada Imigresen kepada MYEG. Which mean, its compulsory semua majikan kena renew hanya di MYEG, dah tak boleh buat dah kat Imigresen office. (unless kes-kes tertentu contoh macam nak dapatkan SP dll)

Maka berdoyon-doyon lah umat manusia ni guna service MYEG yang dikatakan superb ni.

Apa yang jadi lepas tu?

Kita dah settle semua document and full payment puluh-puluh ribu since Disember 2014. 
But sampai la ni masih belum dapat stiker!

mana pergi ke-superb-an, kecekapan dan kepantasan mu wahai MYEG???

Ape je yang kita tak try?

1. Kita dah call bahagian MYEG-Imigresen,  giler susah nak dapat tembos!
Bila dapat tembus pun, bukan nye dapat bahagian Pekerja Asing. Tapi help-desk.
 Help- desk pula cakap tak ada nombor telefon direct ke bahagian pekerja asing and kita ni lah kena tunggu sampai berjanggut . 
Tapi janggut hat ni lebih panjang daripada hat kena tunggu kat the real Imigresen office nun!

Help-desk pula just boleh review status yang bahagian Pekerja Asing update dalam system. Kot diorang tak update, jadinya help-desk akan inform perkara yang dah lapok not valid.


2. Pergi HQ di Damasara, jawapan kaunter macam ni pula
"Puan, semua urusan online, Puan tak perlu datang sini ye"
Ape kejadahnye kome nak ngalau kite?
Dah la call susah nak angkat, emel reply pun jawapan asik je in progress. Kita ni datang bukan nak gaduh-gaduh. Kita nak face to face. Nak bincang kot ada benda yang kita boleh tolong. Sebab kita dah puas tunggu.
 Sebulan dua boleh lah kita kasi chance but ni dah nak masuk setengah tahun beb!
Ni kalau kita amik kursus menjahit baju kurung, sure dah pandai jahit dah baju kurung raye kite tahun ni!!!

3.  Last sekali kita ke FB MYEG. Kita pun nganto lah komen pasal isu ni. 
Tapi ayat kita molek. Bahasa kan mencerminkan bangsa. 
Kita kena matang ye dak? Admin FB-MYEG tu kan tak bersalahhhhhhhhh.  

and Serius!
 Hari yang sama kita anta komen, admin FB MYEG terus PM minta details.
Terus lah ada person in-charge dari MYEG bahagian pekerja asing yang email status pekerja asing semua tu pada kite ni. Lega lah sikit hati ni. At least ada direct communicate dengan staff MYEG kan. Bila ada person in-charge ni rasa 70% lega.

Tapi...... tapi dan tapi.
Dah berbulan juga si staff ni dok update yang renew in progress setiap kali kite minta update.
Bila di minta direct phone number memang dia tak bagi. Disuruhnya by email.
Memang stress!


 Imej taken frm  mr GOOGLE imej. Funny plak kan. Hihihihii... jangan strss sangat ye.


Kenapa kita stress? Padahal just nak dapatkan stiker je.

1. Duit puluh ribu dah bayar. 

2. Kalau dulu urusan renew permit dengan the real Imigresen TIDAK pernah amik masa sekurun ini.

3. Pekerja takut nak keluar rumah. Mereka tak bersalah.
(tolong lah ye, walaupun diorang ni pekerja asing. Diorang ni kerja betul-betul. Masuk ikut channel yang betul, peyakit insyallah yang berjangkit tak ada sebab dah disaring FOMEMA) 

4. Ada pekerja yang nak balik bercuti sebab family sakit dah nazak.
Kita memang kesian bab ni. Diorang ni memang tak dibenarkan keluar Malaysia kalau tak ada stiker.
Kita dah call Imigresen, diorang tak boleh buat apa sebab semua MYEG yang handle. 
Imigresen siap boleh cakap , memang ramai call Imigresen office mengadukan hal yang sama. 
Aduhai...makin stress kita jadinye.

5. Tanggapan boss.
Ha... yang ni paling buat kita stress!
Kalau kamu jadi bos...tak ke macam pelik dah bayar tapi stiker tak dapat dah setangah tahun ni?
So far , bos kita macam memahami. Tapi kita yang dok nguruskan ni sure lah tak sedap duduk kan.

Erm...kita update blog ni bukan sebab 100% nak menyalahkan MYEG.
Kita pun tak tau apa masalah yang MYEG hadapi sekarang.

Cuma as client, once kita dah bayar your service. Full payment pula tu. Kita harap sangat 
sekurang-kurangnya ada progress yang lebih baik bila u nak update status renew kita.

Jangan dah berbulan-bulan, status update tetap sama.

 In progress.

 Hello! Sesuai ke kita nak bagi alasan yang sama pada boss kita.. 
"boss, renew in progress bos"

So sesiapa yang ada masalah yang sama kat sini. Kot boleh share pengalaman and bagi tips ke untuk mempercepatkan urusan nak dapatkan stiker daripada  MYEG ni boleh lah share ye. 

Kalau ada nak share no direct line Pekerja Asing kat  MYEG yang bertempat kat bangunan KPMG tu lagi cantek!

~~~~~Kekadang rasa nak minta kerja kat MYEG ni. 
Kita nak tolong MYEG ni kasi sattle kerja cepat sikit. Boleh? hihihihi... tapi gaji Director.  :) ~~~~~




7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya.boleh tolong contact me 0123408514

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih En Zubir tapi Alhamdulillah saya dah berjaya dapatkan sticker pekerja last week. Bagi yang belum dapat tu cuba lah complain di FB MYEG dan make sure ke office MYEG untuk buat aduan.

      Delete
  3. En zubir orang myeg ke..sy pon sakit hati juge..sticker still pending status. Da siap kot..lg2 skang nie susah pasal thumbprint..kalau en.zubir orang myeg leh tolong

    ReplyDelete
  4. sekiranya ada masalah mengenai myeg, baik terus je ke damansara dan walk in dan terus ke concierge tingkat 1 tu..rasanya apa2 kes diaorang akan atttend inshallah

    =kamen rider

    ReplyDelete
  5. Perkhidmatan yang sangat tidak baik, document negara di buat permainan gaji 50 renew permit rm3700 dan permit tidak boleh di gunakan sepenuhnya karena proses renew yang begitu lembab..

    ReplyDelete
  6. mimpi ngeri......service yg paling teruk.....call aje bukan main susah nak dapat line....

    ReplyDelete