Dah lama rasanya kita tak bawa nenek Kuang jalan jauh kan Hakim, kebetulan Cin na ninot akan konvo so inilah masa paling sesuai untuk kita bawa nenek Kuang jalang-jalang cari makang ikang kat terengganu. hihihihi...
Jom tengok hasil perjalanan bawa nenek Kuang ke Tganu 3hari 2malam.
Perjalanan dari Sg Buloh ke Tganu: 5jam (Hakim elok je seat kat belakang teman nenek Kuang :) )
Cik Na & nenek bergambar depan Homestay Seri Ibai Permai Inn
Tengah tunggu Papa register untuk Check In
Papa dah booked homestay Seri Ibai Permai Inn 2 weeks before kita ke sini. Papa sewakan 2 bilik. Tak mahal pun, cuma RM80 sebilik. Bilik yang Papa amik untuk kita & nenek sama je, ade aircond & bilik air. Selesa lah nenek malam2 tido aircond :)
Petang tu dalam pukul 5 kita ke Kuala Ibai. Dapat lah Papa layan Hakim mandi pantai sekejap. Al maklum lah...budak KL jarang dapat mandi pantai. hihihii.... Hakim happy sgt dpt main pantai. Padahal penat journey Kl-Tganu tak habis lagi.
Main siram2 pula kamu berdua ye.
Mama paling suka pic hakim & Papa ni.
Hakim tak moh balik.
Pakai pempers je tu.
Berat dah 12kg Hakim ... mama dukung jugak.
Petang 19.10.2013 Cik na berkonvo. Nenek je masuk dewan. Kita 3 beranak tunggu kat luar. Sambil nyoping kat pesta konvo. Kenapa kita tak masuk?
1. Buak tecik macam Hakim tak boleh bawa masuk.
2. Tak larat lah mama & papa nak duduk lama2 dalam dewan tu. Majlis makan masa 3 jam tau.
Gambar kenangan dengan Cik Na depan Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu.
Sayang sangat!!!
Mane Cik Na ni??? |
Hakim boring tunggu Cik Na... |
Pandai posing anak Mama ni. |
Anak kesayangan Mama. |
Hakim snap pic ni sendirik! |
Hakim dah penat jalan.
Sempat singgah beli kepok losong & bebola chesse kat Bukit Tok Beng. Beli buah tangan untuk org Kampung Merbau Sempak. Kat sini memang famous kepok lekornye. Punye ramai org samapaikan ada sistem nombor.
Solat jamak di masjid Terengganu time on the way balik Sg Buloh.
Mudah2an anak Mama akan jadi insan bijak dan beriman. Boleh bawa masuk Mama & Papa ke dalam dewan konvo kamu satu hari nanti.
Tapi yang pasti... Mama doakan moga Hakim jadi anak yang soleh dan boleh bawa Mama & Papa masuk ke Syurga Allah.
Amin....
No comments:
Post a Comment