Showing posts with label gambang. Show all posts
Showing posts with label gambang. Show all posts

Wednesday, 19 February 2014

Bukit Gambang City Resort :: Day 2 (Water Park)

Good Morning Hakim.... 
Assalamualaikum.... bangun anak Mama. Kita nak turun breakfast ni.

Menu breakfast serius banyak choice. Nasi lemak, roti canai, noodle pula bermacam jenis noodle ada. Yang western punya pun samapi 2-3 stall Arabian Resort ni sediakan. 

 Memang banyak sangat lah menunya. Puas hati sangat! Mama bagi 4 bintang!!! hihihihi.... 
Walaupun tempat makan nya terbuka, tak ber aircond tapi selesa & tak panas. 
Yang penting menu wajib sedap...dan banyak pilihan. 
Terbaik...makan sampai kenyang!!!

Hakim tak mandi terus breakfast. 
For record, Mama nak share time nak breakfast tu supposedly Hakim kena bayar. 
Tapi pihak resort kata... FREE. Ishhh...free lagik? Untung nye badan. Agakny sebab badan anak Mama ni kecik molek ke depa ni ingat Hakim ni baby-baby?

 Erm...Mama inform kat depa yang Hakim ni dah 4 tahun...tapi depa kata...
'Tak pe...silakan masuk Puan'
Erm....makan je lah...Hakim pun bukan makan sangat. 
Telur 3/4 masak tu makan sebijik je & segelas fresh orange.

nom~nom~nom~nom
Burppppp... Alhamdulillah...

Siap-siap!!! 
Water Park , Hakim datang!!!
Hoooreyyyyy.....

Papa que nak amik wrist band  & beli tiket masuk untuk Hakim.

Muka budak tak sabar nak mandi kolam.  :)

Sampai Water Park ni pagi dalam pukul 10am macam tu. Itu pun dah mula ramai orang ...Mama rasa 
mostly yang atang awal ni yang stay kat resort.

Kolam untuk mandi budak-budak redup sebab pihak Gambang buat bumbung macam yang
 kat gambar bawah ni. Calor blue+yellow.

Mainan slide untuk budak-budak pun banyak disediakan. Puas lah main & tak perlu nak que or berebut-rebut sebab banyak slide disediakan.

Airnye.....sejuk! Serius!!!

Berbumbung... tak panas. Sesuai sangat untuk budak-budak.


Redup kan... sengeh Hakim dapat main air.


Slide yang boleh tahan panjang. Nampak tak kegembiraan di wajah hakim tu. Alahai....anak Mama.

Happy Forever... InsyAllah.


Ok, 2 photo kat bawah ni di ambil oleh crew Water Park. Beli lah juga photo ni sebab ini je gambar kita bertiga sekali dalam 1 photo bersama.  And photo Mama & Hakim ni pun 1 je time kita kat sini. 2 keping photo ni RM50. Mahal...tapi beli juga.


Papa pakai baju Langkawi... apa ni Papa, kita kat Gambang lah. 



Kita mandi sekejap je kat sini sebab pukul 12tghari nak check out bilik.
Tak puas rasanya mandi kat sini. Mama puji Water Park Gambang ni.... bagi Mama ,Waterpark Gambang ni adalah yang terbaik di Malaysia. Tapi apa boleh buat... masa mencemburui kita.  Barang tak packing lagi...moh kita balik bilik ye anak....

Dah nak balik. Bye bye camel. Bye bye Gambang...
On the way balik, kita singgah makan kat Warong Sinar Corner, Kuantan. Try juga cari kedai makan yang ada ikan patin masak doyan tempoyak. Tapi tak de rezeki, mostly kedai makan kat sini buka malam so kita makan je lah apa yang ada ye anak.

Nasib baik ade juga kedai yang buka.

Itu dia, siakap masak assam pedas.  Plus semua nasi+air+sayur +ayam untuk 2 orang cuma RM22.00 sahaja.
Teh ais kat sini sedap. Kat sini pon dorang panggil Teh Beng. 
Ingat kan kat Terengganu je panggil Teh Beng, orang Pahang pun panggil Teh Beng juga.


Ok Papa...perut dah kenyang. Drive carefully ye. Hakim nak sleep ni.
 Alhamdulliah....terima kasih to Allah.
Selesai sudah percutian singkat kita 2 hari 1 malam last weekend di Bukit Gambang Resort City . Suatu pengalaman yang menyeronokkan. 

Suggestion daripada Mama...
 untuk Safari Park, pihak Gambang Resort perlu ada penambahbaikan. Kena banyak kan lagi animal.  Maybe kalau nak bawa anak ke Safari Park for now lah.... better ke A Famosa, Melaka. But kalau nak ke Waterpark... di Gambang lah yang terbaik! 

~~~ Hakim, beringat esok awak tu nak pergi school. Jangan lah liat bangun pagi esok ye~~~~


Tuesday, 18 February 2014

Bukit Gambang Resort City: Day 1 :: Part 2 (Jungle Night)

Gambar blur due to camera yang tak berapa sanggih.  ;P

Safari Night. Here we come!!!

Ni first time mama & Papa nak bawa Hakim tengok animal malam hari. Destinasi yang sama iaitu d Safari Park. Cuma kali ni Papa decide kita naik kereta je. Tak nak naik tram sebab sure time balik nanti serentak dengan pelawat lain kan.

Tiket dah tak perlu beli dengan syarat wrist band yang petang tadi masih elok dan tidak
 ditanggalkan dari tangan. Jimat kan.... 

Sebelum kita tengok animal yang active pada malam hari, pihak Gambang sajikan kita dengan
 persembahan ‘Tarzan –Jangle Show’. 


Bingit juga lah show ni,  POM PAM! POM PAM! 
BENG sana BENG sini! dengan letupan bom dan senapang. 

Terkejut-terkejut anak Mama bila watak si jahat tu cuba nak tangkap & bunuh En Tarzan.  
After  the jungle show, kita disajikan pula dengan Fire Show.  Hebat orang Malaysia ni, bukan sahaja boleh makan masakan India, Chinese or Malay..api pon mereka ni boleh makan tau. Hebat kan.

Habis semua persembahan persembahan barulah kita ke kawasan Petting Animal & tengok animal yang ligat di malam hari. Tak banyak gambar Mama snap di Safari Night ni sebab Mama pun enjoy tengok & teman Hakim tengok animal yang biasanya tidur je di siang hari.

Tarzan Show. nampak tak Tarzan tengah bergayut? Heroin Jaen kena usik dengan orang jahat & orang jahat tengah nak tembak Tarzan? 
Pelakon 'Tarzan Show'...Persembahan menarik. Semua monyet, bear keluar. real bear & monkey tau. Cuma gorila tu je dorang guna maskot.

Hakim sempat bergambar dengan maskot gorila & Tarzan.Ttarzan tu comei je kan, macam budak-budak je. 






Biasalah....guna camera h/p je...so gambar malam memang confirm 'malam'. hihihihi....

Horse malam hari pun suka makan.


Fire Show... aksi bahaya. jangan ditiru.
Selesai show & tengok animal, kita kena lalu gift shop ni kalau nak keluar.
Pandai kan depa.... Papa cuma beli fridge magnet je buat kenangan.

Mama tau Hakim nak tu. Tengok je ye anak.....




Ok....jom kita keluar dinner. Dinner lewat malam, kita cari kedai kat luar je. Alhamdulillah, kat Gambang ni banyak juga pilihan nak makan malam.

kedai Seri Tom Yam. lebih kurang 5 minit dari Gambang Resort.


hakim sleepy ni Mama....


sampai bilik...ligat! Tak ngantu pula Hakim ni.

~~~ Selesai 1 chapter safari, esok kita ke Water Park pula. Yeayyy!!!! ~~~




Bukit Gambang Resort City :: Day 1 :: Check In Time



Welcome to Bukit Gambang, Pahang.
Alhamdulillah...akhirnya hari yang dinanti telah tiba.
Percutian 2 hari 1 malam (15-16 Feb. 2014) di Bukit Gambang Resort City, Pahang.

Yeay!!! Yeay!!! Yeay!!

Lebih kurang pukul 1pm kita sampai di Bukit Gambang Resort City selepas perjalanan  selama 3 jam dari Sg Buloh . Pada asalnya Mama rancang kita amik tiket dulu and terus ke Safari Park sebab check in time pukul 3pm. But Alhamdulillah bilik available and kita boleh terus check in bilik. So boleh lah solat jamak dulu and segar kan badan.



Entance to Bukit Gambang Resort City


Ini lah blok kita tidur malam ni. Blok 3, room kita no 17., tingkat 8. (3817)

Taraaa....
Inilah bilik FREE UPGRADE yang Mama bagitau sebelum ni. 
Boleh tahan kan luasnya

Lompat dulu atas katil. Wajib!!!







Yang penting toilet & bath room mesti bersih. Lepas siap segala yang wajib & kemas barang sikit. Baru lah senang hati nak berjalan.  Hakim lah yang paling excited , tak sabar nak naik tram Zebra & Leopard.  Kebetulan time park kereta tadi 2 buah tram tu tengah standby  nak ambil passanger. Kalut nak cepat je lah Hakim keluar bilik sebab takut tram jalan dulu.

~~~ Tak sabarnya nak ber Safari ~~~





Wednesday, 12 February 2014

No Legoland...

Assalamualaikum Hakim....

Setelah dikira tambah tolak kali bahagi bagai, Mama & Papa rasa kita terpaksa delay dulu vacation ke Legoland. Mama dah search & tanya beberapa kawan Mama tentang Legoland ni. Most of them kata berbaloi kalau nak ke sana bila anak besar sikit. Pasalnya  semua benda kat sana ikut ketinggian. Rugi sangat kalau dah beli tiket mahal-mahal tapi anak Mama tak dapat enjoy sebab tak cukup tinggi. 

Erm…Hakim Mama ni dah lah comel cute kecik badan kan. Kang tak lepas ketinggian kang ada yang merajuk menangis kat sana pula nanti.

Then ada juga suggest kalau nak ke sana better terus ke Singapore, boleh ke Universal Studio. 
Erm… betul juga kan. Tapi dek kerana Papa cakap just boleh stay 1 night (pasal Papa sekarang super duper busy dengan kerja) so tak berbaloi lah nak ke Johor & Singapore kan. Dari sini nak ke Legoland, Johor pon dah makan masa 4~5 jam . So memang tak berbaloi. Erm…jadi macamana ye? Tak kan nak cancel  vacation. 

No No No!!!

Hakim dah asyik cakap nak ke Waterpark je this week. 
So kena ada back up plan, end up Papa decide this weekend kita bercuti di Bukit Gambang Resort City .

Yeayyy!!!!





Itu dia… Papa setuju nak bawa kita ke Negeri Pahang, Darul Makmur .

Kat Bukit Gambang Resort City ni ada Safari Park (Day & Night) + Water Park. 

Bertuahnya kita di percutian kali ini sebab dapat  FREE UPGRADE resort dari Caribbean ke  Arabian Resort. Katanya bilik yang Mama amik tu ada construction so dengan rela hati dan gembiranya dapat lah kita stay kat Arabian dengan harga Caribbean. Hihiihi…. Suka suka!

Package yang Mama amik ni memang untuk 2 orang. Tiket untuk Hakim Papa akan beli terus kat sana. 

~~~~ Gambang...tunggu kami datang~~~