Showing posts with label free. Show all posts
Showing posts with label free. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014

Bukit Gambang Resort City :: Day 1 :: Part 1 Safari Park (Day)


Safari & Water Park kat Gambang ni entrance nye dekat je, bersebelahan. Lebih kurang
macam di A'Famosa Melaka,  

So apa plan kita petang ni ye Hakim?
Erm.... petang ni kita ke masuk Safari Park dulu lah ye.

Safari & Water park di Gambang. 
Sampai je kat  Safari Park, Papa terus ke couter untuk beli tiket masuk Safari untuk Hakim sebab pakej yang Mama amik haritu just untuk Mama & Papa. Tiket tak mahal pun, boleh refer sini.  Kalau budak tinggi kurang 90cm...masuk free. 



Service stroller & wheel chair disediakan. Kot le nak sewa, RM25 je. 

Ok...mari kita ketemu sama haiwan...  

Seronok tengok Hakim focus tengok animal sepanjang menaiki tram ke laman safari.  Owh..lupa nak bagitau. Sampai ke Safari Park tu kita naik lagi 1 tram. Itu charge lain pula. Tram yang akan bawa kita ke Simba Hills . Actually nak berjalan kaki ke sana pun boleh tapi dengan perangai Hakim yang nak berdukung tu. Surrender lah Papa, bayar je lah sorang RM1 untuk naik tram ke Simba Hills tu. 

Sampai ke Simba Hills kita naik lagi 1 tram, tram yang akan bawa kita jelajah Simba Hills. Kita boleh tengok bermacam-macam animal macam tiger, lion, hyena dll dengan lebih dekat. Kat sini kita yang duk dalam kurungan  (tram tu jadi macam kandang bergerak) bukan macam di zoo , animal duduk dalam kandang kita kat luar. Sini terbalik, kita yang dalam kandang. Hihihihi...

Naik tram Zebra lagi tengok animal.

Our tour guide. Banyak juga info yang tour guide ni share sepanjang perjalanan dalam tram melawat para animal.

Jiran tetanga satu tram. Budak-budak yang seronok. 
After selesai aktiviti jadi manuasia dalam kandang. Hihihihi… kita balik semula ke safari centre. 
Sebab pukul 3pm ada ‘Animal show’ di Village Arena. Penat juga lah nak mendaki turun naik nak ke sana. 
Papa paling kesian sebab mendukung Hakim.  

Animal show ni biasa je dengan animal show di tempat lain. Tapi  yang menariknya animal show Gambang ni, after selesai show pelawat boleh masuk stage & bergambar dengan animal yang buat show and its FREE!!! 

 Berdoyon lah pelawat yang masuk stage tu and kita pun amik peluang ni bergambar dengan some animal yang buat show that day. After the show kita sambung trip jelajah safari pula.


Animal Show

Sesi bergambar

Papa yang sangat berani.

Hakim asyik nak berdukung.

Pemandangan Water Park dari Safari Park. Meriah!

Tup tap tup tap…tak sedar dah pukul 5pm.
Hakim dah mula merengek, mengadu sakit kepala & mata Hakim pun dah kuyu muyu. Tau dah…. mengantuk lah tu. So plan nak terus ke Waterpark petang ni terpaksa delay esok. Papa kata kita balik dulu ke bilik, rest!


Hakim kepenatan. Sampai bilik just cuci muka & kaki pastu tidur berpampers. 
Yup! Masih berpempers (time tidur je)

~~~~ Malam ni kita jelajah Jungle Night di Safari Park pula ye Hakim. Hari ni beruntung sebab tiket tram untuk Hakim tak perlu bayar, FREE. Kakak Safari kasi lepas. Thanks kakak safari  :)   ~~~

Bukit Gambang Resort City :: Day 1 :: Check In Time



Welcome to Bukit Gambang, Pahang.
Alhamdulillah...akhirnya hari yang dinanti telah tiba.
Percutian 2 hari 1 malam (15-16 Feb. 2014) di Bukit Gambang Resort City, Pahang.

Yeay!!! Yeay!!! Yeay!!

Lebih kurang pukul 1pm kita sampai di Bukit Gambang Resort City selepas perjalanan  selama 3 jam dari Sg Buloh . Pada asalnya Mama rancang kita amik tiket dulu and terus ke Safari Park sebab check in time pukul 3pm. But Alhamdulillah bilik available and kita boleh terus check in bilik. So boleh lah solat jamak dulu and segar kan badan.



Entance to Bukit Gambang Resort City


Ini lah blok kita tidur malam ni. Blok 3, room kita no 17., tingkat 8. (3817)

Taraaa....
Inilah bilik FREE UPGRADE yang Mama bagitau sebelum ni. 
Boleh tahan kan luasnya

Lompat dulu atas katil. Wajib!!!







Yang penting toilet & bath room mesti bersih. Lepas siap segala yang wajib & kemas barang sikit. Baru lah senang hati nak berjalan.  Hakim lah yang paling excited , tak sabar nak naik tram Zebra & Leopard.  Kebetulan time park kereta tadi 2 buah tram tu tengah standby  nak ambil passanger. Kalut nak cepat je lah Hakim keluar bilik sebab takut tram jalan dulu.

~~~ Tak sabarnya nak ber Safari ~~~





Wednesday, 12 February 2014

No Legoland...

Assalamualaikum Hakim....

Setelah dikira tambah tolak kali bahagi bagai, Mama & Papa rasa kita terpaksa delay dulu vacation ke Legoland. Mama dah search & tanya beberapa kawan Mama tentang Legoland ni. Most of them kata berbaloi kalau nak ke sana bila anak besar sikit. Pasalnya  semua benda kat sana ikut ketinggian. Rugi sangat kalau dah beli tiket mahal-mahal tapi anak Mama tak dapat enjoy sebab tak cukup tinggi. 

Erm…Hakim Mama ni dah lah comel cute kecik badan kan. Kang tak lepas ketinggian kang ada yang merajuk menangis kat sana pula nanti.

Then ada juga suggest kalau nak ke sana better terus ke Singapore, boleh ke Universal Studio. 
Erm… betul juga kan. Tapi dek kerana Papa cakap just boleh stay 1 night (pasal Papa sekarang super duper busy dengan kerja) so tak berbaloi lah nak ke Johor & Singapore kan. Dari sini nak ke Legoland, Johor pon dah makan masa 4~5 jam . So memang tak berbaloi. Erm…jadi macamana ye? Tak kan nak cancel  vacation. 

No No No!!!

Hakim dah asyik cakap nak ke Waterpark je this week. 
So kena ada back up plan, end up Papa decide this weekend kita bercuti di Bukit Gambang Resort City .

Yeayyy!!!!





Itu dia… Papa setuju nak bawa kita ke Negeri Pahang, Darul Makmur .

Kat Bukit Gambang Resort City ni ada Safari Park (Day & Night) + Water Park. 

Bertuahnya kita di percutian kali ini sebab dapat  FREE UPGRADE resort dari Caribbean ke  Arabian Resort. Katanya bilik yang Mama amik tu ada construction so dengan rela hati dan gembiranya dapat lah kita stay kat Arabian dengan harga Caribbean. Hihiihi…. Suka suka!

Package yang Mama amik ni memang untuk 2 orang. Tiket untuk Hakim Papa akan beli terus kat sana. 

~~~~ Gambang...tunggu kami datang~~~