Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Saturday, 10 May 2014

Ubat & Supplement untuk tingkatkan kesuburan Mama & Papa. InsyAllah...


Time Mama and Papa jumpa Doktor Sarah binti Abdul Mubarak di HKL 
haritu, semua result ujian darah, FBS test (gula), HSG test & semen analysis diberitahu satu persatu.  

Before discan rahim Mama (mama ada share entri sebelum ni), 
Dr Sarah minta Mama buat UPT sebab dah delay period. But Mama 
dapat rasa result UPT sure -ve sebab hal-hal period delay ni memang dah perkara biasa sangat
pada Mama yang mengalami PCOS ni.

But dah procedure kan, so buat je lah UPT test tu. Bukan kena bayar pun. Siap berniat tu...
kalau UPT positive nak puasa 1 hari. (kuasa Allah kan siapa tahu...kot pregnant ke kan)

Result:
1. Ujian darah : Normal
2. Ujian gula : Normal
3. HSG : Normal
4. Semen Analysis: Perlu tingkatkan bilangan dan kepekatan semen.

So diakhir sesi treatment Doctor Sarah supply kan Mama & Papa supplement kat bawah ni. 
Untuk Mama semuanya FREE but untuk Papa kena beli sendiri. 

Asid folic (tablet 5mg) untuk 5 month, Dr Sarah suruh start makan dari sekarang sebiji sehari. 
Duphaston (10mg) tu 5 biji untuk 5 hari untuk keluarkan period.

 In case period,  just go on je asid folic tu. Sempat juga Doktor Sarah tu berseloroh...
" kot u pregnant nanti no need datang sini tau. Boleh pergi mana-mana
sopital or clinic kat tempat U je." 

Hihihihi...amin....
mana tau masin mulut Dr Sarah, dapat lah Mama pregnant normal.
Tak yah lah canok tunggu appointment lama-lama kan bulan June nanti. 

Supplement & ubat: Mama and Papa




Supplement untuk Papa tu kena beli sendiri di Farmasi Komuniti UKM kesihatan.
Peta lokasi boleh tengok kat photo atas ni.   Erm dekat je farmasi ni, located dalam HKL tu juga. Lunch hour pun buka. Harga Surbex tu RM35.90 (30 biji)  & Tribeston tu pula lebih kurang RM85 (30biji).  Bekalan supplement untuk Papa tu kena makan sebiji je sehari selama sebulan. Bila habis boleh beli lagi sebab kena maintain makan sampai at least 3 month. 

Doktor kate, Tribestan ni mengandungi ekstrak herba yang mana dapat membantu mempertingkatkan kuantiti and quality sperm. Manakala Surbex Zink tu pula suppliment untuk kesihatan prostat. But bila Mama tengok contains Surbex tu bukan saje ade Zinc...macam-macam vitamin ada. Vit B pun ada. So elok juga bila Doktor suruh Papa makan ubat ni. All in 1 tablet., bagi Papa lebih sihat dan bertenaga.

Ha...yang kat bawah ni x-ray film rahim Mama time HSG last month.
Film ni Dr Sarah bagi bawa balik and kena simpan sendiri.

Anak ku Hakim...
5 tahun lalu kamu stay nyonyot jari dalam rahim Mama ni lah. Hiccup siang malam dalam ni lah...
Mama ingat lagi saat Mama usik-usik siku Hakim time Hakim dalam rahim ni. Bahagianye rasa...   :) 


Tak ada apa yang pelik ye sayang. Di situ lah kamu membesar hingga your weight up to 2.3kg.

Selain supplement & ubat yang Dr Sarah bekalkan. Mama still consume GLA, Vitamin C dan
 ESP Shaklee.  Mama harap dengan ikhtiar Mama & Papa serta doa yang tidak putus dari Ato & Jida akan membuahkan hasil. 

~~~ Waiting till June 2014 for next appointment. 
Hopefully Mama lose some weight & result Pap Smear & Pupil Test Normal~~~

Tuesday, 25 February 2014

Proceed dengan Shaklee

Lepas 2 hari makan Duphaston. Pagi tadi baru perasan kan 3 botol 
 Shaklee kat dapur. Actually sejak kena makan Duphaston ni Mama was-was nak makan Shaklee. 

Risau akan menjejaskan treatment. Time kaunseling aritu lupa pula nak tanya nurse sama ada boleh ke Mama continue makan Shaklee ni. 

Kalau tak makan rasa membazir lah pula kan. So Mama terus Wassap kawan Mama, Dr Oyin. And dia cakap...ok boleh teruskan  makan GLA, ESP & Vitamin C tu. Sebab semua tu supplement sahaja.

So Mama decide habiskan juga Shaklee ni sebab tak banyak pun balance yang tinggal.

 ~~~ Kecik-kecik dulu, Mama ni penakut makan ubat. Dah beso panjang ni
banyak pula ubat kena makan.~~~~~


Thursday, 6 February 2014

Testimoni GLA : Tak pregnant tapi ...

Almost 2 month Mama makan GLA , ESP & Vitamin C Shaklee.

Kot le sangkut dapat baby kan makan set Shaklee ni macam Mak Teh.
Botol pertama GLA ...FREE. Abis dah Mama telan.
ESP..  FREE juga tapi dah dekat 2 bulan tak abis lagi sebab ....   tak de sebab.
Maybe sebab malas nak bancuh kot. hihihihi. 

Tapi seminggu sekali time weekend Mama bancuh juga, bagi Papa nampak yang Mama minum ESP ni. Kang bising pula Papa tu. Benda mahal-mahal tak dminum kan

Ni last kopek GLA botol ke-2.

So far belum ada tanda2 period akan keluar, Erm....maybe hormon2 Mama masih merajuk kot. huhuhu... Bila dihitung-hitung... patut dah boleh pregnant 5 bulan dah Mama ni. Papa pun dah risau suruh Mama amik je ubat turun darah tapi so far Mama rasa nak terus kan lagi GLA ni dulu at least for 3 month. Kalau masih takde tanda2 period baru lah fikir alternative lain. 

Tapi apa yang boleh Mama rasa semenjak makan Shaklee ni.
1. Kulit muka & badan jadi makin halus. 
2. Jerawat makin berkurangan. Yang ni best! 

Maybe Shaklee dalam badan Mama ni sedang giat nak betul kan hormon Mama & pemulihan kulit yang Shaklee ni pilih nak betul kan dulu before Shaklee ni nak pulihkan sistem period Mama.
 Kot nanti Mama dah cantik berseri baru Shaklee ni repair ovum & ovari Mama pula kan. hihihihi...
  (ayat nak sedap kan hati...patut rasa bersyukur sebab Allah kasi jalan cantik kan kulit  :)  )

Maaf kan Mama ye Hakim, sebab tak dapat nak bagi adik pada Hakim buat masa sekarang. Macam Hakim, Mama juga sangat mengharapkan seorang lagi ahli baru dalam keluarga kita. tapi Mama percaya yang Allah know the BEST.

~~~ Wahai Tuhan ku, kurniakan lah kepadaku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar doa hambamu. Amin....~~~


Tuesday, 3 December 2013

Mudah Hamil Katenye: GLA & ESP

Assalamualaikum...
 Masuk harini dah 4 hari Mama ber GLA & ESP.  
(terjebak dek kerana Hakim emosi nak bawa balik baby Auni last week)

Rezeki Mak Teh pregnant lepas makna Shaklee, so bila dah berjaya pregnant Mak Teh kasi Mama pula balance GLA & ESP tu. Kot le Mama pon boleh pregnent makan GLA & ESP ni kan macam Mak Teh.Kirenya Mak Teh bole lah jadi testimoni berjaya hamil dengan makan GLA & ESP keluaran Shaklee ni. Ececeh...dah macam iklan pula kan.  

Apapun syukur Alhamdulillah pada yg Maha Esa, hanya dengan izin-Nya Mak Teh yang dah almost 2 years kawin dapat merasai nikmat pregnant. 


GLA ni bentuk kapsul gel je. So no problem mama nak telan.
Cuma bab susu ESP tu je payah sikit. Jadi nak kasi sedap, Mama tambah dengan Sunquick.  Banyak juga Sunquik Mama letak ... rasanye lebih sudu sunquick daripada susu. hihihihi.... Shake2 then masuk dalam fridge. Sejuk baru sedap minum...sebotol 1 hari juga lah asik keluar masuk fridge baru abis sebotol minum. Janji MINUM kan.   :)

Kalau dulu time Mama nak dapatkan Hakim pun susah tapi tak lah sampai ber Shaklee bagai. Macam2 usaha juga lah Mama & Papa ikhtiar untuk dapatkan kamu. Tapi that time more on jumpa Gynea & berurut. Nanti Mama akan buat entri tentang betapa gigihnya Mama & Papa nak dapatkan kamu ye.  

Kali ni nak dapatkan adik untuk Hakim pula. At first Mama & Papa pun jumpa Gynea yang sama. Unfortunately after 3 times treatment still tak conceive so macam dah give up disitu sebab Mama rasa ubat subur yang Gynea tu bagi menyebabkan BERAT badan Mama jadi MAKIN SUBUR!!! huhuhuhu...
Apa taknye...sekali treatment tak conceive...ditambahnye dos subur...Menyubur-nyubur lah badan Mama kan. hihihii....

So kebetulan dah Mak Teh berjaya pegnent dengan Shaklee ni ditambah pula GLA & ESP ni Mak Teh kasi FREE je..hihihii... jadi dengan izin Papa, Mama nak try ber Shaklee pula.

Ada rezeki...adalah. Kalau tak lekat juga hopefully GLA ni membantu dalam menstabil kan hormon Mama & sekurang-kurangnye mengecilkan cyst PCOS yang dok lekat dalam ovary Mama sekian lama. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

~~~Usaha dan doa moga diberi anak yang soleh & solehah hendaknya~~~~




Friday, 29 November 2013

Hakim & cousin

At last...baby A come home!



We just call her baby A sebab masih belum ada nama. Baby A sekarang dah jadi favorite cousin Abg Hakim.  last night balik dari Tropicana Medical Center Abg hakim nangis sebab tak dapat bawa balik baby A. He totally think that Baby A is his real sister. My mistake juga sebab dari awal dah mind set kan Hakim yang baby A adalah adik Abg Hakim. All the way balik hospital Hakim menung & mata berkaca. Sian anak Mama.  

Actually Papa yang mula2 perasan Hakim senyap n sedih kat seat belakang. terus Papa ckp ngn Mama "Sayang, nanti beli lah GLA Shaklee tu. Sian Hakim" . 

Knp GLA?
 erm...yang tu nanti Mama akan share dgn Hakim  next entri ye kenapa Papa pilih GLA. Arini just focus on baby A only  :)

So today baby A dah dapat balik rumah Jida. Seronok bukan main Abg Hakim tadi dapat jumpa baby A.  Asik dicuim nye baby A. Nak balik mlm tadi sempat lagi dia nak minta bawa blk baby A. Erm...mustahil lah kan. hihihi...Sape nak kasi nenen baby A nanti. 

InsyAallh ye, Mama & Papa akan usahakan untuk dapatkan adik untuk Hakim. 
Kita doa bersama ye. Mama sayang hakim sangat2!!!

~~~~~Welcome home baby A~~~~
We love u soo much.

Update: 
Baby A dah ada nama... Aauni Humaira binti Mohd Nizam. Nice name kan...anak solehah Insyallah.