Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Wednesday, 19 February 2014

Fertility Treatment : This time at HKL pula.

WassApp jadi penghubung antara Mama dengan Dr Oyin.

Kali ni kawan sekolah Mama & Papa, Dr Oyin suggest untuk Mama & Papa buat
treatment kesuburan  di Hospital Kuala Lumpur sahaja. Erm...katanye HKL ni centre hospital untuk fertility.

Mama pernah cerita kan pada Hakim yang last year, 2 cycle period Mama on treatment untuk dapatkan ahli baru dalam family kita di Putra Medical Centre but.... tidak berjaya.

Habis beratus...beribu.... di private hospital... so ape salahnye try ke hospital gomen pula kan.
Sebelum ni bukan tak nak ke hospital gomen...masalah nak menunggu tu yang malas
& tak tahu nak mula dari mana.








Biasanye kita nak buat appointment kena jumpa doctor dulu then bawa surat refer ke hospital besar. Time tu baru boleh buat appointment. Kire Mama beruntung sebab ada kawan yang baik hati. Terus set kan appointement untuk Mama. 

Cuma tinggal tunggu masa nak jumpa pakar di HKL.

'Thanks so much Oyin. Saya akan try block this date, saye appreciate sangat pertolongan dari oyin'
Hanya Allah yang selayaknye mampu membalas jasa baik Oyin.


Apa yang Mama nak Hakim belajar dari situasi Mama di atas ialah,

Mama nak Hakim tahu sifat bantu membantu itu sangat terpuji. 
Mungkin Hakim tak akan dapat balasan baik dari orang yang Hakim bantu. Tetapi InsyaAllah ...Allah akan balas setiap kebaikan itu dengan cara yang lain.

~~~~ Jika ini cara nya.... Mama redha~~~

Thursday, 6 February 2014

Testimoni GLA : Tak pregnant tapi ...

Almost 2 month Mama makan GLA , ESP & Vitamin C Shaklee.

Kot le sangkut dapat baby kan makan set Shaklee ni macam Mak Teh.
Botol pertama GLA ...FREE. Abis dah Mama telan.
ESP..  FREE juga tapi dah dekat 2 bulan tak abis lagi sebab ....   tak de sebab.
Maybe sebab malas nak bancuh kot. hihihihi. 

Tapi seminggu sekali time weekend Mama bancuh juga, bagi Papa nampak yang Mama minum ESP ni. Kang bising pula Papa tu. Benda mahal-mahal tak dminum kan

Ni last kopek GLA botol ke-2.

So far belum ada tanda2 period akan keluar, Erm....maybe hormon2 Mama masih merajuk kot. huhuhu... Bila dihitung-hitung... patut dah boleh pregnant 5 bulan dah Mama ni. Papa pun dah risau suruh Mama amik je ubat turun darah tapi so far Mama rasa nak terus kan lagi GLA ni dulu at least for 3 month. Kalau masih takde tanda2 period baru lah fikir alternative lain. 

Tapi apa yang boleh Mama rasa semenjak makan Shaklee ni.
1. Kulit muka & badan jadi makin halus. 
2. Jerawat makin berkurangan. Yang ni best! 

Maybe Shaklee dalam badan Mama ni sedang giat nak betul kan hormon Mama & pemulihan kulit yang Shaklee ni pilih nak betul kan dulu before Shaklee ni nak pulihkan sistem period Mama.
 Kot nanti Mama dah cantik berseri baru Shaklee ni repair ovum & ovari Mama pula kan. hihihihi...
  (ayat nak sedap kan hati...patut rasa bersyukur sebab Allah kasi jalan cantik kan kulit  :)  )

Maaf kan Mama ye Hakim, sebab tak dapat nak bagi adik pada Hakim buat masa sekarang. Macam Hakim, Mama juga sangat mengharapkan seorang lagi ahli baru dalam keluarga kita. tapi Mama percaya yang Allah know the BEST.

~~~ Wahai Tuhan ku, kurniakan lah kepadaku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar doa hambamu. Amin....~~~


Tuesday, 3 December 2013

Mudah Hamil Katenye: GLA & ESP

Assalamualaikum...
 Masuk harini dah 4 hari Mama ber GLA & ESP.  
(terjebak dek kerana Hakim emosi nak bawa balik baby Auni last week)

Rezeki Mak Teh pregnant lepas makna Shaklee, so bila dah berjaya pregnant Mak Teh kasi Mama pula balance GLA & ESP tu. Kot le Mama pon boleh pregnent makan GLA & ESP ni kan macam Mak Teh.Kirenya Mak Teh bole lah jadi testimoni berjaya hamil dengan makan GLA & ESP keluaran Shaklee ni. Ececeh...dah macam iklan pula kan.  

Apapun syukur Alhamdulillah pada yg Maha Esa, hanya dengan izin-Nya Mak Teh yang dah almost 2 years kawin dapat merasai nikmat pregnant. 


GLA ni bentuk kapsul gel je. So no problem mama nak telan.
Cuma bab susu ESP tu je payah sikit. Jadi nak kasi sedap, Mama tambah dengan Sunquick.  Banyak juga Sunquik Mama letak ... rasanye lebih sudu sunquick daripada susu. hihihihi.... Shake2 then masuk dalam fridge. Sejuk baru sedap minum...sebotol 1 hari juga lah asik keluar masuk fridge baru abis sebotol minum. Janji MINUM kan.   :)

Kalau dulu time Mama nak dapatkan Hakim pun susah tapi tak lah sampai ber Shaklee bagai. Macam2 usaha juga lah Mama & Papa ikhtiar untuk dapatkan kamu. Tapi that time more on jumpa Gynea & berurut. Nanti Mama akan buat entri tentang betapa gigihnya Mama & Papa nak dapatkan kamu ye.  

Kali ni nak dapatkan adik untuk Hakim pula. At first Mama & Papa pun jumpa Gynea yang sama. Unfortunately after 3 times treatment still tak conceive so macam dah give up disitu sebab Mama rasa ubat subur yang Gynea tu bagi menyebabkan BERAT badan Mama jadi MAKIN SUBUR!!! huhuhuhu...
Apa taknye...sekali treatment tak conceive...ditambahnye dos subur...Menyubur-nyubur lah badan Mama kan. hihihii....

So kebetulan dah Mak Teh berjaya pegnent dengan Shaklee ni ditambah pula GLA & ESP ni Mak Teh kasi FREE je..hihihii... jadi dengan izin Papa, Mama nak try ber Shaklee pula.

Ada rezeki...adalah. Kalau tak lekat juga hopefully GLA ni membantu dalam menstabil kan hormon Mama & sekurang-kurangnye mengecilkan cyst PCOS yang dok lekat dalam ovary Mama sekian lama. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

~~~Usaha dan doa moga diberi anak yang soleh & solehah hendaknya~~~~