Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, 25 November 2014

Kahwin gadis Johor perlu bayar 'TOLL' ~Selamat Pengantin Baru Pak Unggal

Menantu Ato kali ni bukan orang Selangor.
Sebelum ni kalau hantar pengantin dekat - dekat aje tapi kali ni jauh nun ke selatan tanah air.

Majlis nikah di buat pada hari Jumaat manakala majlis persandingan dibuat pada hari Sabtu.
Johor ni cutinya tak sama macam Selangor. Selangor cuti hujung minggu adalah hari Sabtu dan Ahad. Di Johor hari hujung minggunya adalah hari Jumaat dan Sabtu. Sebab tu nikah Pok Dal ni dibuat pada hari Jumaat.

Kita sekeluarga dan saudara jauh semua berkumpul di Homestay Anjung Desa S69 sebelum bergerak bersama ke rumah pengantin perempuan malam tu. Kita 3 beranak sampai di Homestay agak lewat, hampir maghrib baru sampai sebab Papa tidak dapat bercuti pada hari tersebut. Tak kisah lah janji sempat sampai kat Muar , Mama nak tengok juga Pok Dal kawin.




Bersiap nak ke rumah pengantin perempuan.


4 beradik tanpa moksu.


Ready to nikah Pok Dal?
 Ya Allah.... masa nak ke rumah pengantin perempuan ni Pok Dal naik 1 kereta dengan kita. Bising lah mulut Pok Dal ni tak reti diam. Asik dok mengulang rukun nikah. Lepas tu baca doa iftitah lah, baca selawat pun tunggang terbalik. Bila  baca ayat kursi pun macam tu juga. Gabra semacam Pok Dal sampai Pak Long Adan pun jadi seram nak jadi pengapit.

Perjalanan dari homestay ke rumah pengantin tak jauh pun. Dalam 10 minit perjalanan sahaja. Bila dah sampai tengok Tok Kadi dah ready dah. Tapi time ni nampak Pok Dal relax pula.

Tok Kadi tanya tentang rukun nikah. Disuruhnya mengucap kemudian diberi sedikit tazkirah dan nasihat pendek untuk Pok Dal dan tetamu yang hadir. Lepas selesai tazkirah dan sedikit percubaan lafaz akad . Akhirnya sah lah Mok Dal kini menjadi isteri kepada Pok Dal. 

Alhamdulillah bertambah lagi seorang Mak Cik Hakim.


Ato look so happy.

Jida, Nek Ngah dan Nek Long.


Tahniah buat Pok Dal yang selamat di ijab kabul kan dengan 2 kali lafaz. 
Shahdu rasa hati Mama bila saja lafaz ke-2 dapat disampaikan dengan lancar oleh Pok Dal.

Batal air sembahyang, sebentuk gelang emas untuk Mak Dal

Bila selesai majlis nikah, selesai majlis makan. 
Sesi bergambar lah pula kan. Malam tu kita tak beria bergambar sebab masa pendek. Lepas makan semua keluarga kita beransur pulang ke homestay. Cuma kita je teman Pok Dal bergambar sebab kita kan driver Pok Dal malam tu. Tak kan nak tinggalkan je Pok Dal kat situ kan. Hihihihi... 


Hakim sibuk nak ikut Pok Dal bergambar dalam bilik pengantin.

The only ipar perempuan dalam family. U look sooo sweet adik ipor!   :)
Congrats to both of u. 

Pak Long Adan & Hakim take over pelamin nikah time Pok Dal bergambar dalam bilik pengantin.

Manis sangat!  


Esoknya pukul 2pm kita dah ready untuk sesi persandingan raja sehari.
Kita diberi peluang bersanggah di rumah Tok Ketua Sg Kelat. Selang 2-3 buah rumah dari rumah pengantin perempuan. 

 Actually ada 2  pengantin yang akan berarak dari sini. Pok Dal dan ipar nya kawin serentak. So masa berarak tu memang lah meriah sebab ramai kan yang mengiringkan pengantin.

Tapi yang tak boleh tahan nya tema baju Pok Dal.  Pink tu !!!
Tak penah-penah pakai pink tetiba kat Johor pakai pink??? Hihihihi
Tapi you tetap macho Pok Dal. Macho-macho sweeeeeet gitu.



1st time make up. Pok dal boring. Anak menakan belakang tu happy je main mini guitar atas katil rumah Tok Ketua Kg Sg Kelat. Ampun kan kami Tok Ketua. Hihihihi...


Pak Teh yang baik hati tolong pakaikan Pok Dal kasut.

Kenapa stop???

Kenapa pengantin stop half way?
Okay ni Mama nak share sikit. Di johor ni ada 1 budaya bayar toll. 
Ha... jangan ingat highway je ada toll ye. Kat Sg Kelat ni pun ada toll. Toll nya mesti bayar cash.Touch & Go tidak diterima. Hihihihi....

 Kalau tak bayar toll pengantin lelaki tak boleh masuk bersanding. 
Berapa rate toll? Rate nya  ikut pada orang yang jaga toll tu lah. kalau diorang ni nak banyak terpaksalah pengantin hulur banyak. Ada  yang RM10, ada juga RM50, silapa haribulan beratus-ratus.

Tapi zaman berubah, bayaran toll ni sekarang hanya untuk suka-suka. Orang kata hanya nak menghidupkan adat dan budaya sahaja. Macam majlis kita ni Pok Dal sediakan 20 note duit seringgit dimasukkan ke dalam sampul raya. So bila si jaga toll ni minta duit toll, just kasi lah 2-3 keping sampul. Bila di mintak lagi...kasi lah lagi 2-3 keping. 

Memang ada berlebih duitnya sebab diorang ni bukan nak minta banyak pun. Macam mama kata tadi, just for fun. Asal ada je....Tapi kita buat konsep sedekah lah sebab selain si jaga toll, ada juga anak-anak kat situ. So kalau ada lebih duit tu, diberi saja pada anak-anak tadi. Seronok betul anak-anak ni bila dapat sampul raya. 



Toll pertama

Toll ke-2 sebelum naik pelamin. 

Pasangan yang sama cantik, sama comel. Both groom name Hafiz.


Pak Ngah Mizi record kite ke tu? 

Papa, Cik Nina, Pak Ngah Acap, Pak Long Adan  & Ato Andak

Tanpa Moksu... photo tak complete! Huhuhuhu....

Ato Andak family.

Apa yang seronok sangat tu Pok Dal?


Ato Su Khairul and family

Ato Su Madzir and family.

We are 5ve! And we are not ready to amik  the gambar!!!!!!
 Selesai sudah majlis di Muar. InsyAllah next week pula majlis meraikan satu-satunya menantu perempuan Ato Aris. Seronok rasanya gathering beramai-ramai macam ni.

 Betul sangat bila orang kata perkawinan ini merupakan tali pengikat persaudaraan. Perkahwinan bukan sahaja menjadikan 2 hati menjadi 1. Bukan sahaja menjadikan orang luar sebagai family. Tapi menyemarakkan lagi  rasa kasih dan sayang pada keluarga yang sedia ada. Pada hari ini juga semua keluarga gembira. Senyuman ada di mana-mana. Tua muda  bergambar macam di pelamin tu studio, padahal banyak mata yang perhati. Tapi Mama percaya bila dalam hati ikhlas gembira. Sure orang tengok kita pun rasa yang sama.

~~~ Candid photos always the best!~~~



Tuesday, 9 September 2014

Cari kain samping besar buat Pok Dal.

Kain samping.
 Kain yang dipakai hanya pada majlis tertentu. Pengantin lelaki wajib pakai kain samping ni time nikah. Baru nampak segak. Baru nampak macam laksamana Hang Tuah. Kiranye kalau nikah tak pakai kain samping ni macam tak lengkap lah. Macam tak pengantin.

Most of pengantin lelaki akan pakai kain samping yang light color. Ala-ala putih cream sedondon dengan pengantin perempuan but zaman sekarang dah banyak pengantin yang memilih warna selain putih or cream.But still pastel color jadi pilihan.   Nanti zaman Hakim macamana lah pula color pilihan ye? Sampai ke situ plak Mama ni memikiooo... hihihii.

Meh Mama share sikit  gambar raja sehari keluarga kita yang segak ber samping.


Samping putih bersulam silver pilihan Pak Teh.  

Pak Ngah also... bersamping putih sulam silver. Time ni Mama sedang sarat pregnant Hakim 8 bulan.


Papa paling segak. Samping cream bersulam light gold. Pasal baju nikah Mama color beige.

 Cukup lah 3 keping photo tu ye Hakim, nak tengok yang banyak lagi boleh ke rumah Mak Ngah and Mak Teh. Berbuku-buku album nanti diorang keluarkan kalau Hakim nak tengok.

So tahun ni Pok Dal pula nak nikah. Pok Dal nak jadi raja sehari yang segak bersamping macam all your uncle and Papa time kawin dulu
.
Emm... Boleh tahan susah juga nak cari kain sampin pengantin ni ye?
Al maklum lah ini kali pertama Ato and Jida kita nak terima menantu perempuan.
Kalau sebelum ni semua menantunya lelaki. Kali ni... the one and only menantu perempuan hendak diterima masuk ke dalam keluarga kita. Jadi ini kali pertama lah kita sibuk nak cari samping bagai untuk satu-satunya teruna Md Aris ni.

Rupa-rupanya kain samping ni mahal juga ye. Kalau yang elok ni harga sampai beribu! Berbelas ribu! Bolat biji mata Mama ni menengok kan harga kain samping ni. Biasanya bila beli baju or kain memang jarang sangat lah Mama nak amik tau harga kain samping ni. Pasal memang tak pernah belikan sesiapa pun kain samping ni.

Mana taknye semenjak kawin dengan Papa pun, setiap kali raya or majlis kawin. Papa akan pakai je kain samping yang sama. Pasal kain samping Papa yang 2 helai dalam gobok tu memang boleh match dengan semua baju Melayu Papa. So that tak timbul soal nak beli kain samping baru. And Mama pun selama ni tak pernah terfikir nak belikan Papa kain samping baru. Hihihihi...


Aikkk? Papa teringin nak bersampign baru ke?


Ini baru betul.... Salesman tengah me matching kan baju nikah Pok Dal dengan kain sampin.

Pilihan memang banyak kat Gulati's ni. Actually yang harga 7- 8 ratus pun dah cukup cantik. Tak perlu beli yang beribu pun dah cukup cantik. Yang penting mesti ada size. Normally size kain samping ni 2 meter. But macam Uncle Bob kita sorang ni ... hihihihi... we need extra size baru machoooo Pok Dal kan? hihihii....

Alhamdulillah ... dapat juga kain samping yang elok match dengan baju nikah Pok Dal yang ala-ala beige color tu. Size lebih dari 2 meter semestinye. Hihihihi... baru ngam and segak Pok Dal jadi pengantin nanti.  Coraknya pun cantik. Dapat less lagi tu, memang cukup berbaloi. Kalau tak de less mau ikat perut Pok Dal bulan ni. Hihihihi... kawin sekali je Pok Dal, lagipun kain samping Pok Dal tu boleh pakai dengan banyak color. So lepas ni setiap kali raya boleh lah Pok Dal sarung je kain samping Pok Dal ni. No need beli baru ye. Macam Papa, jimat.  :)

Kita sekeluarga and Jida eskot Pok Dal berbelanja kawin.

Hakim, Mama and Jida.


Songket


Alang-alang dah beli baju  and sampin Pok Dal kat Shah Alam ni. Kita pun menyelit order sekali. Hihihi... Nak juga bersongket bagai time wedding Pok Dal nanti. Tapi Mama and all girls Arisian beli songket murah-murah je. Kat Nagoya kain songket cenggini baru RM16.90 semeter. Macam-macam pilihan ada. Then beli kain plain as bajunya. Erm... songket warna ape ye jadi pilihan keluarga kita? Itu kenalah tunggu time majlis nanti ye. Baru surprise !   :)

Untuk Papa dan Hakim pula kita tak ada menyoping kain
. Tapi Papa menyoping benda lain untuk Hakim. Nak tau apa? Tunggu next entry.  


Hakim ♥ Jida Forever.
~~~ Dapat ke Mama eskot Hakim nak berbelanja kawin nanti ye?~~~

Tuesday, 4 February 2014

Outing with Kuang family


Lama dah rasanye kita tak dinner luar dengan family Kuang. Last sekali kita dinner luar 
kat D'manggis ...makan steamboat. Kebanyakkan masa kita dengan family Kuang hanya makan di rumah. 

Sebab....sebab masakan nenek Kuang sedap! 
So memang satu kerugian kalau kita makan di luar. Nak-nak lagi kalau nenek masak sambal belado & gulai. Nenek lah pakarnya. Mama yang dah kawin almost 5 yrs dengan Papa pun masih belum dapat buat gulai yang sama rasa dengan nenek even resepinya sama je. Erm...itu lah penangan air tangan nenek Kuang. 

Cuma malam tadi tetiba fe-feeling nak makan western kan. So malam td kita sekeluarga dok hadap lah Secret Recepi kat TSB Sg Buloh. Semua ada kecuali Cik Leli je tak ade sebab tengah sibuk menjahit baju. hihihihihi....


Pokcu, Cik Teh, Pak Lang & Papa... nom~nom~nom~~~~

Nenek Kuang sekarang dah bertudung awning...makin sweet kan.  :)

Sorang kiri...sorang kanan. Gaduh ke Mak Ngah ngan Pokcu tu? hihihihi...

Hakim banyak bising time makan. Geram!
Banyak Hakim makan macaroni cheese , habis sepinggan cuma tinggal mashroom je. Ato & nenek macam biasa lah tetap cari nasi. Nasib baik kat Secret Recepi ni ade menu nasi goreng udang. Kalau tak...pasni kena bawa Ato & nenek singgah warung lain lah cari nasi kan. hihihihi...

Kita semua enjoy makan malam tadi walaupun nenek, Pokcu & Pak Lang sakit mata but makanan licin habis. Bagus~ bagus.... mata yang sakit bukan mulut kan so jangan membazir.  Ada rezeki nanti kita makan luar lagi ye. Bagi nenek cuti masak kat dapur.  :)

~~~ Alhamdulillah..kenyang perut. Suka hati~~~~





Thursday, 16 January 2014

Mak Ena Get Married.


Assalamualaikum.... Helo Hai...  :)

Pembuka tirai perkawinan untuk tahun 2014
Perkahwinan Mak Ena... anak Atok Ude, Cheras. 
Atok Ude ni adik kepada Atok Kuang. & merupakan anak ke-3 daripada 7 beradik  Atok Kuang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Majlis akad nikah 11.1.2014 di rumah Atok Ude .

 Gambar bawah ni semua pangkat makcik & nenek sedara Hakim. Even Cik Farisha yang sebaya Hakim tu pun pangkat makcik tau. 

Suke! Semua happy tapi nenda Yah pula spoil...blur.


Majlis besar di Dewan Perdana, Felda pada 12.1.2014
Grand gitew.... Thema kuning, ala-ala tradisional.

Tuan rumah, kena datang awal.

Senang nye jadi Mama Hakim pasal Hakim asik nak berkepit dengan mak-mak sedara je. 
Mak sedara rajin melayan pula tu. Ermmmm...memang single mingle lah Mama.

Ngepit!


lagik-lagik ngepit!

Ngepit -ngepit!

Kesayangan... Cucu Kuang seorang.... Alhamdulillah

Suke nye Cik Na & Cik Teh. This coming August ni your turn pula Cik Teh ye.  :)

Pelamin simple tapi santek
 Dalam gambar bawah , ini je lah time Hakim dengan Mama & Papa. Selebihnya Hakim asik ngepit dengan mak-mak sedara & main ke hulu hilir. 

Dalam pukul 2 macamtu Ato MS & Jida datang , Hakim ikut Atok & Jida balik. Mama rela kan aje sebab tahu Hakim penat main & sure naik kereta Atok nanti kamu mesti tidur. 




Tapi.....
Tapi mana pengantin nye ye?

Ni die...

Mak Ena & Uncle Danny.
Sama cantik...sama padan.  Dah nak abis page citer baru dapat tengok pengantin ye.


Selamat di Ijab Qabul. Tengok Uncle Danny dok jeling Mak Ena. hihihihi....
Doa moga bahagia sampai ke Syurga
~~~ This coming Saturday majlis belah lelaki di Sungai Petani, hopefully Papa free boleh bawa kita ke sana~~~