Showing posts with label flower. Show all posts
Showing posts with label flower. Show all posts

Friday, 6 May 2016

Maksu convo ke tu?

Tak sangka dulu Mama berkonvo di UiTM. Sekarang maksu pula. 
Bezanya time Mama berkonvo di UiTM dulu Mama amik scroll diploma. Maksu amik scroll degree. Dewan convocation pun sekarang dah guna dewan baru. Senang lah parents and family nak dapatkan parking di dewan baru UiTM Shah Alam ni. Masa Mama dulu Ato and Jida terpaksa parking kereta jauh di padang kawad then kena naik bus UiTM untuk ke dewan.

Bagus lah, kemudahan dan infrastucture UiTM dah banyak dinaik taraf demi kesenangan banyak pihak. Sayangnya Mama tak dapat nak ronda-ronda campus UiTM sebab jalan banyak yang ditutup dan laluan untuk kenderaan ber sticker konvo adalah terhad.

Terlalu banyak kenangan Mama di UiTM dan UiTM akan sentiasa di hati Mama.

Dewan Agung Tuanku Censelor

Amboi bernostalgia pula Mama ni kan. Hihihihi...
Erm... Untung Maksu punya sidang convo adalah sidang yang terakhir.

Kenapa?
Bunga-bunga konvo dijual dengan harga yang lebih murah.
Kalau sebelum ni sejambak bunga mawar yang ada 8/10 kuntum bunga rose (siap gubahan) tu harganya dalam RM70-80 tapi time hari last ni dapat harga RM60 siap percuma balloon.

Nyorok-nyorok plakkkkk






Tapi tu lah, masa beli tu,  rose tu masih ditutup dengan net plastik.
Nampak elok merah cantik. Gubahan pun menawan.

Bila sesi maksu tamat, barulah Mama buka net rose. Sekali tengok. Ala....bunga nya dah sedikit melepuh dan coklat. Maybe peniaga beli dah seminggu lebih since convo pun bermula 7 hari yang lalu. So maybe bunga dah sedikit melepuh pada kelopak.


Rose covered by net. (cdt to google image)

So tips nak beli fresh flower lepas ni ialah WAJIB tengok dulu bunga tu. Tanggal kan dulu net cover bunga so that Hakim boleh tengok sama ada bunga tu benar-benar fresh and elok.
Sebab net tu peniaga boleh je pasang semula.

Erm...nasib baik lah dalam gambar tak berapa nampak yang bunga rose ni dah melepuh.
Nampak elok je kan.





Time abis sidang tu, ramai pula peniaga jual lelong je bunga-bunga diorang.


Sejambak RM10!!!
Mama beli sejambak sebab tengok cantik pula si daisy pink ni. Jangan bagitau maksu bunga ni RM10 tau. Hihihihii....

Yang rose sejambak diorang jual RM20-30.
 Kena pandai-pandai lah nego. Harga bisik-bisik sebab last day kan. Tak kan peniaga nak simpan lagi bunga-bunga tu.

Baik jual murah-murah je asalkan barang habis.

Huh!!!
Kalau Mama tau ler boleh rendah gini harga bunga, memang Mama tunggu sampai abis sidang convocation maksu.
Mama muat jubah saiz XXS !!! 



Alhamdulillah Jida masih sihat untuk ke majlis convo anak bungsu nya.

Istiadat konvokesyen ke 84













Perasan kan gambo convo maksu ni hanya ada Mama,
Jida and si peng convo (maksu) sahaja.

Agak sadis juga lah maksu sebab time convo maksu ,
 adik beradik lain tak dapat joint.


Atok pula tak sihat,tak boleh berjalan jauh.

So  Maksu decide weekend tu kita bergambo di studio
beramai-ramai dengan Ato and Jida.










Pokgei and Mokgei paling sempoi.
Pakai  shirt je bergambo sebab baru balik dari Muar.
Takpe Mokgei, walaupun mokgei pakai shirt aje, Mokgei tetap cun dihati kami.

Time bergambo kat studio pun 1 hal juga. Nak melayan kerenah Hakim yang tak suka bergambo.
Asal nak snap je Hakim buat muka.

Adoiiiii!!!
Pening Mama and Papa dibuatnya.

 


Atok dah stress tu anak oiiii!

Maksu and Ato.

Atok Hakim

Kesayangan... Jida.
  

Malam tu gathering semula di Restaurant  Nasi Arab Al-Rawsha, Shah Alam.
Maksu belanje.  Lamb dia... awesome!

Juicy and bila kunyah rasa macam terapung-pung di awan.
Terbaik!


Tapi yang tak syok Mama kena top up kan sebab sebab over budget.
Huh! Sabo je lerrrrr...


Cik Na pun ada? 



Licin ok. 9 orang makan cost RM279.00

 



Ni kena ada secound round ni maksu kena belanja kita.
Family Mak Ngah tak dapat joint sebab Atif, Ofa and Cik Meghah
dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). So kena rest cukup-cukup di rumah. Mak Teh family pula jauh sangat untuk joint kita malam tu.

Makanya,
 nanti time Maksu belanja diorang, adalah sangat wajar untuk belanja kita sekali ye.

Malam sebelum convo. teman maksu memilih tudung.
Habis sepah semua tudung keluar dari gobok Mama!


Semoga maksu berjaya dan cepat kawin ye.
We love u!
Muah! Muah! Muah!





Thursday, 10 April 2014

Harum Kesidang.


Baunye wangi... 
Kalau yang tak pernah hidu bunga kesidang ni ,  
bau nye lebih kurang macam bau pandan. Mama suka bau bunga kesidang ni sebab baunye wangi yang lembut.  Kebetulan Mama letak kesidang ni bersebelahan je dengan bunga Melati. So bila angin lalu je, semerbak harum bunga kesidang and Melati naik sekali. Mama suka sangat! 

Bunganye yang putik kecik molek tu pun sangat cute kan.
 Hakim pun suka bau bunga kesidang ni.
 Ade orang panggil pokok ni pokok kerak nasi. Ntah mana datang kerak
 nasinye , Mama pun tak tahu.  :)

Pokok kesidang ni jenis memanjat. So Mama memang dah decide sejak beli dari nursery nak tanam dalam pasu then letak rapat dengan pokok tunggul mati kat depan rumah kita. So senang lah kalau dahan kesidang ni nak menjalar. Tak kuasa lah Mama stand kayu semata-mata nak kasi pokok ni menjalar. 

Kalau ada kelapangan setiap sebulan Mama akan trim dahan kesidang ni supaya tak menjalar tinggi sangat. Penah juga Mama try cucuk dahan yang dicantas tu dalam pasu. Kot ler hidup kan. 
Erm....tak de rezeki hidup. Kalau bab tut menge tut bunga ni Mama surrender. hihihihi....

Mama pernah baca dalam article mana tah inform boleh tanam dengan cara lenturkan batang dahan kesidang ni ke tanah then tindih dengan batu sampailah kat batang tu keluar akar, 

Bila akar dah tumbuh , boleh potong part yang bercambah tu kat pasu lain. Erm...nanti free nak try lah. Bukan ape, Papa tu suka sangat petik bunga kesidang ni letak dalam kereta. Kalau petik 2-3 kuntum tak pe...ini sampai segugus bunga nye dipetik letak dalam kereta. 

Mama penat mencantas...membaja bagai... Papa sesedap rase je petik bunga kita kan. Mau nye tak sedih. 

Actually Hakim paling rajin membaja flower, Hakim selalu cakap bunga nak makan sebab nak energy, kekadang 1 pasu size biasa tu Hakim letak baja sampai bersudu-sudu. Kalau kasi chances siram pokok. Memang bahagia lah pokok tu ...banjir mencurah disiramnye pasu. Selagi tak melimpah air dari pasu selagi tu pokok tu haus katenye.  Hihihihi....

~~~ Nabi Muhammad  suka wangi, jadi mari kita sama-sama wangi secara alami~~~



Friday, 7 March 2014

Wahai senduduk.... purple sungguh warna mu.

Senduduk

 Cantik kan? Cantik sungguh aiiiihhhh...

Mulanya time beli bunga ni kat nursery. Mama memang biasanya akan beli pokok yang telah or sedang produce bunga sahaja. So bila terpandang je bunga pokok ni terus falling in love. Ewahhhhhh...hihihihi....

Actually pokok ni Mama selalu je nampak kat lorong rumah kita yang banyak semak samun tu. Tumbuh meliar...tak pernah pula Mama amik port pun. Tapi hat yang jual kat nursery ni berjaya menawan hati Mama. Kata tauke nursery, pokok senduduk yang depa jual ni dah kacuk...dah mix...hihihihi... dah upgrade untuk kasi lebih cantik. Hebatkan kuasa Allah yang memberi ilmu pada hambanya ... boleh menjadikan senduduk kampung jadi senduduk moden. 

Masa beli dulu kecik je pokoknye. Ni dah almost a year...  Alhamdulillah membesar & blooming dengan sihat. Bunga nya.....mak aiiihhh...tak putus-putus berbunga. Memang favorite Mama sangat lah kan.



Kat gambar ni je boleh nampak kan benyak bunga yang sedang kembang...dalam masa yang sama boleh nampak banyak kudup-kudup bunga yang sedang tunggu turn nak bloom!!! Subhanallah.... hebat sungguh. 

Pokok ni since Mama beli asik kena trim je...tu pasal tak berapa nak tinggi. Mama penah google pasal pokok senduduk ni...rumah orang tu kat KL & pokok senduduknya..... tinggi! So far Mama rasa no need lah nak kasi tinggi , biar sedang-sedang paras pinggang je. Comei....macam Hakim.

Menurut bacaan Mama, pokok senduduk merupakan spesis Melastoma Malabathricum. Pokok senduduk kampung ni banyak khasiatnya. Cuma kalau yang dah kacuk ni tak tahu lah pula sama ke dak khasiatnya. Kalau hat senduduk kampung tu daunnya boleh digunakan untuk rawat luka or parut . Maksu dulu penah guna buah senduduk liar untuk rawat cagu kat jari kaki maksu. But tak nampak pula kesannya...maybe tak rasi or Maksu tak konsisten guna senduduk ni kot.

~~~~ Terima kasih senduduk....
pagi tadi Mama siram senduduk, senyum terukir. Bunga pun boleh buat manusia happy. So sebagai manusia cuba lah jadi inspirasi untuk manusia lain pula happy  :)   ~~~



Friday, 10 January 2014

Putih-putih Melati aka Yesterday, Today, Tomorrow.

Lately Hakim suka nyanyi lagu putih-putih Melati.... Merah-merah delima... lalalala... (part tu je pun Hakim dok ulang 2~3 kali)

Erm...meh Mama nak tunjuk pokok Melati yang kita ada tanam last year. Kalau mat saleh panggil bunga ni bunga Yesterday,Today, Tomorrow (YTT)  Haa....panjang kan namanya.

Bunga nye yang cantik akan mengalami perubahan warna dari dark puple ~ purple cair (lavendar) ~ putih.
Agak Mama dari situ kot dapat nama YTT tu.

 So bila pokok ni  bloom!!! sangat lah berseri2 sebab akan ada 3 color dalam 1 pokok.

Bunga Melati bewarna purple, hat yang paling kanan tu dah mula nak berubak ke warna putih. 


Time Mama search kat google, dapat 1 article ni kata pokok ni beracun. Erm.... tak pernah tahu pula Mama yang pokok ni beracun. Beracun tang getah nye kah? Atau baunye kah? (Siapa tahu tolong share ye)

Tapi bau pokok ni memang wangi...harum je. Malam2 kalau kita duduk di beranda & angin kuat. Memang harum nye boleh bau lah 1 beranda.

Erm...since dapat tau pokok ni beracun, Mama dah ubah position pokok Melati aka YTT ni ke luar beranda. Better beringat sebelum terkena kan.

'Pokok ini tergolong dalam ketagori tumbuhan beracun, jika termakan ia boleh menyebabkan pengeluaran air liur yang berlebihan ,sesak nafas,sawan, anak mata membesar dan pucat lesi.' (www.melur.com)


Nampak tak 3 kuntum bunga melati putih tu? Putih-putih Melati.... tetap cantik.

Hakim...macam tu juga hidup kita ni, ibarat bunga YTT...
Apa juga warnanya...harumnya masih ada & menyenangkan banyak hati.

Siapa pun kita semalam, today or esok. Jadilah diri kita yang sebenar. Walau kita menjadi Tuan harini, jadilah Tuan yang baik. Kerana selamanya kita ini hanyalah hamba pada yang Esa.

~~~ Papa penah cakap kalau dapat adik girl nak namakan Melati. Errrr.... NO KOMEN.  ~~~


Wednesday, 25 December 2013

Joget senang hati

Alhamdulillah...
Today kita 3 beranak tanam 6 pasu pokok. Hidup lah hendaknye ye. 

Lepas boss Mama kasi balik awal Chrismas yesterday, kita sama2 tanam pokok yang dah 4 hari Mama beli ni. Seronok Hakim kali ni sebab Atif pun ada joint operasi memokok today.

 Ewah.... joget sungguh dapat tanam pokok ye. 

Dari kiri; pokok bunga taugeh, p chili, p kemoja, p Alamanda , p. Keladi & semaian sayur sawi.
Ehem...Ehem....
Ke joget sebab seronok nak dapat mandi kolam?
Upah lepas penat tolong Mama tanam pokok.



~~~ Thanks Hakim & Atif teman Mama tanam pokok.  ~~~

Tuesday, 24 December 2013

Kedai Bunga kesukaan Mama


Located  sederet dengan Sekolah Kebangsan Rahman Putra.

Kenape Mama suka ke sini? pasalnye kedai bunga ni laluan Mama setiap kali balik kerja. Nak parking kereta pun senang & paling penting kat sini ada pelbagai jenis pokok ada dijual. Daripada pokok bunga, pokok buah, pokok herba. Ish...mcm2 lah jual sampai ke rumput pun ade jual.


Harga pokok bunga taugeh ni RM8 jerrrrr.  :)

Pokok chili pon ade jual tau. RM4 sepokok.

Pokok Kemboja dah kacuk. 



Seronok menjamu mata kat kedai bunga ni. 

Yang ni pon harga RM4 sepokok. Kalau pandai bodek boleh dapat 3 pokok, RM10. 

Meriahnye bunga! Geram!

Oren menawan kan.

Pinkish! sweet je.  RM4 juga sepokok.
Tujuan asalnye harini nak membeli Pokok Alamanda bunga cream je. 
Tapi kalau dah ke sini , harap maklum je lah ye... takde makne nye beli 1 pokok. Paling kurang 3 pokok sure lepas masuk bonet. hhihihihi...

Perabis RM28.00 hari ni beli 4 anak pokok;

1. Bunga Taugeh (RM8)
2. Bunga Alamanda cream calour (RM8)
3.Kemboja (RM8)
4.Cili Padi (RM4)


Posing seround dengan tokeh kedai. Ngeeeee.....
~~~ Burbudi pada tanah, Mama nak try tanam sayur pula lepas ni ~~~

Hub Bunga Negeri Selangor, Sungai Buloh :: Syurga Bunga.

Kedai bunga murah?

Erm.... Kalau kat Nilai 3 ada banyak bunga plastik murah...
tapi kat Sungai Buloh ni pula famous dengan adanya bunga original yang wangi lagi murah!

Tapi kena pandai cari nursery bunga yang murah kat sini.
Kalau tak, rugilah kalau dah ke Sungai Buloh tapi tersalah pilih kedai bunga. So kali ni Mama Hakim nak share mana nak cari nursery yang murah di Sungai Buloh ni.

Actually banyak kedai bunga area Sunga Buloh ni. Kalau org luar (bukan org Selangor) selalu fikir kedai bunga yang murah ade kat deret tepi jalan besar yang dorang boleh nampak di sepanjang jalan besar. Tapi sebenarnya kalau nak cari kedai bunga yang murah di Sungai Buloh ni ada di area Hospital Sg Buloh. Dulu orang panggil Hospital Kusta.

Jalan Kusta, disepanjang kiri kanan jalan ada banyak nursery. Yang putih tu bangunan Hospital Sg Buloh.

Jida bagitau Mama yang dulu (puluh2 tahun dulu) ...
 pesakit kusta akan ditempatkan & dirawat di hospital ni.  Sebab tu hospital ni dikenali as Hospital Kusta. Sampai sekarang nama jalan kat atas ni pon lekat nama Jalan Kusta.
Nak dijadikan cerita, oleh sebab mereka ni perlu dikuarantin maka tak banyak lah aktiviti yang pesakit ni boleh buat. Jadi menanam pokok merupakan antara  aktiviti yang boleh pesakit ni buat sepanjang mereka kat sini. Tu lah asal usul mcmana area sini ada banyak nursery bunga.

Wallahua'lam... itu menurut Jida lah. Mama percaya sebab Jida & Moyang Hakim memang asal orang Sungai Buloh. Tapi sekarang rasa Mama dah tak ade pesakit kusta lagi kat situ or kalau ada pun mungkin sangat sedikit. And sekarang kerajaan dah bina hospital yang baru tapi hospital yang lama still dikekalkan. Kedudukan Hosptal Sg Buloh dengan Hospital Kusta ni bersetantangan jalan je.

Berbalik kepada topik, sampai sekarang memang banyak kedai bunga especially dari jalan luar nak masuk menghala ke hospital. Cuma  satu masalah kat sini iaitu masalah nak parking kenderaan. Pasalnya memang tak disediakan parking lot kat sini sebab kedai bunganya memang berderet kat jalan besar masuk ke hospital macam dalam gambar kat atas. So jangan terkejut kalau datang ke sini nanti Hakim akan nampak banyak kereta and lorry parking kat tepi jalan je.

But.....
 Actually most yang tepi jalan ni own by Chinese. Kalau rasa nak cari kedai bunga Melayu, kena street jalan ke Hospital Sg Buloh sampai nampak signboard Hub Bunga bawah ni ye. Mama bukan racist ye tapi Mama just nak share lebih banyak choice dan variety pada Hakim & readers. (  peace no war  :)  )

Signboard kemain beso ni kalau tak nampak juga tak tau lah ye.  Jgn lupa turn left ye.




Bila dah turn left... akan nampak pemandangan mcm ni. Kiri kanan jalan pon kedai BUNGA.
Sampai sini memang ade banyak choice kita boleh buat. Mereka kat sini bukan je jual bunga tau.
Pasu, tanah, rumput, accessory lanskap pun ada jual. Harga kena pandai minta tawar. Biasanye memang boleh tawar so bila dah sampai sini pandai2 lah nego & make sure bonet kete kosong ye.

Kat bawah ni contoh kedai bunga yang ada di  area hub ni. Nak park kereta pon senang sebab mereka ni memang jual pokok kat laman rumah je. So far parking FREE.  :)

Kalau rasa lengang je takde tokeh bunga...try lah horn kereta sikit (sikit je nooo....)  or better call je no tepon yang ada kat depan laman memasing.







Kalau sedang menyoping bunga tetiba sakit, boleh terus ke klinik Ghani ni ye. hihihihi... tp today tutup plak klinik ni.

Kalau rasa nak beli pasu bagai jangan bawa kereta. Kena bawa Hilux. hihihi...

Cuma 1 tips nak share, Mama memang akan suggest beli flower kat area ni but kalau rasa nak beli pasu murah jangan beli kat sini. Biasa lah kan...pasu ni pada Mama beli yang reject pun dah elok. Pasu rumah Mama pun semuanye reject...Alhamdulillah elok je bunga nye hidup kembang mekar. Eceeeeh!!!

Nak tau mana pasu reject murah?
Pasu tanah liat, 3 bijik RM10 pon ade. Insyallah nanti Mama share ye. Adios.... Wassalam.


~~~ Selamat menyoping BUNGA! ~~~