Showing posts with label sukaneka. Show all posts
Showing posts with label sukaneka. Show all posts

Wednesday, 2 September 2015

Hari Sukan Little Caliphs di Bandar Anggerik.

Sukan Little Caliphs tahun ini dibuat bersekali dengan Little Caliphs Sungai Buloh and 
beberapa Little Caliphs sekitar Shah Alam dan Kuala Selangor  di Padang Kompleks Belia dan Sukan Shah Alam pada 29 August 2015 yang lalu.

Pagi pukul 8 kena berkumpul so paham lah ye pukul berapa pula kita 
nak bangun bersiap pagi tu.

 But... excited punya pasal. Hakim bangun sendiri pukul 6 pagi tak yah dikejut!
 Buka baju sendiri, mandi. 
Langsung tak de songeh.
 Kalau tak... asal nak bangun pagi pergi school mesti nak bercinta bagai 
dulu baru lah terkial-kial nak mandi.

(bercinta disini merujuk kepada kena bagi salam 4-5 kali kat telinga kamu tu, kisses and tickles sikit, tarik kaki, tarik tangan, jerit-jerit ala2 manja...last sekali kalau tak bangun juga kena lah jerit halilintar. Kena marah! kalau tak...tak jalan.)

Let me introduce u my Champion! Andy Hakim ♥
Kali ni Hakim masuk Red Team. 
Nasib baik dapat masuk red team, kalau blue team dah sama macam last year. At least dapat lah baju sukan  Little Caliph calour red pula kan.

Best juga sukan tahun ni. 
Meriah!

Sebab sekali sambut Hari Kemerdekaan Malaysia. 
Merasa lah Hakim berteriak "Merdeka! Merdeka! Merdeka" kat tengah padang tu siap kibar Jalur Gemilang. Nyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor.

Mama and Papa pun nyanyi sama tau.
Lama rasaya Mama tak nyanyi lagu kebangsaan sambil berdiri tegak ni. 
Last dulu time kat university.


Khemah peserta

After register, Papa bagi kata-kata semangat kat Hakim sebelum kitorang tinggalkan Hakim untuk ke khemah parent.
Cer cari mana Papa and Hakim.

Papa and Hakim berpisah tiada

Selfie seround!

Lepas dah ragister and make sure Hakim selesa, Mama and Papa terus ke khemah parents. Jauh juga lah khemah anak-anak dengan khemah parents ni. Dipisahkan oleh trek sukan dan tempat perarakan anak-anak Little Caliphs.


Masa ni cuaca dah mula panas, kesian kat anak Mama berpanas. Mujurlah panas tapi berangin. Sekejap-sekejap Mama or Papa akan ke khemah Hakim untuk bagi Hakim minum.

Teacher ada je siapkan minuman but Mama  tau benar perangai Hakim ni. Lebih rela diam daripada minta air daripada teacher. Sebab tu Mama tak kisah pun ke hulu hilir bawa air untuk Hakim. Plus Mama faham teachers pun sibuk nak kendalikan peserta yang ramai ni.


Time Hakim berarak dan berbaris , sempat lah Mama and Papa berselfie. Hihihihi...
Susah tau nak dapat selfie dengan Papa kamu ni.



Perarakan: Anak-anak kibar Jalur Gemilang.
w
Tak nampak Hakim dalam lautan team merah

Tunggu giliran, masa ni acara untuk KG4 sedang berlangsung.
 Acara sukan peserta 5 tahun ada 2 
Lari guna terompah dan 
Lari satu kaki kutip botol.

Kelakar tengok gelagat anak-anak semua masa sukan berlangsung.
Siap ada yang lari keluar trek ,  tak buat u turn. Punya fokus nak lari kan. Kikikiki...

Bagus!
Semangat sukan kena tinggi ye
Tak menang takpe... yang penting fakus and ada semangat!

Actually semua peserta dapat medal yang sama tak kira lah menang or kalah.
Elok pun macamtu, yang penting anak-anak happy and participate.

Tapi bila Mama tanya Hakim, Hakim lari dapat number berapa?
Hakim jawab penuh confident. Number 1 Mama!!!
Sambil tunjuk medal. Gamaknya semua anak-anak lain pun macam tu lah. Semua dok pakat fikir diorang lah yang paling laju, paling pantas, paling number one!

Sebab dapat medal kan. Hihihihihi....

But for me, U always be The Champion since
hari pertama Allah hadiahkan Hakim pada Mama and Papa.

 KG5 Ready nak bersukan . Acara lari guna terompah.

Nampak bersemangat!

Teacher Yanti guide Hakim. Thanks teacher



U can do it Hakim!


Pandai borak rupanya....
Masa tunggu amik hadiah tu,  Mama nampak Hakim tengah syok punya borak dengan your freinds. Siap tangan terangkat, tah apa lah yang u all dok sembang tu kan. 

Habis sesi peserta 5 tahun,  Hakim main bubble pula.
Bubble ni free je. Semua peserta dapat.

And Yes! 
Kids loves bubble!

Tengok je lah gambar kat bawah ni, Hakim and Friends syok main bubble.


Free bubble.

Kids LOVE bubble!


With Muiz and his Mama 
And as usual,  selesai bersukan kita bergambar dengan teachers and principle pula. 

Tapi sebelum tu nak kenalkan Hakim dengan kawan Mama masa Mama practical di Pejabat Tanah dan Galian Gombak.

Punya lama tak berjumpa, end up kami berjumpa semula dek kerana anak.

Sekarang anak kawan Mama dah jadi kawan Hakim, sebaya pula tu. Nama anak kawan Mama ni Muiz. 

Semoga ukhuwah kita berkekalan.  


 With Teacher Akasyah


Tc Ila, Tc Akashah and Principle, Tc Fari.  Yang dalam stroller tu cucu principle, twin. Comel kan.

Mama with my Champion.      No 1 !
Tapi se champion Hakim, tetap tak boleh lawan Papa. Tanpa Papa Hakim bukan apa-apa.
Papa sangat sayang Hakim. Kalau Hakim benar-benar nak jadi champion. Hakim kena belajar banyak daripada Papa. Semoga Hakim sentiasa gembira dan sentiasa dalam pelukan Rahmat Allah.

♥♥♥
~~~ Buat Papa, tahniah atas kenaikan pangkat.  :)  ~~~

Tuesday, 23 December 2014

Sukaneka MS: Program Cuti Sekolah

Alhamdulillah
Akhirnya plan untuk mengadakan Sukaneka Keluarga Haji Ahmad 
terlaksana sudah weekend yang lalu.

Agak lama juga family Hj Ahamd tak buat family Day seumpama ini. Maksud Mama siap sukan bagai ni kan.  So bila idea nak buat Family Day ni datang , semua anak, cucu cicit Hj Ahmad excited. Maklum saja lah, cuti sekolah kan lama so memang ideal sangat lah buat Family Day ni.


Nostalgia Sukaneka 2012 : Hj Ahmad (Arwah Onyang Hakim yang berkemeja belang)



Perancangan awal hendak diadakan Hari Keluarga Haji Ahmad ni selama 2 hari 1 malam tapi disebabkan kekangan masa dan peserta yang tidak available maka kita just adakan  Sukaneka  untuk cucu dan cicit  Hj Ahmad khasnya yang bersekolah dan stay di MS ni sahaja.

Cucu yang dah habis sekolah  dan yang dah bekerja pula dilantik sebagai AJK bertindak.
Manakala anak-anak Hj Ahmad yang dihormati secara automatik dilantik menjadi PENAJA dan penasihat. Penting tu PENAJA sebab tanpa PENAJA majlis hambar. Hihihihi.

Ramai juga cucu Hj Ahmad di MS ni. Seramai 15 orang cucu dan seorang cicit ( Andy Hakim lah tu) Hj Ahmad mengambil bahagian pada hari tersebut. Manakala cucu-yang lain iaitu Mama, Papa, Pok Dal & isteri, Pak Long Hamdan, Pak Ngah Mizi, Pakcik Saddam pula menjadi AJK bertindak yang sangat cemerlang pada hari tersebut.

Objektif  sukaneka ini adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim dan memastikan cuti sekolah tahun ini dapat di selitkan dengan aktiviti yang berfaedah tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Selain itu, ia dapat menanam semangat kesukanan dikalangan cucu cicit Haji Ahmad dan sekaligus membina rasa tanggungjawab , melahirkan rasa kepimpinan dan integrity kepada cucu yang dilantik menjadi AJK.

Hamboi...Mama dok ngulas dah macam Yang Berhormat. Hihihihi...

Cucu cicit dibahagikan kepada 3 kumpulan: Merah , Hitam dan Purple.  Cicit hanya Hakim seorang,
Acara bermula pada pukul 8 am bertempat di rumah Ato MS. Alhamdulillah laman rumah Ato dah ada simen bersegi so no need pacak paku untuk buat lane / track sukan.

Terdapat 10  acara yang dimainkan pada hari tersebut dan ia sangat lah happening!!!
Rugi lah Atif and Aufa tak joint sekali.

1. Sampai menyampai: 
peserta pertama diberi 1 ayat yang perlu disampaikan kepada ahli kumpulan mengikut giliran.
Ayat last perlu disebut oleh ahli paling kecil dalam kumpulan. Serius tunggang langgang!
Dalam 10 words dalam ayat tu adalah 3-5 words yang mengena.

2.Game teka gambar:
 Yang ni funny! Bila samapai peserta ke 3, tah ape yang dorang lukis. Kesian peserta
akhir yang kena teka gambar.

3. Lumba lari simpan klip.

4. Lari bawa bola ping pong.

5. Bowling kelapa tua :
Hakim score full mark!

6. Tiup belon sampai pecah.

7. Musical chair :
 Guna lagu crazy frog and chicken dance. Meriah tak hingat!!!

8. Makin jauh makin sayang.:
Guna belon berair.

9. Kumpul air dengan span.

10. Sambut belon berair:
 Totally crazy! AJK pun naik crazy dengan belon berair ni.



Meh Mama share gambar kesungguhan dan kegilaan masing-masing ye.
Serius memang nampak sangat kesungguhan peserta termasuk emak-emak nye sekali.


Senaman ringan dulu ye.
Peralatan: Mostly guna barang recycle dan yang sedia ada di rumah. Kecuali belon tu kena beli.

Ahli syurga, comel!

Hakim! U paling depan tu sayang. Lari cepat!

Bawa bola ping pong dengan sudu. Age below 6 years boleh bawa sudu and ping pong guna tangan,
Yang lain bawa guna mulut ye.
Acik Iqmal ( 12yrs)  mengejar Acik Haziq (6yrs)
Pak Ngah Mizi and Mak Dal demo acara makin jauh , makin sayang.

Acara sambut bola berair.  Pak Ngah Mizi bagi demo sikit.
Liat betul belon ni. Dah jatuh 3-4 kali pun stil tak pecah. 

Bowling kelapa : Guna kelapa tua sebab ringan. Anak-anak age below 6 jarak 2 petak simen je.

Acara kumpul air guna span.
Cik Nina & Cik Haziq (both 6 yrs)  ni memang semangat! Punye nak menang sampai Cik Nina sanggup berkaki ayam. 

Banyak air yang tumpah daripada terisi.


Musical chair.  Purple team win! Horrey!

Fakus dengan lukisan. Macam dalam exam hall field sebab senyap! Hihihi....



Game sambut belon berair. Pak Ngah Syamil, Acik Misha and Acik Sarah 

Seronok tengok belon terbang


Sambut belon berair dengan tudung saji mini. End of game tudung saji Mama ni hancur patah riuk.
Acik Am sedang ajar Hakim pegang tudung saji kuat-kuat.

Bagus cucu cicit Haji Ahmad , fakus dengar penerangan Mama. 

Acik Rosul (3 yrs) menangis  pula.
Alolooooo... camei sangat ACik Era  ( 3 yrs) and ACik Ain ( 4 yrs) berlumba lari.
Ahli pasukan sorak menyorak!
Kata-kata semangat memang penting dalam membangkitkan rasa ingin berjaya dan  dihargai.


Pak Long Hamdan and Acik Saddam as AJK PA System. Ato Zol as camera man.

Papa as juri pengumpul markah. Juri yang adil dan saksama.

Best kan!

Ya Allah serius seronok melayan cucu cicit Haji Ahmad ni bersukan.
 Semua sporting habis, termasuk lah yang kecik-kecik ni pun dengar cakap AJK bertindak.

Selama 3 jam majlis berlangsung, semua cucu cicit nampak bersemangat dan happy. Lepas selesai semua games, all anak cucu  dan cicit berkumpul untuk makanpula.
Makan nasi lemak tajaan anak-anak Haji Ahmad.

Bila makan beramai ni memang sedap. memang syok.
Lebih-lebih lagi bila masing-masing dah penat bermain kan. bertambah-tambah makan nye.


Nasi lemak MS tajaan anak-anak Hj Ahmad.

Thanks to Nek Ngah, Nek Edah, Nek Ucu & Nek Andak yang taja nasi lemak.

 Siap makan, perut dah kenyang barulah sesi  penyampaian hadiah dijalankan.
tapi sebelum tu semua peserta perlu mengutip semua sampah dan mak sure ruang laman bersih. Then baru line up ikut pasukan masing-masing. Siap nyanyi lagu Negaraku lagi tau sebelum hadiah disampaikan. Bagi semangat sikit pada dorang ni.

Agak-agak team mana yang menang ye?

Team Merah JUARA!!! Yeeayyyyy!
 Bukan main seronok lah yang menang tu kan. Padahal hadiah tu semua sama je. Hihihihi...
Mata kemenangan setiap pasukan juga sepi-sepi je. 

Tapi budak-budak kan. Dapat title juara tu dah rasa hebat dan happy sangat dah dorang ni.
Aikk...jangan kata budak-budak, mak budak pun sama je.  :)

JUARA :: 38 mata


Tempat ke - 2 :: 37 mata


Tempat ke - 3:: 36 mata
Sesi pembahagian hadiah. Bagus je duduk dalam group.
 Abang kakak bahagikan secara bijak dan adil. Tak berebut pun. Ini yang kita mahu, yang besar memimpin yang kecil. Semoga jadi tauladan pada generasi muda.


Happy faces.

Sebelum Mama menutup tirai Sukaneka MS 2014, Mama nak share drama ke laut sikit.
Biasalah Family Haji Ahmad ni setiap kali majlis mesti ade drama. Baru pening happening!
Macam ni kisahnya.

---
-------
----------------
-------------------------

Ini Nenek Andak. Berumur late 30s but she is very da klakar!
Baju habis basah. Bawa 2 biji belon berair, merah and pink.

Mana nak dibawanya belon tu ye?



Nampaknye Nek Andak menyerang Pok Dal. 
Nasib ler pengantin baru ye. Hihihihi...




Tuuuuu dia!!!
Water splash , bak ang kat Pok Dal!
Caya lah Nek Andak, actually mulanya Pok Dal lah yang menyebabkan Nek Andak ni basah. Ni case nak balas dendam lah ni. Hihihihi... Pok Dal terkena juga ye.



Kan dah kata, bukan budak-budak je teruja dengan belon air ni. Nenek-nenek pon teruja juga.
Selesai majlis depa ni lah yang dok perabih kan belon air ni. Semua orang nak dibalingnya.

Overall majlis, SUCCESS!
Mama harap Hakim happy bersukan bersama Pakcik Makcik Hakim.
Ingat... walau pun Hakim sebaya or lebih tua daripada mereka. Hakim tetap anak buah tau. Kena jaga adab dan sentiasa menghormati mereka. Barulah kita hidup aman dan damai. Yang penting barulah Hakim sentiasa nampak mudeeee. Hihihihihi.

Wassalam.... AJK memaklumkan.

~~ Insyallah ada rezeki kita arrange Family Day Haji Ahmad lagi~~~