Showing posts with label family day. Show all posts
Showing posts with label family day. Show all posts

Tuesday, 23 December 2014

Sukaneka MS: Program Cuti Sekolah

Alhamdulillah
Akhirnya plan untuk mengadakan Sukaneka Keluarga Haji Ahmad 
terlaksana sudah weekend yang lalu.

Agak lama juga family Hj Ahamd tak buat family Day seumpama ini. Maksud Mama siap sukan bagai ni kan.  So bila idea nak buat Family Day ni datang , semua anak, cucu cicit Hj Ahmad excited. Maklum saja lah, cuti sekolah kan lama so memang ideal sangat lah buat Family Day ni.


Nostalgia Sukaneka 2012 : Hj Ahmad (Arwah Onyang Hakim yang berkemeja belang)



Perancangan awal hendak diadakan Hari Keluarga Haji Ahmad ni selama 2 hari 1 malam tapi disebabkan kekangan masa dan peserta yang tidak available maka kita just adakan  Sukaneka  untuk cucu dan cicit  Hj Ahmad khasnya yang bersekolah dan stay di MS ni sahaja.

Cucu yang dah habis sekolah  dan yang dah bekerja pula dilantik sebagai AJK bertindak.
Manakala anak-anak Hj Ahmad yang dihormati secara automatik dilantik menjadi PENAJA dan penasihat. Penting tu PENAJA sebab tanpa PENAJA majlis hambar. Hihihihi.

Ramai juga cucu Hj Ahmad di MS ni. Seramai 15 orang cucu dan seorang cicit ( Andy Hakim lah tu) Hj Ahmad mengambil bahagian pada hari tersebut. Manakala cucu-yang lain iaitu Mama, Papa, Pok Dal & isteri, Pak Long Hamdan, Pak Ngah Mizi, Pakcik Saddam pula menjadi AJK bertindak yang sangat cemerlang pada hari tersebut.

Objektif  sukaneka ini adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim dan memastikan cuti sekolah tahun ini dapat di selitkan dengan aktiviti yang berfaedah tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Selain itu, ia dapat menanam semangat kesukanan dikalangan cucu cicit Haji Ahmad dan sekaligus membina rasa tanggungjawab , melahirkan rasa kepimpinan dan integrity kepada cucu yang dilantik menjadi AJK.

Hamboi...Mama dok ngulas dah macam Yang Berhormat. Hihihihi...

Cucu cicit dibahagikan kepada 3 kumpulan: Merah , Hitam dan Purple.  Cicit hanya Hakim seorang,
Acara bermula pada pukul 8 am bertempat di rumah Ato MS. Alhamdulillah laman rumah Ato dah ada simen bersegi so no need pacak paku untuk buat lane / track sukan.

Terdapat 10  acara yang dimainkan pada hari tersebut dan ia sangat lah happening!!!
Rugi lah Atif and Aufa tak joint sekali.

1. Sampai menyampai: 
peserta pertama diberi 1 ayat yang perlu disampaikan kepada ahli kumpulan mengikut giliran.
Ayat last perlu disebut oleh ahli paling kecil dalam kumpulan. Serius tunggang langgang!
Dalam 10 words dalam ayat tu adalah 3-5 words yang mengena.

2.Game teka gambar:
 Yang ni funny! Bila samapai peserta ke 3, tah ape yang dorang lukis. Kesian peserta
akhir yang kena teka gambar.

3. Lumba lari simpan klip.

4. Lari bawa bola ping pong.

5. Bowling kelapa tua :
Hakim score full mark!

6. Tiup belon sampai pecah.

7. Musical chair :
 Guna lagu crazy frog and chicken dance. Meriah tak hingat!!!

8. Makin jauh makin sayang.:
Guna belon berair.

9. Kumpul air dengan span.

10. Sambut belon berair:
 Totally crazy! AJK pun naik crazy dengan belon berair ni.



Meh Mama share gambar kesungguhan dan kegilaan masing-masing ye.
Serius memang nampak sangat kesungguhan peserta termasuk emak-emak nye sekali.


Senaman ringan dulu ye.
Peralatan: Mostly guna barang recycle dan yang sedia ada di rumah. Kecuali belon tu kena beli.

Ahli syurga, comel!

Hakim! U paling depan tu sayang. Lari cepat!

Bawa bola ping pong dengan sudu. Age below 6 years boleh bawa sudu and ping pong guna tangan,
Yang lain bawa guna mulut ye.
Acik Iqmal ( 12yrs)  mengejar Acik Haziq (6yrs)
Pak Ngah Mizi and Mak Dal demo acara makin jauh , makin sayang.

Acara sambut bola berair.  Pak Ngah Mizi bagi demo sikit.
Liat betul belon ni. Dah jatuh 3-4 kali pun stil tak pecah. 

Bowling kelapa : Guna kelapa tua sebab ringan. Anak-anak age below 6 jarak 2 petak simen je.

Acara kumpul air guna span.
Cik Nina & Cik Haziq (both 6 yrs)  ni memang semangat! Punye nak menang sampai Cik Nina sanggup berkaki ayam. 

Banyak air yang tumpah daripada terisi.


Musical chair.  Purple team win! Horrey!

Fakus dengan lukisan. Macam dalam exam hall field sebab senyap! Hihihi....



Game sambut belon berair. Pak Ngah Syamil, Acik Misha and Acik Sarah 

Seronok tengok belon terbang


Sambut belon berair dengan tudung saji mini. End of game tudung saji Mama ni hancur patah riuk.
Acik Am sedang ajar Hakim pegang tudung saji kuat-kuat.

Bagus cucu cicit Haji Ahmad , fakus dengar penerangan Mama. 

Acik Rosul (3 yrs) menangis  pula.
Alolooooo... camei sangat ACik Era  ( 3 yrs) and ACik Ain ( 4 yrs) berlumba lari.
Ahli pasukan sorak menyorak!
Kata-kata semangat memang penting dalam membangkitkan rasa ingin berjaya dan  dihargai.


Pak Long Hamdan and Acik Saddam as AJK PA System. Ato Zol as camera man.

Papa as juri pengumpul markah. Juri yang adil dan saksama.

Best kan!

Ya Allah serius seronok melayan cucu cicit Haji Ahmad ni bersukan.
 Semua sporting habis, termasuk lah yang kecik-kecik ni pun dengar cakap AJK bertindak.

Selama 3 jam majlis berlangsung, semua cucu cicit nampak bersemangat dan happy. Lepas selesai semua games, all anak cucu  dan cicit berkumpul untuk makanpula.
Makan nasi lemak tajaan anak-anak Haji Ahmad.

Bila makan beramai ni memang sedap. memang syok.
Lebih-lebih lagi bila masing-masing dah penat bermain kan. bertambah-tambah makan nye.


Nasi lemak MS tajaan anak-anak Hj Ahmad.

Thanks to Nek Ngah, Nek Edah, Nek Ucu & Nek Andak yang taja nasi lemak.

 Siap makan, perut dah kenyang barulah sesi  penyampaian hadiah dijalankan.
tapi sebelum tu semua peserta perlu mengutip semua sampah dan mak sure ruang laman bersih. Then baru line up ikut pasukan masing-masing. Siap nyanyi lagu Negaraku lagi tau sebelum hadiah disampaikan. Bagi semangat sikit pada dorang ni.

Agak-agak team mana yang menang ye?

Team Merah JUARA!!! Yeeayyyyy!
 Bukan main seronok lah yang menang tu kan. Padahal hadiah tu semua sama je. Hihihihi...
Mata kemenangan setiap pasukan juga sepi-sepi je. 

Tapi budak-budak kan. Dapat title juara tu dah rasa hebat dan happy sangat dah dorang ni.
Aikk...jangan kata budak-budak, mak budak pun sama je.  :)

JUARA :: 38 mata


Tempat ke - 2 :: 37 mata


Tempat ke - 3:: 36 mata
Sesi pembahagian hadiah. Bagus je duduk dalam group.
 Abang kakak bahagikan secara bijak dan adil. Tak berebut pun. Ini yang kita mahu, yang besar memimpin yang kecil. Semoga jadi tauladan pada generasi muda.


Happy faces.

Sebelum Mama menutup tirai Sukaneka MS 2014, Mama nak share drama ke laut sikit.
Biasalah Family Haji Ahmad ni setiap kali majlis mesti ade drama. Baru pening happening!
Macam ni kisahnya.

---
-------
----------------
-------------------------

Ini Nenek Andak. Berumur late 30s but she is very da klakar!
Baju habis basah. Bawa 2 biji belon berair, merah and pink.

Mana nak dibawanya belon tu ye?



Nampaknye Nek Andak menyerang Pok Dal. 
Nasib ler pengantin baru ye. Hihihihi...




Tuuuuu dia!!!
Water splash , bak ang kat Pok Dal!
Caya lah Nek Andak, actually mulanya Pok Dal lah yang menyebabkan Nek Andak ni basah. Ni case nak balas dendam lah ni. Hihihihi... Pok Dal terkena juga ye.



Kan dah kata, bukan budak-budak je teruja dengan belon air ni. Nenek-nenek pon teruja juga.
Selesai majlis depa ni lah yang dok perabih kan belon air ni. Semua orang nak dibalingnya.

Overall majlis, SUCCESS!
Mama harap Hakim happy bersukan bersama Pakcik Makcik Hakim.
Ingat... walau pun Hakim sebaya or lebih tua daripada mereka. Hakim tetap anak buah tau. Kena jaga adab dan sentiasa menghormati mereka. Barulah kita hidup aman dan damai. Yang penting barulah Hakim sentiasa nampak mudeeee. Hihihihihi.

Wassalam.... AJK memaklumkan.

~~ Insyallah ada rezeki kita arrange Family Day Haji Ahmad lagi~~~

Monday, 9 June 2014

Bayou Lagoon Park Resort , Melaka.

Ini lah tempat kita stay 3 day 2 night time Family Day office Papa last month.
Lokasi hotel ni tak jauh dari Zoo , Tmn Buaya & segala jenis taman kat Melaka ni, dalam 10 - 15 minit perjalanan naik kereta macam tu lah.

 Kalau nak makan seafood yang dekat Umbai pun dah tak jauh dari hotel ni cuma kita tak berkesempatan nak ber seafood sebab jadual makan kita padat di sponsor pihak PTM.  :)


Entrance 
Masih baru. Macam apartment  yang berlambak kat KL je rupanye kan.
Peace seround sementara tunggu Papa check in.
Alhamdulillah kita dapat stay studio room instead of stay apartment. Bukan tak mahu stay apartment beramai-ramai tapi bimbang aurat dan kurang privasi. Kalau dengan ahli keluarga tiada masalah tapi bila terpaksa share apartment dengan orang lain rasa janggal juga lah kan. So thanks tu AJK Family Day PTM yang berjaya dapatkan juga bilik untuk setiap keluarga. 


Ada meja makan dengan 2 seat. 

Bilik studio ni memang luas. Kalau nak bentang toto dalam 3 toto pon muat tau. 
Mama suka bilik ni siap ada sink so kalau nak masak air no need lah nak tadah air dari sink dalam bilik air. Nak basuh botol susu Hakim pun  tak was-was. Kiranya dengan adanya sink dalam bilik hotel, berasingan dengan bilik air sangat lah relevent dengan Mama ni.

Tak banyak bilik hotel yang provide sink kat bilik hotel. So far , hotel yang kita pergi kalau yang di Melaka ni cuma A Famosa Resort Hotel dan Bayou Lagoon ni je lah yang provide sink.  Bukan apa, Mama memang geli nak tadah air minum  kat bilik air wa'ima dari sink. Rela Mama beli mineral water untuk masak daripada tadah air minum kat sink toilet. Cantik dan bersih macamana pun hotel tu tapi kalau kena tadah air toilet memang tak lalu nak minum. So bilik Bayou ni bagus lah provide sink dalam bilik ni. Facilities lain macam TV, mini refrigerator tu tip top pasal baru lagi. 

Oleh sebab bilik ni luas pihak Bayou provide 2 unit aircond. Serius sejuk bilik. Hendak pula aircond tu masih baru so on suhu 25 pun dah sejuk sesangat. Kita just on 1 aircond je... tak elok bazir kan. 


Hakim chop bed ni tau Mama!


Yang bertingkap tu  , tingkap bilik air.
Kalau amik suit yang ada Jakuzi tu boleh lah nampak jakuzinya dari tingkap ni.

Nak komen pasal bed pula. Erm.... Tah lah.
 Studio room ni Bayou provide katil single 2 buah. Katil single kecik teot yang size katil kat bilik Hakim tu.

  Kalau boleh Bayou bagi lah katil single yang besar sikit
or provide lah 1 queen size and 1 lagi single size or macam some hotel provide kan even bagi single bed tapi size nye agak besar dari single yang biasa. Kecik sikit dari queen. Selesa sikit.

So macam biasa operasi merapatkan katil adalah WAJIB ye. Bila dah rapat tu kan celah tilam Mama and Papa lapik dengan conerter so selesa lah sikit Hakim tidur tengah tu kan.  


Kat rumah tak de telefon macam ni so sampai hotel memang benda alah ni lah Hakim dok tekan-tekan... hello helloo....



Katil dah cantum!  Luas kan bilik Bayou Lagoon ni. 





Water Park kat sini pon not bad. Seronok lah bawa anak stay hotel and boleh main
 kat waterpark dalam area hotel je kan. Cuma bila cuaca panas tu yang perit sikit lah. Sebab water park ni tidak berbumbung. Kalau yang ada bumbung tu pun kat area atas slide tu. Kalau dah nama slide memang budak besar and dewasa lah majority yang ada kat situ.

Eloknya kat pool yang untuk kanak-kanak age below 7 tahun ke bawah ni elok dibuat bumbung. Kesian kat budak kecik kan nak mandi panas-panas bawah matahari. Mata memasing dah sepet macam anak orang Korea. Menahan panas. Hihihihi...termasuk ler Hakim.  :)  Tapi dah nama pun budak kan. Ape lah yang dia tahu. Asal dapat berjimba dalam air dah paling heaven dah diorang ni.

Mama suggest kalau Bayou buat bumbung macam di  Water Park di Gambang at least di area tempat budak-budak main lebih baik. Sekarang cuaca di Malaysia ni hangat sangat. Nak berjemur lama tak sesuai. Kesian kat kanak-kanak ni kan.   

Pandangan dari bilik kita, Tingkat 6.
Sliding door bilik tak boleh buka selalu sebab bertentang dengan sliding door blok depan.  
Bab makan pula..... Menu makan baik breakfast, lunch dan dinner semua nya biasa-biasa aja.
Malah Mama boleh katakan yang  masakan nya  just ‘soooo sooo’ aje.

Lauk lunch dan dinner sepatutnya perlu ada 1 menu  yang tidak pedas or paling tidak sediakan  ayam goreng  or sup untuk hidangan kanak-kanak. Menu pun hampir sama setiap hari. Keadaan café yang agak kecil di sini menyebabkan kita terpaksa menunggu untuk mandapatkan tempat makan.

Pada pendapat Mama jika ada Family Day macam ni pihak hotel boleh menyediakan 1 ruang khas yang berasingan sebab café nye kecil. Kalau hari biasa mungkin okay lah size cafe tu menampung visitor, tapi bila ada Family Day pastu  cuti sekolah pula tu, memang beramai-ramai ler berasak dalam cafe tu. Dah macam kenduri pula ramainye tu. Hihihi...

Pada hari kedua memang pihak hotel ada menyediakan ruang canopy yang
 besar untuk breakfast khas untuk office Papa. Masa tu rasa selesa sangat nak makan. Siap ada cooler fan so memang tak panas.

Pada mulanya Mama fikir time makan lunch dan seterusnya akan dibuat saja di canopy tersebut tapi tidak. Time lunch hari kedua tu makan di café yang kecil tu juga. Terpakse lah kita bersesak lagi dalam café yang kecil. Makan pun laju-laju je sebab kesian dengan orang yang datang kemudian tercegat-cegat mencari meja kosong. Sampai hati ke nak makan santai-santai kalau kat sebelah kita orang dok menunggu siap bawa anak kecil lag. Haissshh….Mama tak sampai hati. Pasal tu lah dalam entry ni tak de 1 pun photo makanan. Memang takde makna nak amik gambar. Makan kena tangkas! Nak cari makan kat luar macam tak patut lah pula kan sebab jadual Papa padat so kita  kena lah hormati rancangan dan jadual yang telah disediakan. Bukan senang diorang dok susun jadual semua tu.  Kalau kita makan kat luar nanti and ter spoil timing yang dah dijadualkan kan tak elok.

 Kalau kita bercuti ke Bayou ni lagi rasenya just amik pakej bilik saje dah memadai.
Sebab bilik nye tip top! Luas! Sejuk!

Kalau nak makan better cari makanan yang bersepah-sepah kat Melaka ni je.


Ok itu je lah Mama dapat review pasal Bayou Lagoon Melacca ni. Hope Bayou Lagoon dapat upgrade service dan bertambah maju pada masa hadapan. . Hihihihi…kemain Mama ni ngomen kan. 




~~~ Kempunan nak makan kat Umbai~~~

Wednesday, 12 March 2014

Family Day opis Papa


Last Saturday, pulkul 8am dah start engine kereta sebab kita kena paksa rela teman Papa ber bowling kat Cosmic Bowl , Mid Valley Mega mall. Ada tournament katanye.

Semua staff pakai baju color orange. Orange melengit! 
Papa team ke 5, nama kumpulan Papa paling panjang & unik..... 

'Bukan Kerana Aku Tak Strike'

Erm, panjang kan. Kita khususkan harini meneman Papa dari pagi sampai petang.... kalau tak menang tak tau lah ye Papa... Tang nama tu dah macam nak kalah je. hihihii.....

Wallah!!! lontaran penuh gaya dari Papa

Kire okay lah Papa punye score tu kan.

Setia menyokong Papa...

 
After selesai games, kita terus ke office Papa untuk lunch & upacara penganugerahan sijil kecemerlangan also pemberian hadiah untuk acara bowling pagi tadi. 

Guess what????!!!
Alhamdulillah... kumpulan "Bukan Kerana Aku Tak Strike" adalah 
JUARA! JOHAN! PEMENANG!

Wah....tak sangka kan. Berbaloi juga penantian dan sokongan tak berbelah bagi kita pada Papa. 
Pastu ada satu lagi anugerah yang patut Mama share kat sini. Papa juga dapat sijil anugerah cemerlang. Pekerja cemerlang lah kirenye Papa ni kat opis ye. Keep it up Papa!!!

Kitorang bangga sangat dengan Papa.


We proud of you Papa!


IT Officer yang berkaliber... Insyallah.

Dapat tropy ... Johan bowling!!! Amik hadiah siap bawa Hakim.

Hakim kata ini trophy Hakim. 
Tahniah Papa... Moga Papa akan lebih kaya dan berjaya bersama Mama & Hakim. 

One more thing, Papa janji nak bawa kita main bowling as ganjaran teman Papa main sampai menang harini. Kita kena tuntut janji Papa ni tau Hakim. Tak dapat main kat Cosmic Bowl, Mid Valley...kita ajak main kat One Utama ek.

~~~ Bahagia bila pasangan kita berjaya~~~