Showing posts with label Muar. Show all posts
Showing posts with label Muar. Show all posts

Monday, 24 November 2014

Homestay Anjung Desa S69, Muar.

 Assalamualaikum
Lama sangat rasanya Mama tak update blog ni ye. Bila lama dah tak mengarang ni rasa kelu jari ni nak menaip. Hihihihi... Maklum saja lah Pok Dal nak kawen sebab tu asal weekend je Mama busy sikit sebab nak prepare untuk majlis satu-satunya teruna Ato ni. 

Tapi harini Mama tak nak cerita pasal kenduri Pok Dal tapi Mama nak cerita tentang tempat penginapan kita 3 hari  2 malam di Anjung Desa S69, Muar, Johor.

Homestay ni sangat luas dan selesa. Pemandangan pun indah. Rumah kampung yang sangat berbaloi untuk disewa kalau nak gather ramai-ramai. Macam kita ni dalam  10 keluarga berkumpul dan bermalam kat sini. Itu belum masuk beberapa family kawan Ato yang datang berkumpul untuk bersama menghantar Pok Dal dihari persandingan. Memang full house parking! Seronok!

Homestay ni ada 3 bilik tidur. Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin yang DINGIN. Serius... 
Mama highlight DINGIN tu sebab some homestay aircond ada tapi tak sejuk. Tapi kat sini aircond tip top. Sejuk! 

Macam kita stay di sini beramai-ramai ni kenalah pandai-pandai susun atur bilik. Oleh sebab kita ni ada 3 bilik sahaja. Makanya  master room adalah dikhaskan buat ato nenek yang veteran. Senang depa nak salin baju , nak mandi. Semua ada dalam bilik tu. 

Bilik ke-2 khas untuk wanita. Ini wajib juga di beri keutamaan sebab aurat kena jaga. Kot nak menyusu kan anak tu tak lah segan.
Bilik ke-3 kecik sikit. Untuk para jejaka. Diorang pun perlu juga bilik untuk salin baju. Diorang pun manusia. ada segannya kan.

Kalau di ikutkan bilik memang tak cukup dengan kapasiti  yang ada. Tak semua tidur di bilik. Macam biasa anak-anak bujang tidur di ruang tamu. Yang datang lewat malam pun terpaksa redha tidur di ruang tamu. Tilam toto memang banyak disediakan oleh tuan rumah, rasanya adalah dalam 10 tilam toto yang disediakan. Teringan Mama masa kecik-kecik dulu bila balik kampung  especially bila hari raya, ramai pakcik and sepupu tidur berlambak je di ruang tamu. Cerita pasal bilik je panjang berjela kan, tapi sori lah sebab Mama tak dapat nak attached gambarnya kat sini. Bukan apa, asal nak tangkap gambar mesti ade orang tengah nyusu anak or tengah nak salin baju or tengah tidur. So tak elok lah dipertontonkan kat sini kan.

Gambar lain memang banyak Mama amik. Meh tengok meh.



Cantik kan rumahnya.



Gosip-gosip sambil mengeTEH.

Laman pun luas, seronok lah Hakim and Atif berlari ke hulu hilir. Tanah pula rata so takdelah Mama risau Hakim berlari tersadung batu ke kan. 
Kereta nak park pun senang. Kalau nak buat aktiviti family day ni tak payah dah nak cari padang lain. Kat laman ni boleh dah nak buat aktiviti lari ke...lompat ke.. senam robik ka... semua boleh.



Yang penting laman tak ada kemuncup. Penting tu.





Kalau nak buat aktiviti pementasan boleh guna balai belakang tu.

Bilik kecik belah kiri tu bilik air luar. Ada 2, luas dan bersih.


Bab bilik air pula,  bilik mandi pun banyak. Tekanan air pun laju tak tersenggut-senggut! Mandi dengan rasa riang sekali.  . Hihihihihi... ayat tak boleh blah kan.
Dalam rumah sahaja ada 3 bilik air. Kat luar rumah pun ada bilik air & toilet lagi 2 so kita semua tak lah  berkejar-kejar nak mandi. Sebab tu Mama kata kita boleh mandi dengan penuh riang ria. Kalau tak......  tentu-tentu atok nenek pak menakan sibuk dok ketuk pintu toilet minta kita mandi or wee wee cepat-cepat kan. Silap haribulan nak buang hajat pun tension. 2 daripada  5 bilik air tu pula disediakan water heater so yang ada baby or yang rasa-rasa macam baby tu boleh lah mandi air panas. Hihihihihi...



Bilik mandi & toilet dalam rumah.

 Di belakang homestay pula disediakan tempat berbumbung untuk bbq. Tempatnya bersih malangnya jadual kita yang padat menyebabkan kita tak dapat nak ber bbq.


Kolam ikan & tempat bbq


Beranda untuk lepak-lepak, gosip-gosip pun luas.

Paling best bergosip dekat beranda depan ni.



Sekarang kita jengok ke dapur pula. Kat dapur semua perkakas ada. Kuali,periuk, pinggan mangkuk, gas semua ada. Meja makan besar disediakan. Tapi kalau dah gather ramai-ramai macam ni tak muat 1 meja ni. So pandai-pandai lah kita kaut and makan kat bawah ye anak-anak. Bagi yang tua-tua vateran makan kat atas.


Breakfast time!
Anak-anak makan kat bawah tak mau sepah-sepah ye.


Rumah ni bersih je tapi sebab kan kami ni ramai sangat semua baju and towel gantung mana dan je.  



Rumah atas. Luas beralas kayu.
 Di sini disediakan TV tapi takde pula Mama nampak diorang ni menonton. Masing-masing kalau tak makan mesti berborak. Anak-anak pun semua sibuk main lari sana sini. Kejap-kejap kang dengar diorang ketawa. Kejap kang dengar diorang menangis mengadu domba di buli itu ini.

 Seronok! Rasa sekejap sangat masa berlalu bila dah berkumpul ramai-ramai macam ni.
Masa ni lah baru dapat Hakim sepupu sepapat mandi ramai-ramai. Masa ni lah Hakim dapat kenal dengan lebih rapat dengan makcik pakcik sedara. Kenal ato nenek sedara. 



Parking penuh.

Recommended!







Berapa cost 3 hari 2 malam di sini? 
RM400.00 genap-genap. 

Rumah bersih, luas dan selesa. Memenuhi keperluan untuk keluarga besar kita.
Semua happy. 

Insyallah ada rezeki Mama share kisah di sebalik tabir perkahwinan Pok dal & Mak Dal ye.

Pok Dal yang segak tengah gabra minum air bergelas-gelas before bertolak ke rumah bakal Mak Dal. Steady lah Pok Dal. Hiiihihihi.... 

~~~~ Lain rasanya bila adik lelaki yang nak bernikah~~~ 


Thursday, 28 November 2013

Homestay D'dilla, Sungai Kelat, Muar ::Pok Dal Bertunang::


Inilah tempat tinggal kita 2 hari 1 malam kat Sungai Kelat,Muor.
Best sebab suasana memang village sangat!  Tenang & nyaman je suasa kat sini.

Jarak homestay ni dari umah kawan Pok Dal tu tak jauh...dalam 5 minit perjalanan naik kereta. So esok majlis pertunangan Pok Dal start pukul 12tghri...makanye pukul 11.55pg pn boleh keluar homestay.  hihihihi... 

Yang penting kat sini, No kesesakan lalu lintas.  :)

On the way to homestay.

Depan homestay ni ade sungai, boleh buat aktiviti berkayak kat sini. 
Jalan masuk ke Sungai Kelat, Muar.



Kampung sangat kan? Mama suke....  :)




Chalet ni Ato' sewa 2 buah. 

Rest House ni ade 2 bilik, siap kitchen. 
Tengok Hakim sibuk kat dapur tu nak tolong ke...nak nyepah?  

Ruang tamu Rest house D'dilla.

Luas juga rest house ni. 

Bilik Rest house D'dilla.


 Kat sini pon disediakan pangkin. 
Tengok Hakim nyorok kat pangkit, main hide  & seek ngn Papa.

Kos 2 chalet 9+ 1 resthouse cuma RM350.00/night. 

Ato sponsor accomodation kita arini. 
Thx Ato...senyum meleret lah Papa & Mama.

~~~ Teringat Mama kat Kg Ato di Batu Pahat  :'(  ~~~~

Tuesday, 26 November 2013

Asam Pedas Parit Jawa: Asam Pedas Murad

Kalau dah sampai Johor maka tak sah lah kalau tak pekena Asam Pedas.
Kedai Asam Pedas Murad ni betul2 sebelah jeti. 

Kedai kayu je tapi...masakan nye marvelous!!! Mak teh yang tak de selera makan sebab pregnant  8 minggu tu siap boleh hirup je kuahnye.


Sonok Pok Dal ye makan FREE.



Hakim with Mak Teh, Pak Teh & Cik Safuan.   :)





Nom~nom~nom~~~~

Ni pemandangan depan kedai Pak Cik Murad

Nom~~nom~~nom lagik~~~

Sedap Mak Teh & Pok Dal layan sembilang.


Ato, Tok Long & Tok Zol makan sampai licin.

Selain asam pedas , kami oder juga menu lain. kangkung ikan masin, telur dadar & sotong goreng tepung. Sotong goreng tepung kat sini memang sedap. Serius...tak berminyak & fresh!

Setiap lauk tu hanya akan dimasak apabila di oder okay... so memang makan panas2 hot from oven. memang terbaik!!! 


Tengok Tok Long Suhaimi makan. Abis seluar pon kena kuah asam pedas. Punye sedap kan. hihihihi...
Warong asam pedas Mak Ngah.

Selain kedai Pak Murad, ada banyak lagi kedai asam pedas area sini,cuma petang ni rezeki Pak Murad kami mai kedai dia.

Perut dah full.  :)

Seronok dapat makan asam pedas Parit Jawa. Event Hakim x dapat makan asam pedas, Hakim makan banyak juga nasi berlauk telur dadar & sotong goreng tepung. 

Abis terbang melayang duit Ato RM190.00 (17 org)  belanje kita kat sini.
InsyaAllah ade rezeki nanti kita mai lagi.



~~Happy mode...perot kenyang!~~