Showing posts with label HR. Show all posts
Showing posts with label HR. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

PENGALAMAN PERTAMA JADI SAKSI DI MAHKAMAH.



Macam ni lah kedudukan saksi dalam mahkamah nanti. Crdt : JCOP

Kisahnya 2 staff kilang tempat kerja Mama ada terlibat dalam kemalangan
sewaktu on the way nak pergi kerja last 2 years. Mengikut pengetahuan Mama, susulan daripada accident tu mereka dua beradik ni nak buat tuntutan kepada pihak yang telah melanggar mereka sebab telah menyebabkan  mereka kehilangan pendapatan dan salah seorang daripada mereka menjadi kurang upaya.

So Mama sebagai wakil majikan kena bagi keterangan pada mahkamah untuk membuktikan dan mengesahkan yang mereka ni adalah pekerja di syarikat pada masa kemalangan itu berlaku.


Sebelum tu,  a week  before hari perbicaraan pihak lawyer telah menghubungi Mama dan menyerahkan SEPINA serta  meminta menyediakan beberapa dokumen.

Sepina. 
Apa maksud sepina ye? 
Macam sedap je bunyi nye kan. 


Sapina tu maksudnya  arahan daripada pihak mahkamah kepada seseorang untuk hadir di mahkamah pada masa yang ditetapkan untuk menjadi saksi berkaitan dengan perbicaraan.
Dalam sepina tu dinyatakan dengan detail tempat, tarikh dan masa yang perlu Mama hadirkan diri.

Dalam case ini,
pihak majikan perlu menyediakan document  seperti surat pengesahan bekerja, slip gaji dan surat kuasa untuk hadir ke mahkamah sebagai wakil kepada syarikat.

Okay tak kisah lah nak sediakan semua dokumen tu. Tapi yang tak syok.
Dalam sepina tu di state kan yang  Mama dikehendaki hadir ke mahkamah pada pukul 9 pagi.

Tapi yang benar sebenar benanye!
Pukul 10... Pukul 11... Pukul 12 pun , case Mama ni masih tak dipanggil naik mahkamah untuk dibicarakan. Letih!

Rupa-rupanya, dalam satu hari ada banyak case yang akan menjalani prosiding di kamar yang sama. Semua dok tunggu turn masing-masing yang tak pasti time nya. Yang pasti semua kena datang pagi. Maka menantilah si pegawai sumber manusia ni kat depan pintu kamar berjam-jam lamanya.

Menunggu bersama-sama saksi, defendan dan palintf dari case yang lain. Sambil menunggu tu boleh lah dengar kisah case orang lain yang tak tau lah betul ke tidak kesahihannya. Sebab dalam hal mahkamah ni  kalau boleh semua pun nak menang kan. Semua nak jadi yang paling benar dan betul. So sebagai manusia biasa , kita dengar je lah. Moga Yang Arif dalam kamar tu nanti akan cuba jadi hakim yang adil di dunia yang semestinya sementara sahaja.

Nasib baik tak jadi cenggini.


Itu baru bab menunggu...lebih teruk lagi bila dah tunggu berjam-jam, end up lawyer inform yang Mama kena balik dan datang semula ke satu tarikh yang lain.

Perhhhhhhh!!!!! Sentap mak nak!


Tak tau lah apa masalahnya tapi memang geram jugalah hati time tu.
Lama dah tunggu sekali kata kena datang ke tarikh yang lain pula.

Masa tu nanti for sure kena tunggu berjam-jam lagi. Saboooo je lah Mama ni.


So kita skip terus lah ke masa prosiding kali ke -2 tu ye.
Sebab kalau cerita bab menunggu ni memang pedih je rasa hati ni. Huhuhuhuhu....

Okay, bila tiba masa Mama dipanggil sebagai saksi.
Fuh... terus dada ni rasa berdebar-debar nak melangkah dalam court tu.

Real!!! Macam yang dalam TV tu suasana dalam court.
 Tapi Yang Arif yang dalam court ni takde pula pakai rambut putih pintal-pintal bagai. Hihihihi... Yang Arif  ini elok je  duduk sopan bertudung.

Benda pertama yang mahkamah minta ialah kad pengenalan.
Lepas dah bagi kad pengenalan, Mama kena baca sumpah pula.

Actually bab baca sumpah ni... Ini merupakan kali ke-2 sumpah macam
ni Mama baca.1st time dulu masa 'hearing' di Pejabat Tanah dan Galian berkenaan pembahagian tanah arwah ato' Mama. Tapi time tu  court nya lain, tak macam ni. Yang ini kena masuk kandang saksi sorang-sorang. Nebes!

Alhamdulillah sewaktu peguam plaintiff bertanya pada Mama,
 Mamadapat jawab semua soalan dengan baik dan tenang sekali. Mama boleh jawab dengan baik dan tenang sekali sebab sebelum prosiding bermula , peguam plaintiff dah personally jumpa Mama dan explain soalan-soalan yang bakal dia tanya dan dia juga turut memberi beberapa soalan yang mungkin peguam defendan akan tanya.

Tapi bila sampai masa peguam defendan bertanya,
tak tau kenapa . Hati jadi gugup. Bila peguam tu sangkal tentang amount-amount
 dalam payslip yang syarikat keluarkan rasa macam blur sekejap.

Dalam hati ni rasa kenapa boleh salah payslip tu?
Kenapa sebelum datang tadi masa double checked dengan lawyer palintiff dah confident rasa semua dokument sahih dan benar?

Adoi... confuse sekejap Mama di situ.

"Puan, betul atau tidak rekod ini Puan yang buat?" 
sambil lawyer tu tunjuk dari jauh slip yang Mama prepare.

 Mama jawab "Ya" then terus dia baca angka -angka yang ada dalam payslip yang Mama sediakan. Bila dia sebut figure tu semua memang Mama jawab "Ya" sebab memang payslip tu syarikat yang keluarkan.

"Kalau dilihat daripada figure yang ada dalam payslip ini,  nilai
 average OT hanya RMxx, tetapi kenapa Puan declare yang nilai overage OT adalah  RMxxx??! Beratus-ratus?"

- lantang bebenor suara lawyer defendan ni kat Mama. Dua tiga kali dia ulang soalan dan cuba dapatkan confirmation nilai yang dia dapat.

Serious! i am totally confuse.
Penat gak otak ni dok recall balik mana silap nye payslip ni? Sama je kot payslip yang Mama dah go tru dengan lawyer pekerja Mama tu tadi. Ermmmmmm.....


Dik, muka adik  ni time confuse pun cumil lah! hihihihi...

Mama biar je dulu si lawyer defendan tu dok sangkal payslip yang majikan Mama dah keluarkan. Dalam hati ni, Mama selawat banyak-banyak.  Mama cuba tenangkan hati dan cuba cakap yang semua ni memang kerja pihak defendan untuk memastikan Mama silap bagi figure dan sekaligus untuk memastikan pihak mereka hanya perlu membayar amount yang paling minima kepada mangsa.

Dan Alhamdulillah... dalam masa itu.
 Laywer palintiff menyerahkan salinan payslip yang pihak defendan bacakan. Masa tu baru jelas payslip tu depan mata Mama.

Rupa-rupanya nilai yang defendan bacakan tu memang ada dalam payslip tersebut. Cumanya nilai yang dibacakan tu bukan nilai ringgit overtime. Tapi nilai jam overtime!
Huh!!!! Sabo  je lah!

"Encik, nilai-nilai yang Encik baca tu SALAH! Nilai ringgit  sebenar ada di sebelah nilai jam OT yang Encik bacakan tadi"

Dang!!!

Hambek ko lawyer. Tadi buat Mama cuak kan. Sekarang rasakan.
Awatnya hang tengok nilai jam ceq oiiiii. Kalau nilai jam memang lah overtime sebulan tak boleh lebih daripada 104jam .

Masa tu baru lah lawyer ni tengok balik payslip and agree dengan nilai OT yang beratus-ratus tu. Gamaknye dia tak perasan kot yang dalam payslip tu ada bahagian yang tertulis nilai jam dan ringgit. Yang Mama ni pula bila orang dah sergah lebih-lebih jadi blur sekejap. Nasib baik Allah bantu, kalau tidak dah rugi dah pekerja-pekerja syarikat dapat bayaran pampasan kurang daripada yang sepatutnya.

Akhirnya selepas berpuas hati, prosiding  selesai  tak sampai sejam pun dan ditunda lagi selepas raya. Pada Mama, tak kisah lah case nak tunda berapa kali pun, Janji Mama dah tak perlu lagi datang untuk sesi tersebut.  Letih lah jadi saksi case ni.

Tapi daripada pengalaman ni, banyak perkara yang  Mama dapat  belajar.
Pertama , sebagai seorang saksi kita wajib jadi jujur dan amanah. Tak dinafikan bahawa peguam akan meminta menukar statement sebab hendak memudahkan kerja. Tapi semua terpulang kepada kita, cuma bila kita cuba berlaku jujur Insyallah jiwa kita lagi tenang dan Allah akan bantu kita menepis kebatilan. Walau di dunia tidak dapat keadilan yang sepaatutnya, yang pasti di akhirnya Allah tahu siapa yang benar.

Selain itu, sebagai saksi case , kita perlu pastikan diri sentiasa tenang dan jangan mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Biar lah pihak yang lawan tu lawyer nya suara macam halilintar pun. Biar lah lawyer mereka garang macam singa time bertanya. Please...please be calm.

Sebab tugas mereka memang nak meng confuse kan saksi.
Kalau boleh apa soalan yang mereka keluarkan tu, mereka mahu saksi jawab 'ya'  dan memastikan kemenangan di pihak mereka. Masa tu kena tarik nafas dan doa dalam hati. Insyallah kita tidak akan terperangap dengan soalan pihak lawan.

Patutlah Atok tak kasi Mama jadi lawyer. Padahal Mama dulu habis SPM memang bercita-cita sangat nak jadi lawyer. Mungkin Atok risau Mama memihak pada pihak yang salah. Apapun Mama bersyukur dengan apa yang Mama ada sekarang. Seronok je jaga HR ni. Dapat tolong orang. Sesuai lah dengan Mama sekarang. Yang penting kita sendiri kena belajar cintakan apa yang kita ada dan hargainya. Sebab Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk hambanya.

Ok lah .
Mama rasa setakat ni je Mama sapat share pengalaman Mama jadi
saksi di mahkamah ni. Ingat, yang penting sebagai saksi kita mesti bersedia.
Buat revision dulu and make sure apa juga butir yang saksi nak cakap tu ada bukti nyata. Kalau nak tau lebih banyak tip sebagai saksi dengan lebih  detail, boleh refer di laman web JKR communities of practise. Sangat informative dan sedikit sebanyak boleh membantu!  Good luck!

~~Cukup lah sekali....tak mau dah jadi saksi~~

Sunday, 2 March 2014

Macamana nak dapatkan medical report kat Hospital Sungai Buloh. Phewwwww....


Alkisah last week Mama ke Hospital Sungai Buloh sebab nak submit claim form untuk pekerja company tempat Mama kerja. Kesian....pekerja ni injured time kerja. Jatuh tersepit celah forklift. (dapat bayangkan tak? serius ngeri! pekerja tu terlantar menjerit-jerit. Tak boleh bergerak.Kesian....)

 Menggelabah juga lah Mama sebab time tu Mama je admin yang sampai office dulu pagi tu. Mama drive kereta office (nasib baik kunci Chery ada dalam locker factory manager & tak lock) bertemankan abang dispatch ke unit kecemasan Sg Buloh. Lepas selesai masuk ke kecemasan & register bagai, Mama balik ke office & factory manager handle teman pekerja tu sampai selesai. 

Alhamdulillah tulang belakang nye tak mengalami kecederaan teruk & tak patah . Cuma retak tulang je. Bersimen dari dada ke pinggang. Dapat lah dia MC 3 bulan & now buat kerja ringan je di kilang. 

After selesai medical baru process claim mengelaim ni bermula.......

So far Mama rasa procedure untuk claim tak lah susah. Firstly kena dapatkan dahulu claim form and checklist. Once dah dapat semua ni senang lah nak prepare document. 


Checklist: Dokument yang diperlukan depands on claim yang hendak dibuat.
Application Form. Bayaran yang akan dikenakan berpandukan pada jenis laporan yang dikehendaki.
 (Refer Part 3)


Mana nak dapatkan semua form dan checklist ni? Mudah je, boleh dapatkan di Jabatan Rekod, Tingkat 3, Hospital Sg Buloh. Yang tak mudahnye ialah nak dapatkan parking. Itu je problem kat sini. huhuhu...

In case nak claim KWSP, Insurance & SOCSO.... mean kena buat 3 application ye. Macam Mama just buat 1 application je. Insurance....

Lepas semua document lengkap, boleh ke Unit Hasil di Tingkat 2 Hospital Sg Buloh. Time nak bayar ni kena tunggu giliran lama sikit ye. Dah dapat resit tu boleh lah photostat kat kedai buku dekat je dengan Unit Hasil ni. Sebab yang hendak di submit hat copy...original kita boleh simpan. Untuk setiap application kena ada 2 salinan resit bayaran ye.

Warga asing kena bayar double= RM80. Dapat 2 resit....
Semua ni kena buat time office hour tau. Lepas bayaran dah dibuat boleh lah ke kaunter pertanyaan dekat lobby hospital. Sebab nak masuk ke Jabatan Rekod tu kena dapatkan pass dulu kat sini. Nanti adalah mak guard or kerani kat situ akan bagi pass. Dah dapat pass boleh le naik ke Jabatan Rekod kat Tinggat 3 nun. Masa Mama kat Jabatan Rekod tu memang tak de siapa pun. So terus lah ke counter submit application.

Kekdahnya, kata clerk kat Jabatan hasil tu, Mama kena tunggu 2-8 minggu baru boleh dapatkan medical report ni. Tak kisah lah lama mana pun nak amik kan. Time nak amik report tu kena bawa surat yang kat bawah ni.

After dah dapat report baru boleh submit ke insurance/KWSP/SOCSO ect....

Boleh juga call dulu Jabatan Report kalau nak tau status application. Refer no permohonan.
Begitulah cara nya nak dapatkan laporan perubatan kat Hospital Sungai Buloh ni. Mama rasa mana-mana hospital kerajaan yang lain pun lebih kurang macam ni juga lah procedure nya. 

~~~ Seronok rasanya dapat tolong orang... Moga segala kerja yang Mama buat ni diberkati dan Allah merahmati anak Mama...Hakim.~~~

Wednesday, 25 December 2013

Tahukah anda tak semua Company tutup during Christmas? Kenapa ek?

Hakim:
Mama, kenapa harini Mama work? Semua orang kan cuti.

Mama:
Mama have to go work. 
Because.... company Mama tak amik cuti Chrismas.
(Bukan saje Chirstmas malah Thaipusam, Awal Muharram, Maulidur Rasul pun Mama tak cuti ye anak ku Hakim.)

Hakim:
Tapi kenapa office Papa cuti Mama?

Mama:
Because office Papa follow cuti-cuti yang dah ditetapkan oleh  kerajaan. Phew...
(macamana ek nak kasi paham ini budak ekkkk...)

Hakim:
Kenapa itu...kenapa ini...blaa blaa blaaa....

=============================================

Apa yang berlaku sebenarnye ye?  
Orang lain cuti, Mama kena kerja. 
Erm.....
Family & kawan2 Mama pun pelik kenapa Mama kena kerja time orang ramai bercuti. Ramai juga yang beranggapan yang Mama  ni workaholic, kerja time cuti then dapat gaji double or triple.

Salah tu.....

Anak ku Hakim..... today Mama kena work sebabkan benda ni ye.

Buku ni Mama beli sebab Mama kena jaga HR . Mama suka buku ni sebab buku ni ada huraian bagi setiap akta. Maklum lah, Mama ni bukan lawyer boleh paham ayat2 law ni.

Akta Kerja 1955 dengan jelas menyatakan bahawa bilangan hari kelepasan yang diberikan kepada setiap pekerja bergantung kepada organisasi tetapi tidak boleh kurang daripada 10 hari setahun.

Min 10 hari ye, kalau company bagi lebih tu bersyukur lah.
Contohnye;

 bilangan cuti umum di Negeri Selangor pada tahun 2014 adalah sebanyak 18 hari.
So , December 2013 Mama akan bagi list cuti ni pada boss Mama untuk mereka thick cuti yang mereka rasa nak bagi pada pekerja. 

Nasib lah kan...untung badan dapat lebih 10 hari. Alhamdulillah next year, dapat lah kami cuti 12 hari. Biasanye  cuti yang mereka bagi ni depands on staff yang ada. Macam company Mama so far belum ada staff Christian so tak ada lah cuti Christmas.

12 hari cuti am diluluskan.

Ada lagi 1 bab nak share, dalam minimum 10 hari yang majikan kena kasi tu pula,
 5 daripadanye WAJIB diambil;

1. Hari kebangsaan (31 Ogos)
2. Hari keputeraan Yang diPertuan Agong (Normally 1st Saturday pada bulan June)
3. Hari Keputeraan Sultan
4. hari Pekerja (1 Mei)
5. Hari Malaysia (16 September :  baru berkuatkuasa tahun 2010)

Erm....dah 5 hari WAJIB amik so balance 5 hari tu lah yang majikan boleh pilih nak ambil cuti yang mana mereka rasa sesuai.

4 hari ni company wajib bagi cuti. Buku ni cetakan tahun 2008, so cuti Hari Malaysia time ni belum kuatkuasa lagi.
So, pada sesiapa yang rasa majikan kejam tak kasi cuti tu, harap jangan melenting. Undang-undang memang dah nyatakan dengan jelas bahawa  majikan ada hak untuk memilih hari cuti yang mereka kehendaki. 

Dan perlu ingat ye bahawa tiada bayaran double or triple jika Mama kerja pada hari yang company Mama tidak declare cuti syarikat. 

Cuma apa yang menariknye tentang company Mama ni, boss setuju untuk bagi EXTRA 2 hari lagi annual leave bagi staff admin. (senyum sampai ke telinga! ngeeeeeeee....)

Terpulang lah nak guna bila. Sometime hari cuti yang company tak declare cuti pun boss bagi balik awal. (ngeeeee...senyum lagik sampai ke tengkuk plak! heheheheh....). Agaknye sebab kesian kot tgk kami ni dok canok kat office sedangkan jiran2 office lain kosong tak keje.

So....harini Mama kerja dengan hati gembira. Lunch time nanti Papa janji nak mai office dengan Hakim. Can't wait to see u Mr Somi & Hakim.

~~~ Agak2 today boss kasi ke balik awal? hihihihi... ~~~

UPDATE: 

Situasi: Boss masuk office pukul 10.30am.

Dialog bermula
Boss: Today u all boleh balik awal.
Aku: Half day ke Boss? (eceeeh...buat2 tanye plak. Hati dah bunga2...)
Boss: Ya...boleh balik awal.

Yuhuuuuu!!! Sonok bukan main ye. Boss lain xde camni kan. Thx Mr Yam.