Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Tuesday, 6 May 2014

Kepulangan Ato-Ato, Jida, Nenek & Moksu from Umrah.

Sori mori...baru dan nak update kepulangan Tok Nenek dari Umrah.
Syukur pada Allah sebab akhirnya kesemua jemaah yang kehilangan passport yang Mama share aritu selamat tiba di tanah air.

 And semestinya macam-macam cerita yang di share sepanjang tempoh kehilangan passport tu. Walaubagaimana pun diharap pihak agensi Kembara Umrah Sdn Bhd akan lebih berhati-hati dan mengemaskan lagi tahap pengurusan jemaah di masa akan datang.

Jida & friends~~~CRDT PHOTO MOKSU

Tak tau ape motif gambar di blurkan moksu...  ;P


Melawat ladang kurma~~~ Crdt Maksu
Bila lagi kan nak dapat Passport macamni. ~~Crdt photo Maksu
Macam kelakar pulak kan... Perakuan cemas. Passport perakuan cemas. hihihihihi...

Ready to balik Kg Merbau Sempak  :)  ~~ crdt photo Moksu


Apa pun...tidak ada apa yang lebih menggembirakan  daripada melihat kedua-dua Ato & nenek Hakim dapat pulang ke rumah dengan sihat dan selamat. Cuma apa yang Mama nampak semua atok nenek & maksu  mengalami  batuk-batuk. Maybe perubahan cuaca yang menyebabkan dorang ni batuk-batuk.

Dalam seminggu selepas kepulangan dari Umrah ,semua dah ok dari batuk cuma Ato MS je yang masih batuk teruk. Risau juga sebab sekarang ni musim penyakit MERS-COV. Mama risau sebab sudah ade jemaah yang meninggal dunia sebab jangkitan MERS-COV ni.  

After 2-3 minggu batuk Ato tak reda after chek up di Hospital Sg Buloh, baru tau Ato  mengalami dan disahkan batuk kering atau penyakit tuberkulosis (TIBI). Erm... pelik juga sebab before buat Umrah dulu check up tak ada TIBI. So sekarang Ato terpaksalah makan ubat selama 6 bulan. Macam maksu dulu, sampai terpaksa extend matrikulasi sebab TIBI.  Ni luckily Ato dah pencen, kalau tidak dapat cuti free ye Tok? hihihihi... Cuma Mama risau sebab keadaan Ato & Moksu tak sama. Ato dah tua so antibodi lemah. Kalau Maksu dulu tak sampai 6 bulan treatment dah elok bebas dari TIBI. Apa pun semoga Ato sihat dan tak miss makan ubat. 

Time kat Madinah & Mecca dalam keadaan batuk tu pun sempat lagi Ato & jida + Atok Kuang & nenek belikan hadiah untuk anak cucu. Segala macam kurma, kacang & kismis tu wajib bawa balik lah kan. Air zam zam pun wajib bawa balik untuk keluarga. Terima kasih sebab ingat kat kami beli hadiah macam-macam. Tapi hadiah paling bermakna ialah doa tok nenek Hakim untuk kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Jida cakap Jida dah doakan Hakim dapat adik.   :)  

Insyallah...Mama & Papa dah usaha. Plus Ato, Jida & Nenek dah doakan. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kedua ibu bapa mertua Mama ni.

Hadiah jubah dari Ato & Jida. Putih suci je kan.



Bila dah beramai ni... tilam pun setting depan tv. 

Over excited!



Kayu sugi dari Atok & Jida. Erm ada bau hapak kayu yang kuat
. Tapi inilah yang digunakan Rasul kita untuk bersugi (berus gigi).
Ikut sunnah Nabi...asal dapat guna sikit tenyeh kat gigi afer berus gigi pun tak pe.  :)




Belah kiri ni gambar kenangan Ato Kuang & nenek di Mecca. Ato macam Pak Arab kan. hihihihi...
Sempat juga Atok Nenek Kuang belikan jubah atas ni untuk Hakim. Paling tak boleh blah... camel pun Ato Kuang belikan sebab Ato tau cucu Ato ni sukakan animal. Camel ni siap boleh gerak & nyanyi lagi tau.

 Hakim cakap lelaki yang duduk atas camel tu Allah sebab bila on camel akan berbunyi lagu ni "Labbaik Allahumma Labbaik..... & lelaki kat camel tu baca Al-Quran.  Silap Mama juga sebab terangkan kat Hakim dulu yang AtoNenek Jida ke Umrah sebab nak pergi rumah Allah. So bila Ato bawa balik camel ni memang Hakim cakap lah yang lelaki tu Allah. Salah tu anak.... Allah bukan macam manusia dan rumah Allah bukan ada di Mecca sahaja. Apa yang Ato bawa ni hanyalah mainan ye. So sekarang bila tanya siapa lelaki tu. Hakim akan cakap lelaki tu adalah Ustaz tengah baca Al-Quran. Macam-macam imaginasi anak-anak ni kan. Silap penerangan inilah padahnya. 

Ustaz naik unta katenye.

Anyway thaks to Atok nenek MS & Kuang sebab tidak lupa mendoakan kita di sana. Terima kasih sebab belikan hadiah untuk Hakim. InsyAlah bila ade rezeki nanti kita pula ke Mecca ye anak.


Monday, 7 April 2014

Pray for Group Umrah 314 : 50 Jemaah Umrah Terkandas. Passport Hilang di Tanah Suci.

Alhamdulillah, 
Rezeki Ato, Jida, Moksu,  Atok and Nenek Kuang mengerjakan umah tahun ni. 
Semua follow Umrah under Kembara Umrah Sdn Bhd yang dikelola oleh Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal Rokman yang selalu bersiaran kat TV sekarang ni. Pemilihan agensi ni  dibuat sebabkan oleh agensi ni terletak sangat dekat dengan rumah so kalau ada kursus mudahlah jika Ato and Jida nak pergi kursus.

Antara faktor paling utama kenapa agensi ini dipilih ialah sebab time ni kitorang percaya yang Ustaz Harryanto akan follow jemaah ke sana. But last minute baru dapat tau yang Ustaz Haryanto tak dapat joint sebab syarat Umrah sekarang.... seseorang tu tidak boleh ke Umrah lagi dalam tempoh enam bulan selepas selesai menunaikan Umrah terdahulu.

 Erm.... ok lah time ni rasa agak sedikit kecewa but
masih boleh pujuk hati. Rasa mungkin bukan rezeki boleh buat umrah dengan Ustaz Harryanto. 

Al kisah.....
 Yang benornye, Mama ingat nak simpan dulu entry ni. 
Ingat nk update after semua dah selamat balik ke tanah air yang dijadualkan pada 5 April 2014 yang lalu but Allah sebaik-baik perancang kan. 

Nak dijadikan cerita pada 3 April,  Jida SMS Mama 
inform yang passport semua jemaah under Kembara Umrah Sdn Bhd hilang. So probably tak dapat balik pada date yang telah ditetapkan.

Ha.... Acaner tu???!!!

Sebelum tu jom kita imbas kenangan kita hantar Ato and Jida ke KLIA pada 26 Mach yang lalu...

Bersolat dulu di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.
Dapatlah dorang solat jamak. Sebab flight ke sana amik masa dalam 9 jam.

Jida, Hakim & Mama.

After solat, terus ke KLIA sebab menurut agent akan ada taklimat ringkas sebelum flight dalam pukul 2 petang di Pintu 5 KLIA. Flight dijangka berlepas pada pukul 6 petang.

But....
Masa tengah dok tunggu tu agent inform yang flight delay pukul 9 malam pulak.
Biasalah....flight memang selalu delay. No hal lah.... at least Mak Ngah Shida and Cik Na sempat jumpa Atok and Nenek Kuang kat airport. Kita pun sempat makan kat food court, KLIA. Tau Foo Fah kat KLIA ni sedap tau.  :)

Jida tengah bercakap dengan Mak Ngah/Mak Teh.
(Mama pun tak ingat...rasanya macam cakap dengan Mak Teh)

Atok & Granny Long pun pergi sama.

Sabar menanti flight delay from 6pm to 9pm.

Otai!

Ato - Ato Hakim yang penyayang

Jida and Nenek Hakim yang caring.

Cucu kesayangan Ato. Tengok tu Hakim kuyup rambut berpeluh. Asik berlari je kejenye.

Moksu and Cik Na.

Beg yang diberi oleh agensi .
Memasing muka happy je kan.
Maklum lah ...mahu memulakan perjalanan menuju Allah. Mestilah happy kan.

After 11 hari Insyallah akan jemput semua di KLIA.
Begitu lah lebih kurang apa yang sepatutnya terjadi.

Sepatutnya mereka dah tiba di Malaysia Sabtu lepas, 5 April 2014 pukul 5 petang.

 Tetapi as we know, kita hanya mampu merancang. Allah jua yang Maha Mengetahui dan Berkuasa.
Mana nak sangka kan semua jemaah Umrah kumpulan 314 seramai lebih kurang 50 orang ni tidak dapat pulang ke tanah air tercinta disebabkan masalah kehilangan passport.

Allahuakbar...
Masa mula-mula Mama dapat SMS daripada Jida mengatakan passport hilang tu. Berderau juga darah. Mama mati-mati fikir yang passport Jida seorang je yang hilang.

But bila tau semua jemaah under agent  ni terlibat sama.
80% hati Mama rasa lega. Mean Jida tidak keseorangan.
Kalau Jida tinggal sorang mau meraung Mama kat sini. Kot Mecca tu dekat macam KL ke Perlis, gagah juga lah pergi amik Jida kan. Ini Mecca...jauh tu.

Persoalan yang timbul;
1. Kenapa passport, bukan jemaah sendiri yang pegang?
2. Macamana lah passport yang merupakan dokument yang sangat penting tu boleh hilang? kecuaian seperti ini tidak sepatutnya terjadi.

Tetapi....

Mama try positive.
Maybe agent tak nak ada jemaah yang cuai atau tercicir passport.
So that better dorang sendiri yang pegangkan passport. Sebab biasanye jemaah umrah ni akan gerak bersama agent, tempoh umrah pun biasanya dalam 2 weeks je so better agent je simpankan passport.

Pasal kecuaian tu pula, Ermm... No comment.
Bila fikir balik masalah misplace ni memang boleh terjadi pada sesiapa pun. Waima Mama sendiri pun kekadang lupa mana Mama letak kunci kereta yang baru je Mama letak.

So... tak guna nak marah agent kan. Benda pun dah jadi so better memasing co-operate untuk cepatkan urusan embassy dan imigresen di Saudi nun.

Tapi kalau benarlah ada unsur sabotaj maka pepandai ler yang terlibat tu menjawab kat Padang Mahsyar nanti ye. Sian kat Atok, Jida,Atok Kuang and nenek...  nasib baik Moksu ada ikut sama.
At least banyak juga news yang kita dapat. Ape taknye, semua benda di Wassap nye.  sampai timbul juga lah isu-isu touching maching antara Mama and Moksu. Hihihihi...

Anyway...Well done Moksu. Sebab bukan semua dapat jadi macam Moksu. Bersama camera DLSR nya menangkap gambar all the makcik and pokcik untuk buat passport. hihihihi....


Tapi sebenarnya terdapat hikmah disebalik kejadian yang pasti memberi keinsafan kepada semua ;

1. Atok, Jida , Ato Kuang, Nenek Kuang & Moksu dapat beribadat dan menambah umrah di sana.
Dapat berlama-lama menjadi tetamu Allah di bumi bertuah tu.

2. Semua cost untuk stay sana ditanggung oleh agent.
 Lepas ni for sure agent  akan lebih berhati-hati manage document. InsyAllah kejadian macam ni tak akan berulang lagi nanti.

3. Rasa bersyukur sebab family kita bukannya stuck di tempat bergolak or tempat berperang,
tetapi berada di tanah suci yang barakah. Maksu inform yang di hari tambahan menjadi tetamu Allah ini,
 Jida berpeluang mencium Hajjar Aswad dan solat sunat di Hijir Ismail. Bertuah kan!

4. Atok & Jida tak perlu susah hati dengan isu catuan air kat Malaysia ni. Ini memang memenatkan. As we know Jida sangat suka masak. Of cause lah penat kalau nak masak tapi takde air kan. Lepas almost 2 month catuan dilakukan di Negeri Selangor ni. Baru Ahad lepas (6 April 2014) kampung kita tak ada air, kena catu selang 2 hari. Hat ni nanti lah Mama citer panjang lebor kat entry lain ye Hakim. Stress juga ler tak de air sampai 2 hari kan.

So Mama harap sangat yang semua jemaah yang terlibat dapat amik kesempatan ni untuk perbanyakkan lagi ibadah di bumi bertuah tu. Mama juga sangat-sangat berharap agar semua urusan berjalan lancar dan semua jemaah termasuk waris-waris di Malaysia ni sentiasa bersabar dalam menangani isu kehilangan passport ini.

Rindu....
Yup....lately Hakim asik cakap rindu kat Jida... Bila nak amik Jida kat airport... bla bla bla....
Ye lah anak...mama faham. Mama pun rindukan Jida and Ato' (dalam hati menangis rindu.... sob sob sob...)

Latest news from Mecca... jemaah InsyAllah boleh pulang ke tanah air pada 9 April 2014.
Semoga semua urusan dipermudahkan, We Miss u!

~~~Semoga perjalanan menuju Allah ini membawa seribu hikmah.
Membawa seribu kabaikan~~~