Showing posts with label treatment. Show all posts
Showing posts with label treatment. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

Blood test + FBS test + Ulser tekak = Seksanye!!!

Innalillah hi wainna ilaihirajiun....

Moga dengan sedikit kesakitan ini akan Allah ganti dengan seribu hikmah. First time Mama terkena ulser tekak. Sebelum ni kalau kena ulser pun kat mulut je , itu pun Alhamdulillah sangat jarang berlaku. But this time Allah nak uji Mama dengan ulser... bukan 1 ulser tapi dengan banyak ulser yang Mama tak boleh kire kat tekak Mama ni.

Malam pun tak boleh tidur dok melayan senggugut Miss Peri & sakit tekak. Bila off aircond rasa panas tapi bila on aircond tekak ni pula rasa kering. Memang seksa. 

Rasa nak menangis pun ade (actually memang menangis dah pun...wawawa....). Papa pun tak dapat tidur lena, Papa cakap Mama ni sakit kali ni macam orang pregnant. Huhuhuu...sedih. (mentang-mentang lah tengah dalam process fertility....huhuhuhu)

Asalnya Mama berjangkit batuk selsema daripada Hakim. Tapi batuk Mama tu takdelah teruk mana pun. Hakim batuk lagi teruk daripada Mama. Tapi sebab Hakim takde ulser so no problem nak kasi Hakim makan & minum susu. Mama memang berdoa janganlah Hakim kena ulser kat tekak macam Mama ni. Azab! Tak pe biar Mama sorang yang tanggung kesakitan ni.

Mulanya tekak pun tak lah gatal sangat even ada rasa macam nak demam tapi  
Mama avoid makan ubat sebab tengah dalam tempoh Miss Peri & Mama risau kalau Mama amik ubat akan menjejaskan result darah yang perlu dibuat semalam.Dah ler  time nak amik darah kena cucuk sampai 3 kali cucuk. 

Adoiii...sakit nurse oiiiii.
 Nurse baru gamaknye... so payah kot nak cari urat Mama ni. Or memang urat jadi kecut time Miss Peri? Entah....  Dah dicucuk-cucuk pelipat lengan  & pergelangan kiri tak jumpa urat. Dicucuk pula pelipat lengan kanan. Tahan je lah....

2 sample darah nak di test today;
i) sample time Miss Peri datang
(perlu buat antara D2-D4, Mama pilih D4 sebab banyak kerja kena sattle kat office di awal-awal bulan ni) &
ii. Fasting Blood sugar (FBS).
Patut kena puasa dari pukul 12 malam. Tapi sebab perit sangat tekak ni, terminum juga lah 2-3 teguk air kosong pagi tu. Halal je lah ye...

(Actually ada gambar snap but tak proper Mama letak kat sini. Kang nampak pula aurat lengan  yang berplaster tu kan)


Kat sini lah Unit Perubatan Reproduktif, HKL. Lenggang kangkung Papa jalan.


Tahan punya tahan sakit tekak...rupanya ulser tu dah kembang biak dengan jayanye kat tekak mama ni. Balik dari test darah di fertility clinic,HKL Mama rasa sakitnye makin menjadi-jadi ditambah pula cuaca yang panas terik. 

Ya Allah...sangat lah seksa. 
Makan tak boleh... minum air rasa macam tekak ni dilalu dek pisau. Sakit sangat.  
Bayangkan lah...time nak telan air liur tu sampai terpejam-pejam mata. 

Bila suluh anak tekak...memang banyak sangat bintik-bintik ulser kemerahan. Kesiannye tekak Mama. Papa terus ajak Mama ke clinic... Doktor bekalkan ubat demam, ubat batuk & antibiotik.  Balik dari clinic kita beli ice cream vanila. Entah lah tapi petua dari doktor kata kalau sakit tekak makan je askrim vanila. Tak kisah lah... so petang semalam terus makan aiskrim... malam  pun makan lagi aiskrim. Hambik! Banyak kali makan aiskrim ni. Hakim pun dapat makan aiskrim.

Pastu Mama just makan ubat batuk & antibiotik. Ubat demam Mama tak makan. Pagi ni Mama bangun tidur rasa macam ok sikit. Dah boleh telan air liur tak de pejam-pejam mata dah.  Plus semalam beli juga Cool Inhaler  Hurix's kat Cosway. So bila rasa gatal or perit...Mama sedut inhaler tu. Lega lah sikit rasa hidung & tekak tu. hihihihihi....

Alhamdulillah.... hopefully cepat lah baiknye. 
Next appointment dengan HKL pada 13.3.2014 untuk buat hysterosalpingogram (HSG) - x-ray. 
Dup dap dup dap pula rasa hati ni. Moga semua berjalan lancar hendaknya.

~~~Balik kerja nanti nak makan lagi aiskrim.  Suke!~~~ 

Monday, 17 December 2012

Penangan Wrist Tendonitis


Alhamdulillah... 
Allah sayang Mama..lepas 1 ujian... kali ni 1 lagi ujian Allah kasi. Kali ni mama di uji dengan masalah Wrist Tendonitis (WT)

After about 2 month , akhirnya tanggal 3 Dec yg lalu berakhirlah masalah WT . 
Mulanye rasa mcm sengal2 kat pergelangan tangan. Mama perasan lately ape je barang Mama pegang tiba2 akan jatuh. Mcm hold tak kuat. Makin hari rasa sengal tu makin kuat & end up Mama nak berus gigi & pakai baju pun tak boleh. Sesekali bila Hakim or Papa terlanggar tangan Mama pun Mama boleh nangis sebab kesakitan tu...sakit yang amat. Rasa macam otot pergelangan tangan tu koyak. Letak juga minyak panas but sakit tu macam tak kurang.

At last Mama dapatkan treatment kat Hospital Sungai Buloh. Ape taknye , Hakim sentuh sikit pun Mama nangis poyo2. hihihihi... Nak makan suap nasi dalam mulut pun payah. So wajib lah kita sebagai umat Islam untuk berusaha untuk merawat penyakit ni kan. Alhamdulillah...Physiotherapist nye  sangat baik dan menyenangkan. Student UiTM yang buat praktikal pun ramai kat sini.

Apa dia Wrist Tendonitis ?

Actly WT ni masalah di pergelangan tangan. Rasa sakit bila nak menggerakkan pergelangan tangan. 

Bengkak takde...tp sakit. 

Haaa..... Itu lah WT. Kalau tak dirawat cepat maka keradangan akan jadi lebih teruk. 

Syukur pada Allah,  dengan 3 kali treatment tangan Mama dah pulih sedia kala.

Rawatan lilin untuk pesakit Wrist Tendonitis
Time treatment ni tangan yang sakit tu kena celup dalam larutan lilin. Mama akan celup tangan Mama dalam larutan lilil tu 7 kali (mean 7 lapisan lilin), celup dari hujung jari sampai ke lengan. (kalau kat gambar atas ni, lilin tu dalam box grey. Ada 2 box) 

Pastu physiotherapist akan balut tangan Mama guna sarung palstik then balut dengan sarung tangan macam dalam gambar atas. Biar selama 45min mcm tu. Rasa lega sangat bila kena balut dengan cecair lilin tu. 

Tapi serius time mula2 1st treatment tu rasa biar betul doktor ni nak  suruh celup tangan kat lilin cair ni? Tapi bila dah celup rasa ok je. Tak lah melecet tangan kepanasan. Tangan pun rasa lega. Kawasan yg WT tu pun rasa relax.  After 45min lilin pada tangan Mama akan dibuka dan dibuang. Phisioterapis akan kasi main tanah liat pula. Dok nguli je lah Mama kat situ untuk 45min lagi. 

Mama tak boring menguli kat sini sebab1 bilik ni bukan Mama sorang je, ramai pateint yang ade masalah fisio akan kumpul kat sini. Ada yang sakit kaki, ade yang mangsa accident pun buat excercise kat sini. Kami boleh berbual dan masa ni Mama rasa penyakit Mama ni ape lah sangat berbanding dengan kesengsaraan mangsa accident & kebakaran yang ada kat situ. Moga mereka ni cepat sembuh dan diberi hikmah yang besar.

Selesai sesi menguli tanah liat, physiotherapist scan tempat yang sakit tu guna mesin electronic. Erm...mungkin nak rangsang electrik dalam otot Mama kot. hiihii....

Last  sekali, physiotherapist akan salotep tangan Mama guna tali biru bawah ni, Mama tanye juga....calour pink takde ke? Nmpk feminin sikit kan. Non hado! hihihi...


Setiap kali after treatment, physiotherapist akan gam tangan Mama cenggini. Good sokmo untuk 1 hour.  
 Begitulah lebih kurang pengalaman Mama dengan WT ni. 3 kali treatment buat activiti yang sama je kat hospital. 

Sesiapa yg kena WT ni Mama syorkan (actually pakar fisio. nasihatkn Mama dl) gunakan pen/pensil gemok untuk menulis. Selalu buat senaman ringin untuk pergelangan tangan n jgn push tangan yg sakit tu buat kerja berat. Phisioterapist tu ade juga bagitau yang masalah ni boleh dan senang berulang. So langkah pencegahan tak boleh diabaikan ye. 

Sampai sekarang kalau Mama rasa sengal sikit pada tangan Mama akan rest & bila nak menaip akan letak stapler kat pergelangan kasi pergelangan tangan tu sama level dengan keyboard/mouse.

Kalau dah mula sengal , Mama akan sapu minyak panas & pakai wrist wrap ni.

Try letak stepler. Syok menaip bila letak stapler bawah tangan ni. Lancar je time blogging.  :)



~~~ Alhamdulillah....Gud Bye to 'Wrist Tendonitis' ~~~~