Showing posts with label tasik. Show all posts
Showing posts with label tasik. Show all posts

Monday, 4 April 2016

Last sport day with Little Caliphs.

Cik Na pun ada  :)

Amboi seronok nya anak Mama tahun ni dapat medal.
Tahun ni last year Hakim bersukan dengan kawan-kawan di Little Caliphs. Lepas ni InsyAllah Hakim akan bersukan di padang sekolah yang lebih luas dan pasti lebih ramai student yang akan terlibat.

Cepat betul masa berlalu. 
Tak sangka dah masuk tahun ke 3 Hakim bersukan dengan geng Little Caliphs.


LC Sungai Buloh aka Kampung Buloh.

Kali ni kita team Kuning. 
Mama terasa macam staff Maybank pula bila pakai tudung kuning gitu. Tiba-tiba rasa rindu pula zaman bekerja dengan Maybank di Sungai Buloh dan Sri Gombak dulu-dulu.  

Kita bertolak ke Stadium Titiwangsa  awal sebab risau jalan jammed di KL. Sampai-sampai tengok dalam stadium masih lengang. Stadium pun masa ni rasa nyaman lagi, tak panas...tak sejuk. Okay okay je tahap tempreture nya.

 Tapi bila semua parents dah sampai, hendak pula time game berlangsung. Panas nye bukan main.  Ditambah dengan keriuhan time acara sukan bermula. Bukan je anak-anak dalam arena. Parent pun sama dalam arena. Adoiiiii, Mama and Cik Na yang duduk paling depam ni pun terhalang nak tengok anak-anak bersukan.

But, semua tu biasalah. Kalau tak...tak seronok.
Ini pun anak-anak bernasib baik sebab dapat bersukan dalam dewan. Sekarang cuaca panas. Kalau bersukan di luar time panas memang lagi lah kesian pada anak-anak.

Amik tentative program. 

Tascher kata:  Registration belum dibuka lagi Puan. 
Berpeluang pilih seat paling depan sebab datang awal.
Dah mula ramai dah. Nampak tak Mama and Cik Na?

Beso beno rambot dia.

Tengok apa tu?

Geng 6 tahun. Actually u all tengah tengok belon yang dilepaskan oleh Tc Fari time perasmian sukan. Belon tu tersangkut kat bumbung dewan. Tu yang semua dok mendongak ni.

Tunggu turn nak sukan dengan Papa

Mana Papa?
Sebelah Kg Buloh, Kg Selayang. Team biru.

Untuk acara tahun ini, Hakim dan student 6 tahun yang lain akan bermain baling selipar dan berterompah bersama parents. 

Mama share video ye. 
Hebat betul Hakim, sekali je baling dah runtuh dah menara selipar tu dibaling.
Masa game pakai terompah, Papa je yang seronok ber game. Hakim muka serius je. 
Hihihihi....





Habis majlis, konon nak cycling. Hrmmmmm... harapan je lah anak oi.
Perut memasing time ni dah lapar. Tambahan pula rasa panas berbahang. Memang rasa nak cepat je naik kereta and on aircond laju-laju.

Dapat lah Hakim tiup belon kejap kat tepi Tasik Titiwangsa tu.
Then terus vrooooommmmm laju balik Sg Buloh.

Belakang tu Stadium Titiwangsa.

Cik Na  :)   
Main baloon.


Kan dah kata... Papanya yang lebih. Hihihihi...
Ok, for more photo. Mama tepek video kat sini je lah ye. 
Tak de lah berjela panjang entry ni dengan photo. 
Syok juga guna aplikasi VivaVideo ni.

Enjoy   :)


~~~Tahun depan dah darjah 1~~~

Wednesday, 25 February 2015

Cuti Tahun Baru Cina buat apa?

4 hari straight cuti tahun baru cina tahun ni. Start from Thurday membawa ke Sunday.
Macam lama je kan cuti tu, tapi bila dah masuk Sunday semuanya rasa macam kejap je dah nak masuk kerja , nak hantar Hakim ke school. 

Itu lah... masa terasa sangat pendek. Rasa kejap sangat.
Papa pesan kat Mama yang sebenarnya masa tak pernah pendek.
Masa sama je... 1 hari 24 jam.
Dari dulu sampai sekarang, memang itu lah yang dah ditetapkan untuk kita umat manusia ni.

Tapi... kenapa kita rasa masa macam tak cukup. Masa tu jadi makin pendek ke?
Actually... Papa kata, kita sendiri yang menyebabkan masa iu jadi pendek, tak cukup.
Jadi pendek sebab kita ni terlalu sibuk dengan hal dunia.

Terlalu sibuk nak kejar masa. Sudahnya masa yang ada tu terasa pendek. Bayangkan kita sibuk kejar masa, sampaikan  masa yang kita ada in between masa yang dikejar tu kita abaikan or tidak disulami dengan amalan soleh maka masa yang dikejar itu saja lah yang kita dapat. Maka demi masa... jadilah kita ni orang yang rugi. Kita tak nak jadi orang yang rugi. Mama nak Hakim sentiasa jadi orang yang beruntung. Untung dunia...untung juga di akhirat.

Jadi setiap masa yang ada itu sebenarnya sama je ye Hakim. Mama ada 24 hour, Papa ada 24hour, Hakim pun sama juga. Kita kena seimbangkan 24hour yang ada tu dengan baik untuk kebaikan di dunia dan bekalan di akhirat nanti.

Ok.. panjang pula mukadimah Mama ni kan. Hihihihi...

Nak share dengan Hakim yang cuti 4 hari kita kali ni kita tak bercuti jauh pun.
Papa and Mama dah set kan.... cuti ni kami nak ratakan tanah depan rumah kita secara berdua-dua an. Hihihihihi... Jimat tak payah upah orang. Badan pun jadi sihat sikit kan, keluar peluh.

Tapi tak kan nak duduk rumah je 4 hari kan?
 So kita decide nak beriadah di Taman Botani, Shah Alam pada hari Sabtu lepas.
Bukan kita bertiga je, Mak Ngah and Cik Na pun follow sama.

Pukul 8.30am macamtu kita bertolak dari rumah.
 Hajat dihati nak ber cycling togather-gather. Seronok kan kalau dapat cycling ramai-ramai ni. Walaupun Mama sedia maklum yang Mama ni bukan nye larat sangat nak naik bukit kat situ.


Kat car park, Hakim excited nak cycling. 
Sampai kat car park ( bayar RM3/car) tengok dah banyak kenderaan kat situ. 
Risau juga basikal habis kan.
Mama ingat kita ni dah paling awal lah sampai kat sini tapi ada yang lagi awal ek.

Lepas bayar tiket and amik map kita terus ke tempat basikal.
Nampak banyak lagi basikal. Lega.....

Tapi....
Yang banyak tu basikal for single rider. Yang ada carrier habis!!!
Sadis nya.

Nak tak nak kena redha lah kan.
Yang dapat ber cycling cuma Mak Ngah and Cik Na.




Hakim, Mama and Papa just jalan kaki turun naik bukit. Tak terkilan sangat sebab kita pernah ber cycling kat sini before this last 2 years. Hakim ingat lagi kan... seronok sangat Hakim dapat naik basikal dengan Papa time tu.

PERTAMA KALI BERBASIKAL DENGAN PAPA

Walaupun kali ni Papa tak dapat bonceng Hakim, tapi Hakim happy je.
Asal dapat berjalan kan siapa tak happy. Asal penat berjalan je, Hakim minta Papa dokung. Macam gambar kat bawah ni.

Asik minta Papa dokung je kerja nya. Patut nya bawa je skuter Hakim kan. Boleh ber skuter kat sini in case besikal habis kan.



Oleh sebab kita ni just berjalan kaki so kita tak dapat jalan jauh ke dalam. Penat kot Papa asik nak berdokung je Hakim ni kan.

Tapi dapat lah juga kita ke taman haiwan. Cuma animalnya tak banyak. Ada kuda, rusa, landak and burung je kat sini. Ala-ala mini zoo gitu.  Rasanya kalau pihak pengurusan tambah aktiviti animal feeding pun bagus. Seronok sikit kan. Plus dapat jana pendapatan diorang juga.


Peacock ada 2 ekor

Layan.... sesuka hati deer feeding. 
As mention, memang kita  suka bagi binatang makan. Hakim just amik rumput luar kandang and try to feeding the deer. Amazingly... 2 ekor deer ni mai dekat and makan rumput yang Hakim sua kan dari luar pagar. Mak Ngah and Cik Na pun melayan Hakim dok cabut rumput kat luar pagar tu.

Feeding animal ni macam terapi juga. Rasa best je.
 Walau tak berbasikal tapi kita manage juga sampai ke Taman Iklim Sederhana Empat Musin ni.
Naik tram yang disediakan pihak taman. Free je. Boleh naik banyak kali pula tu.

Sampai kat rumah 4 musim ni kita berempat dapat masuk... FREE.
Hari kita datang ni last day musim sejuk. Tak tau kenapa free...maybe sebab last day musim sejuk kot. Kata pengurusan kat situ, esok diorang nak mula design untuk musim bunga pula.

Ini Papa yang tiru aksi anak, anak dok kangkang...Papa follow. Hihihihi...

Serius sejuk! Sampai anak panggil pun Mama buat dekkkkk je. Hihihihi.

 Nak terbang ke mana tu Mak Ngah? Ke Kaherah? Seoul or Paris?  :)
Umur 5 tahun... Hakim tinggi antara pusat dan dada Mama. Tinggi!

Senang hati...

Ada rumah mini
Berpeloh- peloh!
Puas hati juga lah berjalan dalam taman botani ni.
Yang penting Hakim happy.  Almost 2 hour juga kita me round taman ni.
Time nak turun , Mama merasa lah juga naik beskal Cik Na. Hihihihi...

Lepas pulang kan semula basikal kita terus ke Tasik Shah Alam.
Perut dah lapar!

Oh ye...untuk maklumat lebih detail tentang harga tiket, harga sewa basikal dan tempat menarik di Taman Botani ni boleh lah klik je kat sini.  

And make sure kalau nak berbasikal yang ada carrier untuk anak tu, datang lah di awal pagi ye.
Pukul 8.30am tu kalau boleh dah cengoi kat sini, kalau tidak... melepas!

Syok juga makan tepi tasik ni.
 Lama dah kita tak dok picnic tepi tasik Shah Alam ni kan.
Tengah hari buta memang tak ramai orang kat sini. Walau pun panas tapi picnic tepi tasik... bawah pokok..angin kebetulan kuat. Pehhhhhh... terbaik sangat.

Papa siap boleh lelap kejap lah.

Makan apa yang ada je.
Mak Ngah masak macaroni goreng. Mama buatkan sandwich tuna je.
Hakim macam biasa makan sikit .. main yang lebih.



Papa ready nak zzzZZZZz

Cik Na melayan Hakim main kat playground.

Sekian lah kisah aktiviti 1 hari di Shah Alam.
Next trip???

Hrm... dah ada dh ni. Hotel pun dah siap-siap booking.
Insyallah.... sampai lah nanti kita ke sana ye.

~~~~~ Bila kerja ni... ingat nak cutiiiiiiiii je~~~~






Wednesday, 24 December 2014

Tasik Titiwangsa for wedding


Assalamualaikum, today Mama nak share tentang aktiviti hari Sabtu kita bulan lepas. 
Kita ke Tasik Titiwangsa untuk menghadiri majlis perkhahwinan sepupu Papa.

Serius Mama baru tahu DBKL ada menyediakan perkhidmatan menyewakan tapak Tasik Titiwangsa ni untuk wedding. Maklum saja lah, seingat Mama last sekali Mama ke tasik ni time Mama umur 7/8 tahun macamtu. So memang tak tau yang kat sini boleh buat wedding and ada banyak aktiviti yang boleh diadakan untuk seisi keluarga.

Biasanya wedding orang buat kat rumah or dewan kan. But kali ni orang buat kat tasik. Memang cantik lah kan sebab betul-betul near the lake.

Kiranya nak amik gambar outdoor after wedding pun senang kan. Sebab dah ada lake and taman yang indah. Kiranya macam  concept garden wedding lah.  And paling penting tempat parking pun banyak.

Masa hari wedding sepupu Papa ni, Mama nampak ada lebih kurang 4 wedding diadakan kat sini. Kiranya ramai lah orang tau pasal kemudahan sewa tapak wedding kat DBKL ni kan. Mama je yang tak tau. Hihihihi... 

 Mama ada  tengok kat laman web DBKL ada state rate untuk sewa tapak dan kemudahan di sini. Pada Mama sangat murah. Rasanya lagi murah daripada sewa dewan. Bezanya kalau kat dewan tu tertutup and ada aircond. Kalau kat sini open wedding lah ye. 


First time bawa Hakim ke Tasik Titiwangsa



Hakim with Pak Teh and Mak Teh




Wedding sepupu Papa, theme pink. Nampak kan kemah pink tu, kat situ lah tempat makan & pelamin.

 Okay, dah alang-alang sampai di Tasik Titiwangsa ni. Boleh lah ber paddle boat se round. Kebetulan tempat boat tu memang sebelah je tapak wedding tu.

Sewa 1 boat ni murah je, RM3.00.
Boleh naik up tu 5 orang. Kayuh lah boat tu maximum 30 minit ye.


Safety first.
Papa , Hakim and Cik Na


Nampak tak ada kemah  color red kat belakang tu. Itu pun kemah wedding juga. 
Kalau nak buat wedding kat sini kena buat banner besar-besar sikit. Sebab risau tetamu silap masuk kemah orang lain. Hihihihi...

Tinggal 1 boat, semua boat fully vacant.

Pak Teh & Mak teh asing boat dengan Hakim. Nak privacy sebab masih dalam mood pengantin baru.  :)



Nak rolling2 dalam belon besar pun boleh., but not for today ye Hakim.
Actually banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Titiwangsa ni. 
Cumanya masa je tak cukup sebab kita ke sini pun dah hampir pukul 5 petang.

Masa on the way balik tu sempat lah pusing-pusing tasik naik kereta je. Boleh nampak orang berkuda, main kereta control, jogging. Ishhh.. macam-macam lah.

Nenek tak mau naik boat. Nenek nak jaga kan beg.  :)

Nanti ada kesempatan kita ke Tasik Titiwangsa lagi ye.
 Time tu no baju kurung lah sebab Mama pun teringin nak tunggang horse. Macam harini Mama teman nenek je. Tapi next time, Mama pula nak paddle boat ye. 

~~~  Time couple dulu tak de dating kat tasik  :)  ~~~