Showing posts with label merdeka. Show all posts
Showing posts with label merdeka. Show all posts

Monday, 2 October 2017

Anak zaman merdeka


Mama tak sangka tahun ni Mama jahit kan baju untuk Hakim sempena sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. Betul-betul tak percaya yang baju tu juga akan jadi hasil yang  sangat cantik.

Tapi yang sebenarnya, semua penghargan ni kita kena bagi kat Jida. Jida yang beria nak buat kan baju untuk cucu sulungnya ni. Bila Jida tahu yang Hakim nak masuk pertandingan ni, Jida push Mama belikan bendera. Kalau ikut kan hati Mama, malas je ni. Hehehehehe...

Jida kata, biarlah Hakim masuk pertandingan tu. Sebab Hakim sendiri yang nak masuk. Besides, Hakim masa ni tak reti malu lagi nak posing-posing memperagakan pakaian. Nanti dah masuk darjah 2 maybe dah tak nak kot masuk acara macamni. So... Jida kata Mama kena support Hakim masuk acara ni. And Jida lah orang kuat yang menyekang mata dok jahit baju merdeka Hakim ni tau.

Mama???
Mama tolong sembat flag yang kat seluar tu aje. Hehehehehe...
Dah itu je Mama pandai buat. Plus design, Mama yang bagi idea kat Jida tau.


And

Tara!!! Ini lah hasil nya!

 Bendera bergerak yang hensem. Kekekeke...



Jida pagi-pagi datang rumah kita nak siap kan Hakim.

Kos buat baju ni tak lah mahal. tak sampai RM20 pun.
Mama beli 2 helai bendera bersaiz sederhana, and 1 bendera kecil.
Bendera -bendera tu Mama and Jida gunting and then jahit di atas kurta lama Hakim. Alaa...kurta time Hakim 5yo dulu. Ha.... Jahit je kat baju tu. Baju tu pun sebenarnya dah kecil. Bila pakai fit juga. Ok lah... boleh buat pakai sekali. Next year kalau Ofa or sepupu-sepupu Hakim yang lain nak pakai pun boleh. Rasa nak simpan buat kenangan baju ni. Sentimental value tu.


Andy Wyra Mama  . Ini bahagia belakang baju. Ala - ala kain terbang gitu. Macam superman tu.... Hehehehe



Andy Wyra bersiap!

Alhamdulillah.
Dapat naib johan acara pakaian beragam sempena bulan kemerdekaan di peringkat sekolah agama. Dapat stationary. Hakim kata yang nombor 1 pakaian nya siap ada songket and tengkolok. 
Wah!!! Hebat!!! Super rajin betul Mama pemenang tu. Mama nak sembat songkok tu pun rasa perit tangan. Tu yang akhirnya , mama gunting and tampal je terus moon and star kat songkok tu. Hehehehehe...

Mama tanya, nanti hari kemerdekaan di sek keb nak ke masuk bertanding lagi?
Tak nak.

Ha.... agaknya dia dah terasa malu kot dok peraga kan pakaian atas stage. hehehehe....
Apa pun Mama nak ucap tahniah buat Hakim sebab berani nak masuk bertanding. Betul lah kata Jida, selagi anak tu nak buat sesuatu yang tidak bahaya. Elok lah kita as parent support anak tu. Ini tahun depan confirm dah tak nak masuk kot acara beragam. Maklumlah... dah abang-abang. Heheheheh...


Tahniah.
~~~ Bukan baju je beragam. Perangai pun beragam-ragam~~~


Tuesday, 2 September 2014

Bingka roti pandan merdeka dengan kuali ajaib.

Salam kemerdekaan buat Malaysia untuk tahun yang ke 57.
Alhamdulillah tahun ni Merdeka jatuh hari Sunday so street 3 days kita off kerja & off school. As Mama & Papa dah promise , cuti kali ni  nak bawa Hakim tengok dinosor kat Discoveria. 

Hoooreyyyyy!!!! 
Tapi hajat tak kesampaian sebab ni....

Pecah bibir atas & bawah. Tak bengkak sebab cepat letak ice. 

Kesian Hakim jatuh time nak bayar breakfast kat Warong Nafas Baru hari Ahad lepas. Tak apa lah anak... tak ada rezeki nak ke Discoveria kali ni. So di free time yang merdeka ini Mama buatkan bingka roti special untuk Papa & Hakim. Senang je buat bingka roti ni. Just guna pemanggang ajaib yang dah berbulan tak guna ni kan. Sekejap dan jimat letrik!

Bahan-bahan yang Mama guna kali ini semuanya yang sedia ada di dapur aje;

Roti Gardenia  7-8 keping 
Butter 2 sudu kecil
Gula perang 5 sudu besar
Telur 2 bii
Santan 200ml
Air Pandan 200ml ( blend dan tapis)
Asen vanila 1 sudu kecil
Secubit garam
Cinnamon untuk tabur atas bingka. Ia membangkitkan aroma bingka. Baunye, Ya Allah..sedap!




Cara penyediaan senang je Hakim,

Carik kan roti dan masuk kan terus dalam kuala ajaib. 
Then sediakan bekas untuk satukan kesemua bahan-bahan lain di atas dan kacau dan pukul sehingga sebati. Mama guna pemukul manual je. Kemudian letakkan bahan yang telah dipukul tu ke dalam kuali ajaib beroti. tadi.  Biarkan roti tu kembang sekejap dalam 2-3 minit macamtu then Hakim kena tekan-tekan sikit roti dalam kuali ajaib tu bagi rata dan padat.

After that Hakim boleh lah taburkan cinnamon atas bingka tu and pasang api untuk proses memasak bingka. 
Make sure pasang api paling kecil dan perlahan. After 15 minit balik kan je kuali ajaib tu untuk masak side bingka yang bahagian atas pula.  Masak dalam masa 15 minit lagi.

Overall tempoh masak 30 minit. Masa dia bakar ni.... Bau cinnamon tu yang sedap! Tak sabar-sabar dah Papa nak makan bingka roti ni. Serius sedap betul aroma cinnamon ni.

Bila dah siap masak biar kan bingka sejuk baru lah boleh potong dan dihidangkan. 
Tips nak tau bingka kita dah masak elok ke tidak. Cucuk bingka dengan menggunakan garfu or pencungkil gigi. Kalau masa kita tarik garfu/ pencunggil gigi tu elok bersih tiada tepung melekat mean bingka or cake tersebut dah masak elok.


Roti ini akan bertukar jadi bingka sat lagi.   :)

Cantik kan hijau pandan. Berseri-seri cantik dipandang. Last sekali baru tabur cinnamon. 


Tuuuuuu dia... Bingka roti pandan merdeka! Masa memula buka kuali  kemain kembang gebu bingka rotI ni. Dalam 2 second terus jadi slim! Hihihihi....

Senang je kan buat bing roti ni. So lepas ni kalau ada roti yang dah nak or baru expired 1 hari jangan teus dibuang. Boleh dibuat bingka macam Mama buat ni. Kalau tak sempat buat, Hakim simpan je dulu roti yang dah  expired tu dalam fridge so that bila ada free time boleh lah guna roti tu untuk buat bingka. Tak adalah membazir kan. 

Papa kasi thumb up kat bingka roti merdeka. Alhamdulliah...petang tu makan bersama jiran tetangga. Licin!


Bawa juga Hakim berjalan & menyoping buku di Book Fair di SACC Mall Shah Alam. Dapat masuk Berita Merdeka.  :)
Discoveria? InsyAllah next week ye. Bagi baik dulu biir mungil kamu tu ye Hakim.

~~~ Papa penggemar kuih tradisional. Hakim? ~~~