Showing posts with label iui. Show all posts
Showing posts with label iui. Show all posts

Friday, 23 January 2015

Cubaan kali ke dua menuju IUI


Alhamdulillah setelah almost  3 month berehat daripada apa-apa treatment , kini hati Mama terbuka semula untuk menyambung treatment di  Hospital Kuala Lumpur.

Kalau nak di ikutkan rasa kecewa last 4 month after treatment gagal memang dah give up dah nak sambung treatment ni. Tapi sebagai wanita, sebagai Mama... semangat memang kena kuat.
Gagal sekali tidak bermakna akan gagal selamanya.

Jadi Mama and Papa nak bagi 1 lagi peluang untuk cuba sekali lagi fertility treatment ini.
Cuma kali ini dilakukan secara rahsia, Insyallah tiada siapa yang tahu tentang treatment Mama and Papa kali ni. Rasanya biarlah jadi rahsia dahulu.

Yes...ato,-ato Jida and nenek pun tak tahu. 
Kali ni memang dibuat secara diam-diam. Mudah-mudahan ada penghujung yang manis untuk dikongsi bersama. Bukan apa, Mama tak nak keluarga kita pun tertempias rasa kecewa and sedih bila IUI tidak dapat dibuat or gagal macam last time.

Mama akan buat dulu treatment and Insyallah bila aa masa yang sesuai baru Mama share dengan Jida.
Mudah-mudahan treatment kali ini membuahkan hasil yang baik di pengakhirannya, Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Jika gagal juga setidaknya kita tidak akan kesal dikemuadian hari. Sebab kita dah usaha. Sebab Allah memang dah plan nak bagi sesuatu yang lebih baik daripada kejayaan IUI ini.

Ya Allah... 
bantulah kami mendapat keredhaanMu dalam usaha mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah.

Amin....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~

First appointment untuk treatment kali ke- 2 
Reproductive  Unit ,HKL.

Macam biasa berat diambil dan Doktor bagi sedikit nasihat agar Mama perlu pastikan berat badan tidak naik and kalau boleh penurunan berat badan mesti diteruskan. Timbang berat time ni 84kgs, erm... kat rumah penimbang digital tunjuk 83.5kgs. Ralat +-1kg tak pe kot....

Tapi sebelum tu Mama tetap kena buat urine test. Kot le mengandungkan.

Ni result nye....     -VE.

Alhamdulillah... negative tu ada hikmah ye.
selesai sesi consultation , Doktor bekalkan Mama 10 biji Duphaston untuk dimakan selama 5 hari berturut-turut. 

Mama dikehendaki datang semula ke sini bila hari Period ke 2 or 3. Kena bawa sekali cooling bag and ice pack. Macam yang sebelum ni.

Sepatutnya Mama dah boleh terus makan je Duphaston tu sebab normally 5 days after habis makan ubat tu Mama akan period. Makna kata  di 2 minggu terakhir Januari boleh lah mula inject perut dengan penggalak telur/folikel. 

Tapi Papa pula ada kursus di Penang. So terpaksa postponed. 
Then masuk February nanti , Mama pula sibuk dengan kerja nak renew permit foreign worker bagai so tertunda lagi nak makan Duphaston. Ye lah kan orang kata kalau nak pragnent ni tak boleh stress. kerja deal dengan immigration ni memang stress to the limit tau. Jadi Mama fikir ada baik kalau Mama postponed je dulu. Kan? Kan? Kan?

Week akhir January , Mama call HKL tanya boleh ke postponed makan Duphaston ni, Mama cakap lah yang Papa tak ada kena outstation lah , itu  lah... ini lah...Pastu cakapkat nurse kang kalau makan juga Duphaston tu kang sekali telur matang but Papa tak ada , no point gak kan.

Dengan santun nurse jawab yang mereka tak kisah bila-bila pun Mama nak makan ubat tu pun boleh. Janji bila CD2 or CD3 Mama kena datang ke HKL  then baru boleh start inject meng inject ni.

Ha... makanya tu yang Mama boleh suka -suka susun jadual. Susun jadual bila nak Cik Peri ni keluar ye.

~~~ Kena kuat fizikal! Kuat mental!~~~

Tuesday, 7 October 2014

CD21, sah tak boleh buat IUI.


No IUI
Yup . Senang kata injection for 19 days ni tidak berhasil.
TVS last Friday menunjukkan folikel kiri Mama bersize 11mm. Which mean within 5 days with Foliculin 150iu hanya grow dalam 0.5mm sahaja.
Bila scan ovari kanan cengoi 1 lagi folikel besar size 11mm juga. Tetiba je kan, padahal last week scan belah kanan ni tak ada pun folikel yang besar. Semua kecik-kecik. But still... IUI tak boleh dibuat sebab folikel tak mencapai size minimum 18mm. Sedangkan last injection tu pada CD21 so Doktor menjangkakan yang ovari Mama tak react dengan ubat dan misi tidak berjaya.

Doktor kata yang dia boleh minta Mama datang treatment for next cycle and dose up kan injection terus ke 150iu but kaedah tu terlalu berisiko. Doktor taknak Mama hamil kembar berganda-ganda sebab untuk IUI ni satu telur sahaja sudah memadai. Bayangkan kalau dalam 20 folikel tu ada 5 yang matang. Tak ke 5 orang adik nanti Hakim dapat? Doktor kata kalau IVF memang perlukan banyak telur tapi sebabkan hal ni maka Doktor bagi 2 pilihan pada Mama;

Pilihan pertama  
~~~Ovarian Drilling~~~

Cara cepat dan mudah tapi menyakitkan. Nak kena drill kan kalau tak sakit tak tau lah.
Pembedahan laparoskopi akan dibuat pada bawah perut then both ovary akan ditebuk untuk mencederakan ovari. Bila ovari tu dah cedera, hormon akan cuba balance untuk memberi laluan kepada process ovulasi. Macam tu lah lebih kurang Doktor consult Mama. 
Mama tanya juga pada Doktor adakah kaedah drilling ni wajib. Kalau tak buat memang tak boleh pregnant ke?  Or boleh jadi masalah lain ke kalau biar je PCO ni? 

Doktor kata Ovary Drilling ni just salah satu kaedah rawatan untuk mendapatkan zuriat sahaja. Kalau tak buat pun tak mengapa tapi bagi pengidap PCO macam Mama ni ... Kaedah Ovarian Drilling ni boleh membantu untuk process ovulasi. Itu je. Kalau Mama setuju, Doktor akan buat surat refer ke Hospital Sungai Buloh sebab Ovarian Drilling boleh dibuat kat sana. Amacam?

 So.... bagi orang yang penakut mnacam Mama ni... 
this option maybe boleh  letak ketepi dulu. Huhuhuhu... Tak sanggup nak di drill. Lagipun Mama and Papa bukan nya tak ada zuriat langsung. Mama dah ada Hakim, so this option tak compulsory.

Kalau nak lebih detail tentang ovarian drilling boleh refer sini.


Pilihan ke - 2
 Diet and come back to HKL after 3 month.

Yang ni cara panjang yang tidak menyakitkan tapi menyeksakan. 
Actually total weight lose Mama selama treatment ni dalam 5kgs ( 88kgs --- 83kgs) tapi masih tak membantu dalam process kesuburan. Kalau Mama tak nak kena drill makna nya Mama wajib turunkan berat badan ke at least 75kgs. Banyak tu 8kg nak kena buang. Memang perang mental  dengan diri sendiri lah Mama ni kalau tak nak sakit. See.... Kan dah kata cara ni memang tak sakit tapi SEKSA! Seksa kot nak turunkan berat badan. Nak kena kurangkan carbohydrate and sugar. 

Termenung sekejap Mama dalam bilik Doktor tu. Mata dah nak berair sebab rasa confuse , rasa sedih, rasa macam tergesa-gesa kena buat pilihan. Dah lah time  tu Mama seorang je. Papa kerja. Takut nak buat pilihan sebab takut pilihan yang bakal dibuat ni akan effect future.

After a while, Mama decide sebulat hati
" No drilling... i choose to diet Doc."

But actually kan that time Mama decide tu... dalam hati Mama ni dah berkaca-kaca tinggal nak pecah berderai je. Hati Mama dah kata ...


STOP !    

No more TVS!   

  No more injection!  
    
Tired enough!



Lepas dapat date appointment ( just procedure nak dapatkan card je...dalam hati dah macam tawar nak jumpa Doctor lagi) Mama terus keluar bilik Doktor and call Papa. Masa tu lah drama air mata bagai. Mama pun tak tau kenapa Mama nak nangis beria padahal masa nak call Papa tu takdelah rasa nak nangis pun. Call nak bagitau result then nak cakap sedih sebab folikel tak grow. Itu je. 

Tapi bila dengar je suara Papa kat corong belah sana tu...rasa sayu pula. Rasa cam menyentap-nyentap lak hati ni. Nak cakap ape dengan Papa pun tak tau nak mula dengan yang mana satu.

Parahkan??? Padahal sebelum ni dah tau dah yang risiko gagal tu ada tapi  apa yang buat Mama rasa sedikit kesal ni sebab kegagalan tu diberitahu sangat awal. IUI tak dan nak buat lagi Doktor dah menjangkakan yang this cycle tak berjaya. Semuanya angkara folekal yang tak matang. 

 

Memikirkan saat-saat kena injection selama 19 hari, teringat-ingat saat Hakim asik gosok perut Mama sebab fikir Mama ke hospital sebab pergi check baby, penat lelah drive mengharung jammed pagi-pagi buta. Semua tu buat Mama jadi stress sebab after all rintangan , end up Mama tak dapat buat IUI. Sedih sangat. 
Biar lah semua orang pandang. Mama tetap nangis sambil cakap dengan Papa. Tapi nangis penuh adap lah... nangis takdelah sampai meraung satu sopital.

Sampai lah di saat ini, Mama masih rasa berbelah bahagi lagi sama ada nak teruskan treatment atau tidak. Buat masa ni Mama akan keep on diet sebab Mama nak jadi lebih sihat and  jadi cantik untuk Papa. 
Biar masa yang menentukan. Mana tau bila date appointment tu nanti pintu hati ni terbuka ke nak pergi kan. 
Buat masa ni Mama tengah tunggu je Miss Peri kot nak menjengah tiba dalam seminggu dua ni. 

Sekian....  HKL adios amigos.

~~~ Kita mampu merancang but Allah know da best!~~~

Tuesday, 30 September 2014

TVS lagi, CD17 ovum masih tidak matang.

Macam biasa, semalam Hakim ke school dengan Mak Ngah. 
Mama tak dapat nak hantar sebab pukul 6AM dah nak ke HKL. Kali ni Mama ke HKL ditemani oleh Moksu. Kebetulan Moksu takde class today. Sampai HKL dapat no 20. Ramai dah sampai awal agaknya. Tak kisah lah... janji sampai on time.

Sampai turn Mama TVS 

Nurse: Folikel Puan tak besar
Mama: Last week scan ada 1 yang besar belah kiri ni nurse
Nurser: Betul tapi yang besar tu pun sizenya sama macam dulu. Tak besar. Puan tengok ye, yang kecik-kecik banyak.
Mama: So macamana ni nurse?
Nurse: Saya akan inform Doktor, mungkin Puan kena sambung inject lagi.
Mama ( Dalam hati) : Kena inject lagik??????

Rasa kecewa sangat bila tengok folikel-folikel tu stop membesar. Dalam 5 hari ni tak kan takde membesar 1 or 2 mm ? Ape silap nye ye? Folikel yang domain tu pun ting tong juga ke?

So fikir punya fikir...  sebab Mama makan ubat  batuk, demam and selsema  tu ke yang menyebabkan pembesaran folikel ni terbantut?

 Tapi Mama dah consult dengan Doktor last week. Doktor inform semua ubat boleh makan cuma jangan makan Antibiotik je.  

Erm... tapi time bersiap nak TVS last week, memang ada nurse  bisik kat Mama jangan makan ubat batuk sebab risau system jadi slow. Tapi dek kerana Doktor kata okay... batuk pun kemain sampai nak terkeluar anak tekak ni. So Mama makan juga lah ubat-ubat tu dalam 3 hari macamtu.

Bila dah jadi macam ni, rasanya apa yang Nurse tu cakap macam make sense pula.
Ubat batuk and selsema tu kan buat kita rasa ngantuk, rasa malas, rasa nak rest tidur je kan. Mungkin simptom tu juga lah yang dialami oleh ovari dan folikel. Kan??? Folikel tu jadi malas nak membesar sebab dilalikan oleh ubat semua tu. Betul tak??? (tetiba Mama ni fe-feeling Doktor plak. Hihihi)

So sattle TVS, Doktor minta Mama sambung injection for another 5 days. Ubat yang sama but dose up daripada 50iu ke150iu sehari. Cara cucuk semua sama je. Lepas amik ubat nurse cucuk kan 1 set Foliculin ni sebab semalam Mama tak ada inject ubat.


Yang menariknya... time nurse tu inject tak rasa sakit pun. Sekelumit pun takde.
Miracle!
Wah... camni hari-hari inject pun takpe. Mama inform nurse yang setiap hari Papa inject mesti akan rasa pedih dan bahagian perut rasa macam membengkak dalam 3-5 minit macam tu. Nurse tu kata , nak inject ni ada skill. Diorang memang hari-hari kerja meng inject orang so skill tu memang power lah kan. 

Balik daripada HKL tu sempat juga lah me release kan emosi berdua beradik. Pergi buat reflexology kaki kat Sungai Buloh Mall. Drama juga lah Moksu kat situ menahan sakit di urut.



Petang tu time magrib dapat call dari Papa. Papa accident kat highway seksyen 17 PJ. Berderau darah Mama. Sebab 10 minit sebelum tu Papa call inform yang Papa baru nak gerak balik sebab hari hujan. Papa cakap Papa luka and lebam sikit je. Jalan licin so break pun still motor Papa berjalan. Teruk juga lah Papa langgar Vios amoi kat situ. Pecah bumper and lampu belakang Vios tu. Motor papa tak banyak yang rosak. Cuma malam tadi baru Papa mengadu sakit kaki, sakit badan. Rasa sengal sana sini. Mau tak sakit, Papa cakap Papa tercampak kat tepi jalan. Nasib baik time tu jalan memang tengah jammed. So semua kereta pun slow. Kalau tak.... Nauzubillah.

Apa pun Mama bersyukur sebab Papa tak cedera parah. Boleh lah Papa jadi Doktor Mama lagi. Inject Mama even sakit tapi Mama redha je lah. Tadi Papa ke clinic dapat MC 2 hari. Kesian Papa...  Doktor suruh Papa rehat je kat rumah. Tapi kan...kalau MC tu kena time next appointment Mama kan bagus. Boleh juga Papa teman Mama ke HKL. Nampak gaya next appointment pun Mama kena hadap HKL ni sorang-sorang.  


~~~ Tuhan ku... peliharailah kami dengan kasih dan rahmah Mu~~~


Thursday, 25 September 2014

Menjaga follicle umpama menatang minyak yang penuh. Fuhhhhh...

Macam - macam dugaan nak TTC again ni.
Since 19hb aritu  Mama and Papa kena flu + cough + mild fever .

Punya lah kami ni menjaga kesihatan sebab berharap IUI ni berjalan lancar kan. Mama siap pesan ngan Papa time makan jangan oder air gas or teh tarik. Semua tu sebab nak jaga agar Papa and askar-askarnya sihat. Tapi kita merancang memang pandai... Allah juga punya kuasa menentukan apa yang terbaik untuk hambanya.

Start CD8 sampai lah hari ni (CD13) Mama and Papa on off demam. Mama avoid dari makan ubat selesema and batuk sebab risu akan effect tumbesaran follicle. As mention before kan time TVS CD7 tu nampak follicle banyak, ada 20 tapi semua kecik teot. So risau lah nanti kalau makan ubat kang akan merencatkan follicle tu nak besar kan.

Sanggup tu tahan sakit. 
pening ke ..batuk ke... tahan!
End up...situation become worst. dari batuk biasa... CD10 terus naik ulser kat tekak. Bila batuk tu.... Allah je yang tau seksanya tekak ni.  Malam tu Mama terus demam. Hidung abis tersumbat. Flu pekat! Melekat!  Mama give up juga lah... malam tu telan paracetamol 2 biji. Makan ubat selsema Cetirizine sebijik. Ubat batuk je tak berani nak makan. 

Papa pun macam tu juga. Demam dek kerana tonsil nya bengkak. Elok lah tu kan... bergilir-gilir demam. Dah macam apa dah. Semua yang di plan tak menjadi. Nasib baik Hakim sihat cuma batuk je sikit agaknya sebab berjangkit dari Mama and Papa lah tu. Kesian Hakim. 

Time appointment TVS semalam, Mama redha je dengan apa juga size follicle yang ada.
Almaklumlah... on off demam 5 hari kan.  

So...next entry Mama akan share apa size follicle yang bagai nak rak ditatang tu kan. And Mama ada juga inform gynea pasal demam Mama tu.
Masa tak banyak ni.... sambung later2 ye  :)

~~~ Folicle... besar lah engkau hendaknye ye...~~~




Wednesday, 17 September 2014

Cara inject ubat di perut. ~ Journey to IUI ~


Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.


Today Mama dah ready nak share cara suntik ubat kat perut. Pagi tadi merupakan injection ke-3 Mama.  Injection yang perlu dibuat selama 5 hari berturut-turut ni mesti dibuat pada masa yang sama setiap hari. Mama and Papa pilih pukul 6.30AM, after subuh... suasana pun tenang.

Kali di dibahagian tepi pusat kanan pula. Pedih sikit je... then ok. Mama kan strong macam Hakim  :)

Okay, firstly keluarkan 1 kotak Foliculin dari fridge. Macam Mama ni memang simpan sekali dengan cooler bag dalam fridge. Hihihihi...




Letak semua perkakas dalam piring siap-siap. So senang nanti Papa nak melakukan procedure inject meng inject. 

Foliculin, syringe, jarum panjang (biru) , jarum pendek dan Alcohol swabs.

Then keluarkan ubat dari kotak. Ubat nye macam gambar kat bawah ni.  Yang dalam botol putih tu serbuk Foliculin. Yang dalam botol yellow tu Sodium, bahan untuk dilute kan Foliculin tu nanti. 


Ini lah set Foliculin yang dalam kotak tadi. Setiap kotak ada 2 benda ni.
Next step, amik jarum panjang yang ada color biru yang telah disediakan. Masuk kan kat depan muncung syringe macam dalam gambar bawah ni. Jangan salah amik jarum pula tau. Ingat amik yang biru ni dulu. Gunanya untuk transfer Sodium ke dalam Foliculin. Untuk cucuk kat belly Mama kena guna jaram yang lebih pendek.


Okay, dah sattle masuk kan jarum ke syringe. Proses seterusnya amik Sodium Cloride yang disediakan tadi dan perlu buka penutup botol ikut cara macam Papa buat kat bawah ni.

Perlu di keipak kan penutupnya macam ni.



Be careful sebab botol Sodium ni botol kaca. Next buka pula penutup Foculin. Yang ni penutupnya guna getah je so senang je nak buka.


Then bila both botol dah dibuka. Dengan menggunakan syring berjarum biru , masukkan ke dalam Sodium dan sedut semua Sodium tu sampai habis. Bila dah yakin habis sebotol, transfer Sodium dalam syringe tadi ke dalam Foliculin for dilute process. 

Goncang-goncang sikit then tarik keluar Foliculin terlarut tadi dengan menggunakan jarum yang sama. Make sure semua larutan Foliculin tu disedut tau.

Ubat ni bukan murah. Mama Muiz (kawan Hakim di Little Caliphs) inform Mama yang harga Foliculin untuk 5 set beratus harganya. Mama Muiz pun pernah buat IUI tapi di LPPKN, thats why dia tahu harga semua ni.
Macam Mama beruntung sebab semua ditanggung oleh company Papa. FOC :)






Okay sambung procedure ye....
Lepas dah dilute kan Foliculin tu, boleh lah tukarkan jarum suntikan biru tu dengan jarum yang lagi 1 yang lebih pendek jarumnya untuk disuntik ke perut Mama.

Before suntik tu Papa kena keluarkan 1 dot ubat dari syringe to make sure tak ada gelembung udara dalam syringe. (masa ni Mama dah mula dah rasa seram, takut nak kena inject even dah banyak kali kena inject pun still juga rasa seram sejuk)



 



Next, bila dah ready keluarkan alcohol swab dan sapu pada bahagian belly yang akan di inject. Nurse kata kawasan yang hendak di inject mestilah dalam lingkungan 2 inci dari pusat. Tak kisah lah bagian atas, bawah or tepi pusat but mesti dalam lingkungan 2 inci. Papa kena picit sikit bahagian yang hendak di inject tu bagi lemak belly tu macam naik sikit. (refer gambar Google kat bawah nanti ye)

Bila dah inject tu biar lah dalam 2-3 second then baru tarik jarum dan  swab balik tempat cucuk tu dengan swab tadi.




Masa inject tu bacalah


Pic ni amik dari Google. Bukan perut Mama tau. 
Ha... selesai dah. Senang je kan. 

Tapi masa 1st day Papa nak inject Mama tu adalah hari yang paling Mama risau. Mama risau botol sodium tu pecah je. Risau Papa salah cucuk pun ada. 

Tapi kat sini Mama nak rakam kan jutaan terima kasih pada Papa sebab sanggup inject kan Mama. 
Papa ni fobia dengan darah. Mama salute lah sebab Papa berani nak lakukan procedure inject meng inject ni even Mama tau Papa mesti takut dan risau. Hebat kan Papa Hakim.

Mama and Papa  berharap sangat dengan bantuan Foliculin ni akan menambah baik quality dan size ovum Mama. Masa appointment dengan Doktor di HKL last Monday, Doktor and nurse sempat berseloroh dengan Mama and Papa. Katanya dengan pengambilan Filiculin ni, possibility nak dapat twin tinggi. Nak-nak lagi keluarga kita memang ramai yang twin kan. 

Aaamin.... 
Mama terima je. 
Seorang,ke... twin ke... even kalau tiada rezeki ke-2 pun Mama and Papa redha.
 Yang penting kita dah usaha kan. 


Doktor Zuhaidi :: My private Doktor  :)  :: Gambar 1st day inject dengan Papa.
~~~Thank a lot . Be my Doktor forever  ♥♥♥ ~~~

Monday, 15 September 2014

Foliculin, ubat untuk besarkan size ovum katenya.



Menunggu giliran di O&G, HKL. Ynag beramai belakang tu semua tengah tunggu turn macam kami.

Assalamualaikum....  
nampak dak muka Mama sengeh manis atas ni. 
Sengeh ada makna tu. Sengeh nak mintak inject.

Today Mama keluar Miss Peri hari ke-3 after 5 days habis makan Duphaston terakhir. 
So as plan hari ni kena datang untuk scan rahim dan dapatkan stok ubat yang Doktor dah janjikan semasa sesi consultation last 2 weeks. 

Alhamdulillah as state dalam appointment card, Mama and Papa sampai juga kat HKL ni jam 7.30AM. Jalan elok clear. No jem. Laju je Papa drive. Hakim pula today dah start cuti school so tinggal dengan Jida sementara Mama and Papa sattle kan hal-hal orang dewasa ni.  Hihihi...

Lama juga lah Mama menunggu turn tadi kat HKL. Berjam tunggu nama dipanggil. Hinggakan orang yang sampai kemudian pun dah di panggil tapi nama Mama tak juga dipanggil.
Try juga tanya nurse kanapa number Mama tak dipanggil... tapi disuruhnya tunggu je. Fine... 

Tunggu. ...

Tunggu... ..

Tunggu lagik!!!!

krik krikkk krikkkkk....

Aikkkkk... hilang sabar dah ni
Almost 3 jam dah menunggu ni. Tak leh jadi. Terus Mama tanya sister (nurse) kat situ. 
Rupanya diorang ni ter miss file Mama. Boleh????? Aduhhhh...geram bebenor rasenye.
Miss communication katenye... apa-apa jelah nurse. Nurse pun dah maaf sori mori kat Mama sebab Mama terpaksa tunggu lama. Tak pe lah nurse... saya maafkan. 

Be happy. Nak buang jauh-jauh aura negative.   :)  
Kang tension-tension kang lain plak citer kan. Nak marah pun tak guna. Cuma lepas ni cik kak nurse jangan lah buat macam ni lagi ye. Sian kat patient ni. Kot lah patient tanya  kenapa number skip tu mesti ada sebab. Try lah cek apa yang patut dulu, jangan lah buat dunno terus suruh patient tunggu ye. Kot Mama tak tanya 2nd time tu maybe sampai ke lunch hour diorang ni tak panggil. Padahal file Mama ada je atas meja diorang tadi. Fuhhhh... (deep breath...kasi jiwa tenang. Hihihi)

Ok... lepas je sesi sori mori tadi nurse terus amik berat Mama. 
Then terus buat TVS, Allah... banyak folikel kat ovari kiri and kanan. PCOS...bersarang aktive dalam tu. Doktor juga pesan suruh teruskan diet and senaman. 

Dalam pada tu sempat juga Mama tanya kan tips nak dapatkan baby girl. Hihihi...
Nurse kata kalau nak dapatkan anak girl kena banyakkan makan makanan berasid. 
So siapa nak anak lelaki tu kena lah banyak kan makanan ber alkali pula.
Tapi ni semua tips dan usaha yang kita boleh buat. Allah sahaja yang berhak dan berkuasa menentukan segalanya. Yang penting ada usaha. Bukan senang nak sampai ke tahap ni so selagi boleh Mama and Papa akan cuba yang terbaik. 

After selesai sesi consultation tadi nurse minta Mama amik ubat kat farmasi. Time ni lah gunanya cooler bag yang Papa belikan aritu. 1 jenis ubat je yang Doktor bekal kan. Semua wajib simpan dalam cooler bag.

Foliculin for injection BP 75 iu. 

Doktor bekalkan 5 set Foliculin ni untuk di inject selama 5 hari berturut-turut bermula daripada hari ini. 
Doktor kata ubat ni untuk besarkan saiz telur. Ubat nak galakkan ovum tu matang dengan lebih baik. Harap-harap begitu lah hendaknya.

Tadi dah inject sekali means start esok Papa pula kena inject Mama kat rumah. Nampak tadi time nurse ajar procedure inject, Papa kata macam senang je nak buat. Inject pada waktu yang sama untuk following 4 days ni mesti di inject pada ukuran 2 jari dari pusat. Tak kiira lah nak inject kiri or kanan or atas or bawah or pusat. Ikut selera lah ye. Hihihihi.... Macam tadi Mama inject di belah kanan pusat.
Sakit juga lah...nama pun inject kan.

 Next appointment this coming Friday pula. TVS untuk D7.
Semoga semuanya dipermudahkan.

Comel je kan cooler bag Papa belikan ni. 

Alatan untuk inject


Have to keep it SEJUK.

Balance 4 set Foliculin untuk di inject kat rumah.

Sampai rumah tadi dah siap-siap simpan semua ubat dalam fridge. Ubat-ubat ni kena store dalam suhu 2-8'C ..kena sejuk-sejuk. Jangan pula letak dalam freezer pembeku plak ye. Hihihihi...

InsyAllah esok pagi akan bermula lah sesi Papa jadi Private Doctor Mama pula. 
Alahai.... gerun pula rasanya tapi kena percaya pada Papa. 

~~~cAYok Papa~~~



Monday, 8 September 2014

InsyAllah, September ini Mama IUI

Selamat datang ke Klinik Obstetrik dan Ginekologi

Last thursday punya cerita.
Kita ke HKL lagi untuk meneruskan usaha murni kita. Kali ni ke HKL bawa Hakim and Moksu sekali. Nak menengok wayang lepas jumpa Doktor plannye.

Macam biasa berdebar-debar rasa hati ni nak jumpa Doktor. Mengharapkan perjalanan nak buat IUI ni dipermudahkan tanpa halangan.  Sampai di Infertility clinic nurse suruh Mama timbang berat badan dan ukuran pinggang dan pinggul pun diambil sebab sebelum ni kan Mama overweight so semua ni perlu untuk pastikan BMI Mama mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh HKL. Semua ni wajib sebab kalau tak lepas syarat...tak boleh buat IUI tau.

Alhamdulillah , Pass !
So Doktor decide Mama boleh proceed dengan IUI. Doktor terangkan pasal procedure yang perlu Mama & Papa follow untuk memastikan telur dapat terhasil and IUI dapat berjalan dengan lancar.

Doktor yang consult Mama kali ni bukan Dr Sarah. Dr kali ni merupakan Pakar Gynea HKL. Berdebar juga lah Mama nak jumpa Pakar O&G ni. Bila dah jumpa ternyata Doktor pakar ni sangat baik. Penerangan diberi sejelasnya. Doktor review  history Mama dan inform  Mama boleh skip  makan Clomid sebab last year Mama dah pernah makan Clomid for 2 cycle di Putra Medical Centre, Sg Buloh but gagal conceive. Doktor kata no need buang masa and boleh teruskan dengan suntikan matangkan telur.

Doktor terangkan, Mama akan diberikan suntikan meransang penghasilan dan mematangkan ovum. Dos yang  akan diberi adalah dos yang paling rendah sebab untuk process IUI ni memadai jika ada 1 atau 2 telur matang sahaja. Doktor bimbang jika banyak telur terhasil , kebarangkalian untuk hamil kembar adalah tinggi.  Jika kembar 2 tak pe lagi... Doktor bimbang kembar 3, 4 atau lebih.  Boleh menyebabkan keguguran dan masalah lain katanya. Mama and Papa ia kan sahaja. Doktor lebih tahu kan... Tapi dalam hati rasa gerun juga sebab nak kena inject ni bukan nya aktiviti kegemaran Mama. Huhuhuhu....

Perasaan Mama pada masa dan saat diberitahu yang Mama boleh proceed IUI within this 2 week bercampur baur. Suddenly Mama rasa macam tak ready pula. Rasa takut pun ada. Rasa sedih pun ada bila tengok Hakim yang mungkin bakal ada adik nanti.
Semua perasaan tu bercampur baur. Tapi sebenarnya lebih kepada rasa takut. Takut fail. Takut nak menghadapi kebenaran yang pahit.

Papa? Papa sangat gentlemen. Papa cakap Papa dah lama ready nak ada baby lagi. Kalau boleh Papa nak keluarga kita ni jadi sebuah keluarga yang besar. Kalau boleh Papa nak IUI ni akan di anugerahkan Allah pada kita baby twin! Twin just like your untie Mak Ngah dan Mak Teh. Macam abah Papa... Ato Nahar dan Tok Along Nazar. Tapi kalau IUI ni tak berjaya Papa kata kita kena redha. Sebab Papa cakap Hakim pun sudah cukup membahagiakan Papa. Betul! Hakim betul-betul membahagiakan hidup Mama and Papa. 

Buat masa ni Doktor bekal kan Mama dengan 10 biji Duphaston untuk dihabiskan dalam masa 5 hari. Asid Folic dibaginya lagi 5 papan. Kena makan setiap hari. Next appointment, Mama kena datang pada hari ke-2 period, pukul 7.30am. Huhuhuhu... pagi nyeeeee!!!!! Nurse suruh Mama bawa sekali bekas tahan sejuk sebab nak bekalkan ubat suntik. Mana pula nak cari bekas tahan sejuk ni ek.

Makan time  :)

 So now Mama sedang dalam process nak tunggu period pula. Normally after 2 days habis makan Duphaston ni akan period. Mean probably by end of this week Mama kena cuti lagi lah kan. Doktor dah siap pesan yang within 2-3 weeks Papa tak boleh outstation. Kena sihat. Sebab dalam 2-3 weeks ni kalau telur matang, Doktor akan  proceed  IUI. InsyAllah....

Sambil  tu  Mama meng Google mencari bekas cooler bag.
Google sana sini nak cari cooler bag yang murah dan mudah di usung ke sana ke mari.  Hihihihi...
Banyak jenis cooler bag ada. Dari yang murah ke mahal. Macam-macam size . Macam-macam design. Rambang mata juga lah dibuatnya.

Siap Goole kita ke BabyLand last Saturday. Beli cooler bag Autumnz dengan Ice pack sekali. Murah je...Cooler bag tu baru RM19.90. Macam-macam color and corak available, cantik cute semuanya. Ice pack pula sekotak ada 3 ice pack, harga RM23.90.  Brand Autumnz juga.

Yang lawaknya Mama siap nak pilih cooler bag color pink. Kengkonon nak dapatkan aura  baby girl. Huh! Papa marah tak kasi amik hat pink. Jangan mengharap katanye. Disuruhnya amik color black. Sadis tau! So Mama ni kan isteri Papa yang mithali. Mama setuju amik color black but .... hihihihihi. Pink tu totap ade! Bolat-bolat pink. Kekekekekeke.... Ok lah tu kan daripada amik semua pink kan. Papa tak boleh kata ape...senyum je lah ye. Layannnnnnn....  :)




~~~  Ya Allah permudahkan lah
Mengharapkan IUI berjaya dengan sekali percubaan ~~~



Thursday, 26 June 2014

Infertility Clinic, HKL. Kali ni... Muka ada senyum!

Sonok! Beronok-ronok!!!

After all the test & 
all the pain &
 all the jammed di Jalan Duta
 yang Mama & Papa terpaksa tempoh sepanjang menjalani treatment di HKL.
At last! Ya... at last.....  
Appointment kali ni muka Mama ada senyum!

Serius mencabar perjalanan nak ke HKL dari Sungai Buloh ni. To the maX  mencabarnya sampaikan pernah kami orang give up  nak cancel appointment  HKL pasal tak tahan nak terkucil tapi jalam sesak tak ada toilet nak singgah. Bila dapat singgah toilet, kebetulan pula time tu catuaan air di Selangor -KL makanya pintu toilet di Shell Jalan Duta tu di LOCK plak. Bikin panas je! 
( bila teringat balik peristiwa nak ke toilet ni memang Mama & Papa akan gelak. Pasal nak terkucil sanggup nak gadaikan appointment 2 bulan. Hihihihihi)

Tapi itu lah kan...akan ada ganjaran buat Hambanya yang sabar... Eceeeewaaah!

Alhamdulillah... semua step treatment yang diperlukan, Mama berjaya hadapinya dengan baik. Sakit macamana pun di cucuk di test , Mama cuba tahan. Papa pun sangat supportive, Papa sentiasa teman Mama buat semua test. 

Okaylah, back to the point. 
Appointment semalam actualy to review medical report and test yang Mama dah buat last appoinment 
which are Pipelle test & Pap Smear. 
Bukan apa, after buat 2 test ni last treatment, Mama & Papa ada discus and dah sepakat dengan redha hati if the Pipelle Test & Pap Smear ni  ada problem and solution nya melibatkan operate, Mama  & Papa decide to stop the treatment. 

Ya ... stop just like that.
 Kecewa kan, but itu saja yang mampu Mama & Papa hadapi.
Takut lah. Mama takut nak di bedah-bedah ... potong-potong ni. Mama tak cukup kuat. Mama admit yang Mama memang penakut.

But itu lah kuasa Allah... 
 Allah hanya menguji hambanya sekadar yang termampu oleh hambanya. 
Lalu Allah campakkan kepada Mama & Papa berita gembira ini. 

Semua test adalah BAIK sahaja!
 Doktor Sarah inform dengan muka manisnya yang semua ujian tu 
okay tak ada masalah. Lega hati Mama ni mendengarnya. 



Erm... entry sebelum-sebelum ni Mama ada share pasal Mama kena turunkan berat badan &
 make sure BMI below 35 baru boleh proceed IUI kan. 
Alhamdulillah juga....
 sebab dalam 1 bulan ni Mama berjaya kurangkan berat badan. Tak banyak pun... tapi effect lah kat BMI tu. Hihihihi.... Kurus tanpa produk pelansingan tau. Totally diet ikut cakap doktor dietary HKL. 

Tips??? 
Mama just kurangkan makan nasi. 
Week terakhir before appointment memang sangat lah sikit nasi yang Mama makan. Selang sehari baru amik nasi itu pun sikit giler kuantitinya. Mama banyak makan Tom Yam. 
Tak kisah ler Tom Yam campor ke... bihun Tom Yam ke... ape ke kan. Janji perut kenyang.

 Dan ternyata memang boleh loose some weight. 
But Mama perasan kalau Mama tak amik nasi but makan Kueh Teaw pun boleh tambah berat badan. 
Siyes! So kalau nak makan, Mama akan avoid amik nasi dan Kueh Teaw.

So in conclusion, 
untuk badan Mama ni rasanya boleh kot nak diet tanpa apa-apa product kurus tapi
 kena kurangkan makan nasi and kueh teaw!

Doktor Sarah cakap bagus pada Mama sebab dapat kurangkan berat badan. Dia kata no need penurunan drastic but biar sedikit tapi konsisten. Nutrisi tetap kena jaga. 

Doktor Sarah bagitau yang Mama boleh buat IUI but 
oleh sebab Ramadhan bakal menjengah next week so dia suggest tangguhkan IUI after Aidilfitri. Dia cakap dia tak suggest lah for Muslim buat IUI time Ramadhan. Dan Mama & Papa sangat-sangat lah setuju dengan suggestion Dr Sarah. Pada Mama biar lah lambat. Tunaikan dahulukan puasa yang wajib. Anak itu kan rezeki dari Allah. 

 Sesungguhnya Mama dah banyak dilimpahkan rezeki dan hadiah daripada Allah.  
Mama ada Hakim yang bijaksana... Mama sihat... Mama ada keluarga yang supportive... banyak sangat nikmat Allah kurnia sampai tak tertulis dalam ni.
So apalah sangat dengan berkorban sabar hingga after Aidilfitri kan baru buat IUI. Kita ikut aturan yang ditetapkan. Insyallah ada rezeki mungkin no need buat IUI boleh conceive sendiri. Maklum ler...berat badan dah turun kan. HIhihihihi....

Doktor Sarah ada inform, 
kajian menunjuk kan bahawa wanita yangobes ni,  kalau loose weight dalam 10% daripada berat badan nya. Kemungkinan untuk conceive secara normal adalah tinggi.
(Sila lah terMOTIVATE ye)





Cuma cabaran nya 1 je... Mama kena pastikan berat badan turun dan jangan melebihi BMI 35 untuk teruskan procedure IUI. So raye nanti no more ketupat, rendang, masak lodeh 3-4 pinggan. Kena kawal nafsu! Papa kena jadi Cikgu Discipline Mama time raye nanti. Kita dah usaha sampai had ni. Kena kuatkan iltizam. Diet perlu diteruskan. 

As record, Dr Sarah supply me Duphaston 10biji for 5 days. mama plan nak makan time after Ramadhan. Boleh puasa penuh like last year..like last 2 year...like last 3 year. Hihihih...

~~~Percaya pada diri. Doa... Insya Allah berjaya!~~~



Friday, 21 February 2014

First Appointment @ Unit Perubatan Reproduktif, HKL

Actually sampai di klinik infertility , Hospital Kuala Lumpur, Mama dah imaging 
yang kita kena tunggu laaaaaaama-lamaaaaaaa. Paling kurang nak tunggu jumpa doktor amik time 2 jam.

Tapi tanggapan Mama salah. Dalam klinik ni tak de ramai patient & tak ade sistem number pun.  Bila dah jumpa bilik fertility ( unit perubatan reproduktif) ni terus je bagi surat refer yang kawan Mama bagi pada nurse. Then tunggu dalam 10 minit camtu terus nurse panggil untuk buat blood test & of couse kena buat juga urine test.

As record, time datang ni bukan datang kosong je. Mama kena bawa surat nikah. Untuk process fertility ni Mama & Papa akan di examine kan. Masa Mama & Papa kena amik darah tadi, Hakim pun masuk sekali. So Mama kena bertabah time nurse tu cucuk Mama, harus lah tunjuk brave & strong depan Hakim kan. (tapi dalam hati..... mau nangis!)

Register kat sini, Unit Perubatan Reproduktif.
 Bilik ni agak tersorok/terlepas pandang. Rajin-rajin bertanya kalau tak nak sesat jalan.

Lepas register kat bilik atas ni, nurse minta Mama & Papa ke bilik 14 (untuk pengamabilan darah) , lepas tu Mama kena buat urine test. Wajib test untuk dapatkan slip/pengesahan tidak hamil. Hakim pun masuk sekali bilik pengambilan darah. Dup dap juga lah 



Tempat test blood dengan urine ni kena buat di blok lain. Jalan kaki je ke sana.

Huhuhuhu.... nampak dak result urine tu?


After amik urine, kita just tunggu  dalam 5 minit macamtu untuk dapatkan 
slip result untuk disubmit ke bilik register tadi.

As  expected, Negative.
So proceed lah for fertility process. 


Peneman.....Sabar menunggu.
So bila result urine dah dapat. Sample darah Mama & Papa pun dah di ambil.   
Sesi kaunseling  dan soal jawab antara Mama, Papa dan nurse bertugas bermula. 
Macam-macam soalan ditanya termasuk soalan 18SX. Kemudian barulah nurse tu bagitau secara ringkas apakah method fertility yang mungkin Mama akan jalani. 

Oleh sebab Mama &Papa dah ada Hakim, so normally pihak hospital akan benarkan Mama jalani  process IUI (Intrauterine Inseminasi) . 

Bagus nurse tu, friendly sangat. Penerangan yang diberi Alhamdulillah sangat jelas. Penerangan siap gambarajah.  Then nurse tu bagi Mama & Papa beberapa form kosong dah siap ditandatangani oleh doctor. Rupanya banyak juga step yang Mama & Papa kena buat before boleh proceed to IUI. Setiap step tu bukan boleh buat the same day. 

Today, doktor hanya bekalkan Mama dengan  10 biji Duphaston untuk dihabiskan dalam 5 hari. After that, in a week after habis makan Duphaston tu Mama akan dijangka period.  Then hari ke-2 period, perlu datang semula ke HKL untuk buat ujian darah sekali lagi. Kena bawa form tulisan hijau yang ada tulis D2. No need que, just ke tempat yang sama tadi & buat ujian darah, sekaligus buat ujian gula dalam darah sekali. So 2 forms Mama kena bawa for next appointment nanti and hari ke-2 Miss Peri tu Mama kena puasa sebab nak buat ujian gula.


Setiap helai tu merupakan step/ process yang diperlukan untuk ke IUI. 


Mama start makan malam 21.2.2014. Perlu makan sehari 2 kali. 


Lepas selesai sesi kaunseling bagai, kita ke bahagian kecemasan HKL pula sebab nak buat appointment untuk X-ray-HSG.  Terpaksa tunggu till  2.45pm sebab kaunter X-Ray dah tutup untuk rehat & solat Jumaat. Papa decide tunggu till counter buka sebab bila lah lagi nak ke HKL lagi untuk set appointment ni kan. Erm…merasa lah Papa solat Jumaat kat Masjid HKL, kita dua beranak setia menunggu dalam kereta. Sian Hakim teman Mama sampai tidur tertonggeng kat seat belakang kereta ye.

After solat Jumaat terus vroommm.... laju-laju kita ke X-ray unit. Hihihihi…
Laju camne pun dapat turn no 2 juga.  Tapi tunggu tak lama pun, staff kat sana bagi Mama form & atas nasihat doktor di unit tersebut, mereka bekalkan Mama ubat Prednisolone siap-siap.  Ubat tu dibekalkan sebab Mama ada history demam panas masa Mama age 2 tahun.

 Staff tu kata untuk HSG ni special sikit, appointment mesti dibuat pada hari ke-8/9 period. So day 1 period tu Mama kena call terus X-ray unit ni untuk slot kan nama Mama. (soronok sebab no need que appointment lama-lama,hihihihi )

Menunggu no. giliran nak dapatkan appointment X-ray. No Mama 2002.... 

Tunggu day 1 Miss Peri datang, Mama kena call X-ray Unit untuk slotkan nama Mama dalam appointment hari ke 8/9 Period. Then time tu baru staff akan consult cara makan ubat ni.


Owh…satu lagi good new, Alhamdulillah sangat sebab today 1 cents pun tak de
 bayar pada HKL. Serius!!! Punya berjela kaunseling dapat, test urine & darah bagai but
 no money keluar. Then masa kaunseling tu Mama tanya juga pada nurse tentang kos rawatan IUI ni.

Ya Allah….terima kasih Allah. Cost for IUI di HKL ialah RM 0.00
Sebab Papa kerja dengan badan kerajaan, so  dapat FREE treatment.

Ya Allah…betapa besar RahmatMu pada kami sekeluarga. Yang penting Papa perlu
 sediakan GL untuk HKL ni next appointment.

Tapi kalau bukan kakitangan kerajaan berapa pula cost treatment IUI ni ek?
 Ha… dok nganga gak lah kan. Kot bertingkat-tingkat ke K nye.  
Berderet -deret le angka KOSONG nye.

Mama fikir kalau tak ribu riban bukan IUI lah namanye.

Mama: Berapa ye kos rawatan IUI ni?
Nurse:Kos rawatan IUI cuma bayar RM5 je Puan. Kalau kakitangan kerajaan FREE.
Mama : RM5 tu untuk register ke? Or sampai selesai IUI tu?
 (memang dok fikir yang nurse tu tak bagi total cost pasal murah sangat)
Nurse: RM5 tu sampai selesai IUI Puan.
Mama:   --speechless---

Murah kan.  Mama fikir dalam hati, tak pe lah. Kot Papa tak buat GL pun Mama tak kisah.
 Kita bayar je cost RM5 tu ke HKL . 

Malam ni bermula lah sesi makan Duphaston then Mama kena tunggu je Miss Peri datang untuk step seterusnya.

~~~Semoga perjalanan fertility kali ini dipermudahkan~~~