Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Sunday, 18 March 2018

Lost World of Tambun nanti kita datang lagik!

Aug.2017
Our short vocation before your final exam last year.
Plan asalnya nak ke Port Dickson je unfortunately hotel pula dah full. Tau dah lepas ni kalau rasa nak vocay ke Port Diction memang kena booked awal-awal. Lima enam bulan awal kena booked, kalau tak. Putih mata je lah nak stay hotel yang best sikit di Port Dickson tu ye. 

Lebih menarik, vocation kali ni Hakim yang beria nak ke Lost World of Tambun ni sebab dapat FREE voucher admission, buy 2 adult FREE admission for 1 kid. Cikgu bagi katanya. Hari-hari dia dok tunjuk voucher tu sampai nak naik lunyai juga lah voucher tu dibuatnya.

Bila sampai sini. Mak aiiihhhh...best rupanya. Sesuai lah untuk bawa anak-anak besar Hakim ni. Semua ada dalam satu theme park, 3 in 1. Maksudnya dalam theme park ni ada water park + mini zoo + mainan. Senang kerje kan.  Meh Mama list down bagi lagi jelas ye kenapa Papa kata kita kena pergi ke Lost World of Tambun ni and apa yang kita kena prepare kalau nak pergi lagi ke sini nanti:


**** Parking  dan surau****

InsyAllah parking ada je untuk kita. Memang besar tapak parking diorang sediakan cuma dapat jauh atau dekat je dengan entrance. Jauh sikit pun takpe, exercise bagi warm up sebelum sesi jelajah theme park. Bagus untuk jantung dan elak kaki tu cram time main air nanti.
Surau dalam theme park juga disediakan. Kalau nak berlama-lama main dalam theme park dah tak risau dah nak keluar cari surau, surau berdekatan dengan locker area.

**** Tiket  ****
Harga tiket sangat reasonable ditambah pula Hakim dapat voucher kan so lagi jimat lah duit Papa. Mama dapat tau kalau beli online lagi mudah dan cepat. No need que panjang time nak masuk nanti.
Besides, semua section water park. Air panas sejuk boleh layan, no additional charges. Rumah hantu and 3D show ada bayaran lain ye. Animal kat sini pun banyak dah macam masuk zoo  . Mainan pun bukan sikit-sikit tau. Puas lah Hakim nak tengok and feeding animal.


Siap ada live show and masa untuk berada dalam theme park ni unlimited. Kome nak bantai main ayor dari pagi sampai malam pun boleh. Tiket ni seharian dari pagi sampai ke malam, kalau keluar tak boleh masuk balik ok. Unless stay di Hotel Lost World, boleh masuk sekali lagi at the same day. So Mama suggest kalau  kita nak ke sini lagi kita kena stay di Hotel Lost World. Baru berbaloi-baloi. Kita stay di Heritage Hotel so tak dapat lah previlage tu.

Hakim 7yo but Papa still layan anak macam anak age 5 yo. Tak berat ke anak tu Papa?  Nak tengok tiger show punya pasal.

**** Tram ****

Sebaiknya masuk je sini, naik lah tram dulu. Kasi round kawasan. Senang nanti nak plan perjalanan dalam ni sebab kawasan nya agak besar tau. Bagi anak dan suami tu relax relax dulu dalam tram sambil ditiup angin negeri Perak.

Bila dah naik tram kita tau mana tempat nak naik kuda, nak masuk spider valley, petting zoo dll. So Mama syorkan better sebelum bawa anak-anak main air, bawalah anak-anak ni berinteraksi dengan animal yang ada di sana dulu. Sebab tak syok lah kan basah-basah baju tu baru nak berjalan. Nak naik pony dan main game pun tak akan dibenarkan kalau baju basah. 

Hakim ready nak naik pony

**** Makanan ****

Dinasihatkan kita makan lah kenyang-kenyang sebelum masuk sini ye. Makanan normal lah sangat mahal berbanding harga luar.  Pada yang nak try seludup ayor ke... makanan ke... boleh lah try tapi nak bagitau awal-awal yang masa nak masuk tu. Crew akan punggah habis beg kita ye.  Kalau kantoi depa tak denda....depa suh letak luar je makanan and minuman tu dengan cas simpan barang RM1. Balik nanti boleh amik balik semua jajan kome tu ye.  Heheheehehe... 

Nak beli makanan or boya semua guna token macam gelang kat tangan. Beli masa dah masuk entrance. Boleh topup berapa banyak pun tak kisah , kalau ada balance masa keluar nanti boleh refund balik duit balance tu ye. So no need lah simpan note RM50 dalam poket. Boleh terus topup je kat token. Macam kita aritu  topup RM 100 je kat token untuk perbelajaan 3 beranak. 


**** Swimming suit ****

Kena pakai swimming suit. Kalau takde boleh je pakai baju jenis jersey. Untuk kebersihan dan keselamatan. Kita sama-sama lah ikut ye.  Ade je yang pakai cotton shirt tapi tak semua mainan air mereka ni boleh main unless kamu sanggup tanggalkan cotton shirt kamu tu ye. Mainan slide tinggi-tinggi, panjang-panjang tu biasanya memang kena pakai proper. Kang penat je panjat tangga nak main slide tapi kena turun pasal berbaju cotton.

Kita main sini dulu ye, jap lagi nak mandi di kolam ayor paneh pulak.




****  Mainan  ****

Dinasihatkan kalau nak main  game yang pusing-pusing or kapal lanun berayun tu masa di siang hari sebelum pukul 5pm ye. Sebab petang diorang tutup section ni. Kalau hujan pun diorang akan tutup.

Kita aritu tak sempat main sebab ingat nak main petang sikit, sekali tutup. Sedey...
Yang boat itik kat tasik tu pun sama. next time kita naik awal-awal ye. Hakim sempat naik pony je... boleh lah daripada takde kan. First timer lah katakan kita ke sini. So banyak pincang nye.


Penat lah teuwwwwww


Puas mandi and main, malam juga lah kita baru keluar dari theme park Lost World of Tambun ni. Masuk dari pukul 3pm rasa tak puas.

Sebab tu Papa ngajak lagi kita ke sini nanti. Papa syok berendam dalam kolam ayor paneh katanya. InsyAllah ade rezeki nanti kita ke sini lagi ye. And mana lah tau Papa nak kita stay kat Glamping area dalam theme park tu nanti kan. Hihihihi




**** Lost World of Tambun. Mama bagi 4 bintang****

Thursday, 31 March 2016

Cuti sekolah seminggu, Hakim balik kampung MS.

 Cuti sekolah seminggu pada pertengahan bulan 3 baru-baru ni meriah betul rumah Atok and Jida sebab semua cucu dapat gather lama bersama. Maklum lah Mak Teh lepas sattle check up untuk Hadif di Penang terus berpantang di rumah Jida.

Main air is nombor SATU!



Seminggu Hakim cuti sekolah stay di rumah Jida. Nak main katanya. Alhamdulillah, Allah kurniakan  enam orang cucu pada Atok and Jida. Memang happy lah Hakim dapat main and menyepah toys bersama sepupu sepapat.



 Erm...macam biasa bila dah ramai cucu berkumpul di rumah Jida, rumah Jida akan bertukar tongkang pecah. Pening kekadang Mama tengok, anak-anak ni kalau main bukan main ditonggeng 1 bakul toys. Bila part ngemas, liat!



Comel!


Ini Hadif. Umur 3 tahun. 
Comel pula pakai topi Giraffe Hakim. Hakim kata nak kasi Hadif topi ni sebab Hadif baby kecil. Hihihihi... 

Time Mak Teh berpantang ni, bila ada masa terluang, petang balik dari kerja Mama akan amik Hadif dari rumah Jida sebab nak kasi kawan main dengan Hakim. 

Tak banyak kerenah si comel Hadif ni and memang suka main and buat hal sendiri. Seronok Mama tengok Hadif and Hakim main sama-sama. Tapi... bila ayah dia balik je weekend. Fuh!!! Sombong yang amat budak kecik Hadif ni. Memang  melekat je dia ngan ayahnya. Geram!!!

Pandai Hakim layan adik.

Abang Hakim


Hadif baru bangun tidur.

Cik Meghah paksa Hakim buai laju kerusi. Kemain lagi Cik Meghah ye.
Meh Mama share 1 video Hakim melayan Hadif dan Cik Meghah ye. 
Kelakar Mama tengok gelagat kamu bertiga. Gamaknya kalau Hakim ada 2 adik kat rumah, macam ni lah pesen nye ye.



Hakim tengah rajin, mengemop beranda rumah Atok Jida.

Minggu terakhir Mak Teh berpantang di MS,
Mak Teh sekeluarga decide buat kenduri aqiqah buat baby Naurah Saffiya. Buat time cuti sekolah sebab nak gather sekali dengan Mak Unggal yang jauh di sabah nun. 

Alhamdulillah majlis aqiqah baby Naurah berjalan sangat lancar.  
Mudah-mudahan baby Naurah akan jadi anak solehah dan diberi  kesihatan yang baik ye.

Erm...
 lepas abis cuti sekolah ni takde lah lagi geng Hakim nak main petang-petang. Kesian anak Mama, harap kan hari cuti je lah dapat berendam dalam besen, dapat main berlari ke hulu, ke hilir dengan adik beradik sepupu. Mama harap Hakim akan jaga hubungan Hakim sesama sepupu, sayangi sepupu macam adik Hakim sendiri ye.

Atok bersama jemaah tahfiz.
Kumpulan marhaban sedang interview Hakim.   :)
Simple decoration untuk majlis aqiqah baby Naurah.
Kumpulan Marhaban Nenek Long Imah
Atok pening ke tu tengok gelagat cucu tonggang tonggeng. Hihihi...
Sibuk menyusun lauk.
Sepanjang majlis ni gambar Papa je takde kan.
Yang benarnya Papa memang langsung tak attend majlis aqiqah baby Naurah ni. 
Ramai tetamu bertanya Mama, Mana Edi?

Edi ada, tengah sedap rest je kat rumah . Hihihihi...

Rest sebab Papa demam teruk time ni.
 Ingat lagi tak entry yang lepas Mama cerita yang kita sekeluarga demam bergilir-gilir? 
Ha... time kenduri ni lah Papa punya turn pula demam. 


Kesian Papa...  makan tak lalu. Asik minum air 100 plus je.
Jangan risau Papa, Mama feel u.

Yang penting Papa kena cepat sihat and majlis pula berjalan lancar. 
Sederhana tapi meriah. I like!!!

Adik baru Abang Hakim

Cantik pula jubah Jida. bunga rose seketol seketol.
Selfie sikit dengan baby Naurah.



Sedang elok Papa baik demam. Mama and Papa tunai janji kat Hakim, tonton movie Boboboy The Movie. Lama juga kita tak keluar weekend semenjak kita sekeluarga demam bergilir-gilir.

Best juga cerita Boboboy The Movie ni. Funny and creative.
Kuasa setiap watak yang baik-baik semua upgrade. Lepas tu jalan ceritanya senang nak faham. Keluarga terhibur dan ada moral yang baik dalam story line. 

 

Sempat berhambar dengan maskot Boboboy Kuasa 5!!!

Zootopia World




~~~ Hakim dah tak sabar nak jumpa cuti bulan 5 nanti  :) ~~~

Friday, 10 October 2014

Suri seminggu.

Assalamualaikum anak ku Hakim,
Masuk harini dah seminggu straigh Mama jadi suri rumah sepenuh masa. 
Since Jumaat last week dah cuti TVS kat HKL  , sihat walafiat. Then Sambung cuti Monday sebab AidilAdha. Kemudian sambung lagi cuti 2 hari... MC. 
MC sebab Conjunctivitis.

Ubat mata yang pahit bila lalu kot tekak!

Boleh pula orang dok sibuk beraya , Mama pula sebuk sakit mata. Doktor kata sakit mata ni boleh makan masa seminggu tapi MC 2 hari je dulu boleh bagi. Kalau still merah next 2 days kena datang klinik lagi amik MC. Procedure klinik katanye tak boleh bagi MC lebih daripada 2 hari dalam 1 masa.

Apa-apa jelah doktor. Janji keluar MC ye. Tapi pelik juga lah kot dari mana datangnye jangkit penyakit ni. Kot pasal Mama menangis beria lepas TVS kat HKL last Friday ke mata Mama jadi macamni. Maklum lah nangis teresak bagai, lepas tu sampai rumah pun nangis lagi. Bila Papa balik kerja Jumaat tu... berderai lagi air mata ni. So mata jadi terkejut. Terus merah kot. Hihihihi....

Pepandai je teori Mama ni kan. Actually kebarangkalian berjangkit tu  memang ada tapi daripada siapa? Erm... bila di ingat kan balik last week memang ada seorang staff production datang submit MC pada Mama sebab mata dia sakit. Mungkin form MC tu ada virus daripada dia then Mama pula amik and process kan. Terus lah berjangkit. Aduh.... risiko juga jaga HR ni ye. Orang lain punye sakit boleh transfer kat kita. Huhuhu... Tapi Mama tak salahkan staff tu pun. Mungkin Mama memang dah ditakdirkan nak kena sakit mata sebab sekarang ni pun kebetulan tengah jerebu. Cuaca pula panas. Jiwa pun sama tengah emosi kan so penyakit senang datang. 

Pendek kan cerita after 2 days mata masih merah but kurang lah daripada dulu. Bila ke klinik Doktor suruh sambung lagi MC 2 hari. Haaa.... Mama rasa ni lah MC paling panjang Mama pernah dapat seumur ni. 
Hakim? Hakim pun  kena tempias sakit mata berjangkit dari Mama. Tapi tak seteruk Mama sebab bila nampak je mata Hakim start merah terus bawa ke klinik and sapu ubat titik. 1 hari je mata Hakim dah okay. Alhamdulillah.

Rencana suri selama 1 minggu ni menyeronokkan. Alhamdulillah sakit mata Mama ni tak mengganggu activity harian. Tak ada gatal or bengkak. Cuma merah dan bertaik mata je. So selama seminggu ni segala masa yang ada dicurahkan untuk family kita. Setiap hari masak untuk Hakim and Papa. Boleh buat jeruk mangga se balang and siap boleh tolong hantar Moksu ke Airport lagi, punye lah sihat kan. Hihihihi.... 

Moral of the story... sakit mata dapat MC kan. Jangan datang office submit MC tu. Tunggu sampai mata dah ok then baru submit MC ye. Kalau risau gaji kena potong just roger lah supervisor dulu. Tak pe...kami orang admin ni faham. Huhuhu...

~~~ Feeling syok jadi suri ~~~


Monday, 20 January 2014

Duckling Duck di Tasik Shah Alam.

Kekunonnye ke Shah Alam yesterday sebab nak belikan baju untuk Hakim. 
InsyAllah kita akan celebrate birthday Hakim yang ke-4 this coming Saturday, so ingat nak kasi smart sikit tu ajak Papa ronda Shah Alam nak belikan baju baru untuk Hakim.

Sesambil tu kita ke Tasik Shah Alam. Actually dah lama kita tak ronda tasik, kalau ke tasik ni pun tak penah pula nak ber duckling ni. But yesterday Papa kasi on naik itik ni. 

Harga boleh tahan maheiii!!!
Naik itik RM25 = 1 hour.

Erm...mahei pun maheiii lah... sebab dah janji tadi dengan Hakim, so kena tunaikan. 


Safety First!
Sebenarnya takut juga nak ber duckling ni. First time ni bawa Hakim ber duckling.



Oleh kerana masa berduckling ni panjang, 1 jam tu...
 so kita beli lah air & some jajan. Sambil berkayuh duck boleh ngunyah-ngunyah.



Seronok sungguh Hakim, macam anak raja duduk kat leher duck. paling kesian Papa, sebab kena kayuh  duck round tasik. hihihihi...
Mama as usual macam Queen...duduk sebelah Papa sambil ngunyah jajan. hihihi...
Sorry lah Papa...Mama tak larat nak kayuh. Baru kayuh 2~3 minit dah sempuuuuuuttttt.....


Pemandangan sekitar tasik Shah Alam. Yang tompok-tompok hitam tu, sarang burung. 
Memang banyak burung kat sini, takut juga time ber duckling ni kena yak dengan burung. Maklum lah...Papa memang dah ade sejarah di yak kan burung kat Shah Alam ni. hihihi...
Banyak burung buat sarang. Burung pun pandai...buat sarang nak dekat dengan tasik je. View cantik sikit kan. hihihihi...


Dalam pukul 5pm  macamtu dah ramai datang nak beraktiviti kat tasik ni. 

Cuaca Alhamdulillah elok je. 

Cuma 1 je yang spoil....air tasik ni agak berbau. 



Ponek! Papa surrender awal. Tak sampai sejam pun berduckling. After 45 minit Papa ajak balik. 
Kesian Papa...basah baju berpeluh. Tapi 45 minit pun dah puas hati sangat. 




Sekejap je masa berlalu,  teringat Mama pada zaman Mama jadi student UiTM,
 Shah Alam10 tahun yang lalu. 
Pada masa tu memang dah ada tasik ni but rasanya pada zaman tu belum ada  benda-benda ni semua.

Nanti lagi 10 tahun akan datang apa pula yang ada ye?
Hope bertambah maju Shah Alam ni. InsyAllah ada masa lagi nanti kita ajak Aatif pula ke sini.

~~~ Shah Alam bandar anggerik, but tak banyak anggerik di tanam di sini~~~

Tuesday, 1 January 2013

Pontian: Day 2


Lepas check out bilik, Ato ajak kita ke Tanjung Piai, 
Tanjung Piai ni merupakan selat paling selatan di Asia.  Kawasan kat sini berpaya & susah lah nak dapat tengok kat tempat kita. So memang sesuai sangat Ato bawa kita ke sini, so Hakim boleh kenal apa itu paya, boleh tengok monkey, crab, pokok paya dengan lebih dekat.

Mama percaya dengan memperbanyakkan aktiviti dengan alam akan menjadikan Hakim seorang yang lebih sensitif dan peka dengan setiap cipta Nya..

Belek botol air badak. jida memang suka spare air badak time panas. 
Hakim & Ato
Mama peluk Hakim erat2.... kita kat tengah laut ni anak....

Nak balik dah ni.

Kejap je masa berlalu. Perjalanan 2 hari ke Pontian dengan Ato & Jida memang menyeronokkan. 
Walaupun Ato & Jida jalan lambat2...tapi seronok sebab dapat tengok monkey lama2. hihihihi... 


Cuma, tanpa Papa memang rasa tak lengkap percutian ni. 

~~~Hope lepas ni kalau ada trip macam ni Papa jgn lah bizi2 lagi ye~~~ 


Monday, 31 December 2012

Pontian: Day 1

Alhamdulillah, diberi kesempatan pada Mama & Hakim bawa Ato ke Pontian.

 For this trip , Mama dah booked 2 connecting room kat Hotal Pontian.   
1 bilik untuk Ato & Jida dan 1 lagi bilik untuk kita 3 beranak. But last minit Papa tak dapat joint kita. Sebab tak dapat joint? Ermmmm... sebab Papa ada kerja yang tak dapat dielak kan di ofis.

Tapi xpe lah... as long as kita happy & setiap jam pun Papa kol...so kire kita kasik ampun lah kat Papa.  :)

Actly trip ni sbb nak teman Ato & Jida ke Majlis kenduri kawin anak kawan Ato. Memandangkan kawan Ato ni merangkap Ato pada Mama so Mama rasa Mama wajar ikut ke majlis tu.  

Harga bilik kat sini pun tak mahal cuma RM141/night untuk Superior room. So jom tengok pic kita tanpa Papa ke Johor. But sori sbb Mama langsung takde amik pic time kenduri. 

Layan kan aje lah ye Nak....  :)


Day 1:

Tak banyak nak coret kat day 1 ni... journey from KL to Pontian pun dah makan masa 4 jam. So lepas kenduri & check in hotel. Kita terus rest.


Lena tidur anak ku sayang....
Nampak tak darah kat atas kepala Hakim tu, tu darah Hakim tau. Hidung berdarah time tidur...abis kena cadar. Entah bila nk elok hidung tu ye. 

Tidur lena....esk boleh jalan2 ke Tanjung Piai.   :)


~~ Bahagia bermakna...hepi bersama Hakim & Papa~~. 


Saturday, 7 January 2012

Dalam Kenangan 2010: Cameron Highland: Day 1


Day 1
Percutian kita dengan Family MS. 
Yeay!!!

Sayangnye family Mak teh tak dapat joint. Hakim & Pak Ngah pula fever. Hai lah anak...time nak bercuti Hakim demam ye. 

Tp kita tetap teruskan juga trip kita ke Cameron Highland. Kot bawa berjalan dapat angin baru boleh baik demam kn.   :)

Kita stay sini tak lama pun, 3 hari 2 malam je. Pak Ngah sewakan Homestay (Apartment 3 bilik).



Dengan Jida kat beranda apartment. Kesejukan, sokin pon tak mohlucut sbb sejukkkkkk....


Nangis nak minta dukung.

Masa ni Hakim baru nak belajar tatih. So asik jatuh bangun. Bila kaki jejak lantai kan sejuk, tu yang give up nak tatih. Ditambah pula dengan demam...asik nak berdukung saje lah kamu anak.

Hari pertama ni tak banyak sangat aktiviti kita. Oleh sbb sampai pun dah agak lewat so kita jalan2 sambil menikmati keindahan alam yang Allah jadikan untuk kita urus tadbir.

Hakim (10month) & Atiff (4month)
Topi yang cemei tu Jida belikan untuk Hakim & Atif kat gift shop area ladang teh ni, Jida beli same patern lain kaler je sbb nak bagi nampak macam twin  :)



Minum teh tarik seround....  :)





Suka dapat keluar jalan2 ye Hakim.  


All boyzzz.... 


Bergambar dgn Ato & Jida kat ladang teh.

Cuaca kat sini kebetulan elok tak hujan, so tak lah menambahkan lagi kesejukan yang ada. 

Demam Hakim malam pertama pula makin teruk, Papa, Mama & Pok Dal bawa Hakim ke clinic tgh2 malam sbb risau keadaan jadi makin teruk. Alhamdulillah jumpa juga clinic even dah malam buta. Balik rumah terus masuk kan ubat punggung. tak sampai 2 minit, Hakim pooo pooo. Abis baju Mama sebab Hakim poo poo cirit. Jida kata elok lah Hakim poo poo...mean panas badan tu keluar.
And yang penting, malam tu Hakim tidur lena .. zzzZZzzzzzz.....

Esok kita nak berjalan lagi, kena simpan energy ni. Next entry Mama share lagi vac kita kat Cameron ni ye...

~~~ Bahagia lah kamu anak ku sayang...cepat sihat dari demam~~~