Showing posts with label brainy bunch. Show all posts
Showing posts with label brainy bunch. Show all posts

Friday, 13 December 2013

KINDY SURVEY 2 :Pening nak pilih preschool untuk si Bijaksana Mama.

Susah betul nak pilih preschool / tadika untuk Hakim. Banyak hal kena amik kire sebelum Mama & Papa nak enroll Hakim ke preschool.  So lepas dah buat research sikit baru Mama come out dengan beberapa preschool kat area Sg Buloh ni untuk di site visit kan last weekend.  Motif Mama & Papa nak hantar Hakim preschool dah citer kan aritu. So jom check out tadika mana yang bakal Hakim attend next year.


1. Tadika Ar-Razi, Kuang.

Tadika ni dekat dengan simpang 4 Kuang-Kundang. Betul2 kat tepi jalan depan Caltex Kuang. 
Masa kita ke sana last week memang takde buat appointment pun. Terus terjah! Hihihi… tapi pengetuanye kasi juga masuk cuma tak dapat nak entertain kita lama lah sebab dlm tadika tu tengah ada class cuti sekolah and pengetuanye sibuk tanye 2-3 kali dah buat appointment ke belom. Ade terasa gak lah dalam hati ni kan sbb pengetua dok ulang tanye benda yang sama pastu cakap pun nak cepat je. tapi tak salahkan pengetua juga sbb mayb dia busy kan time tu.
So pengetua tu cuma explain tentang yuran je, class nye kita tak dapat tengok. Pengetua  inform yang kekosongan setakat ni hanya tinggal 1-2 tempat je so kena cepat2 booking. 
Booking fee RM100 
 and 
non refundable okayyyy. 

Yuran kat sini pon boleh tahan cuma bezanya buat 2 kali payment so tak lah nampak macam ribu2 kan…padahal bila di accumulate kan , totalnye RM1000++ juga.


Total kena bayar before enroll RM1,505.00, pastu monthly bayar RM250.00


Tiga pat kali juga lah pengetua tu asik dok ulang pasal tempat yg terhad, suh booking bagai. 
Mama pun asik ulang je lah yang kita ni nak survey dulu so tak dapat decide sekarang. 
Aaaaiiihhhhh….letih gak nak melayan kan.

Mama kasi rank 5/10 to  Ar-Razi ni pasal tadika ni owned by org MELAYU ISLAM & semua cikgunye Islam  :)

Tapi yg tak syoknye tak dapat tengok class sebab pengetua tu busy sikit that day tp dok push cakap tempat terhad  banyak kali tak busy plak kan. Huhuhu… 
Then masalah safety pun ye juga. 
Tadika ni mmg gated but location nye tu agak susah nak dapatkan parking  & kena cross jalan kaki nak ke school. Bahaya…bahaya…dah lah kat situ banyak lori hantu. takut lah pula rasa nak cross jalan bawa Hakim sekali nanti.

2. Q-dess, Bukit Rahman Putra

Kat center ni ade offer swimming class! Best kan. Hakim pun teruja bila  tengok kat school ade swimming pool  :)

Q-dees ni in gated area sebab premis ni dalam residential area.( 2 story house at corner lot unit)
Masa buat site visit tu  Qdees baru selesai buat pertandingan mewarna katanya , sebab tu ramai juga cikgu2 nye time kita dtg.
 Kat sini penolong principle nye India, Mrs Jothi namanye. Cikgu2 nye ada Melayu,Cina & India. 
Kire  preschool 1 Malaysia lah ni. Hihihihi… 

Time visit aritu teacher kat sana kata kalau kita register/booking in the same day akan dapat waive untuk bayaran baju sekolah. Erm…pandai kan depa marketing. Tapi Mama & Papa tetap tabah sebab bukan baju FREE yang kami cari. Kami nak cari yg boleh bagi quality education dalam membentuk Hakim jadi insan cerdik yang berhemah! Hamboi ayat! Hihihihi….

Mama kasi 5/10 juga pasal kat sini every Tuesday ade swimming class, lain  dari preschool lain kan.   Besides,rasa secure sebab dalam gated area & just  kenderaan ada sticker Qdees boleh masuk amik anak.
Masalahnye kat sini, Mama rasa mcm congested sangat bila tgk classroom size bilik tidur tu nak dimuatkan dengan 15 student+1teacher. Environment pula mcm agak gelap sikit. 

Masuk premis  & class pun pakai kasut. So rasa  mcm tak bersih pula dok keluar masuk class pakai kasut kan. Pastu  nampak macam penekanan pada ilmu duniawi tu lebih.  Ada subject pendidikan Islam tapi pendek je masanye dalam jadual harian. Hrm…
Mama dah conteng2 ngan pen.  Mama kire2 total nk enroll dalam  RM864.00.
 Then Jun kena bayar lagi RM370 for materials (half year).  Monthly pula kena bayar RM265.00

Monthly bayar RM265.00


3. Brainy Bunch Islamic Montessori, TSB Sungai Buloh (BBIM)

Yang ni pula located at Tmn Teknologi Sg Buloh. 
Baru buka dalam setahun macam tu  & berkonsepkan Islamic Montessori. 
Dalam 3 tempat kita pergi this week BBIM ni paling mahal yuranye.
 RM1,100.00  setahun.
Tu belum masuk baju & event lain. Ada tnya juga apa yuran sampai RM1,100.00 tu kan. Manager tu cakap include insurance RM100/yr, stationary, books ect. Bila tanye lagi stationary & books sampai 1K ke? Yup…dia ulang lagi include books & stationary. Erm…mcm mahal sangat pula 1k for books & stationary. Rasa better BBIM ni elaborate dlm yuran tu RM1100 tu untuk apa so senang lah parents nak tahu ke mana duit tu  dibayar & buat comparison dengan preschool lain. Kan? Kan?...

Papa...kalau jadi masuk BBIM tolong satle kan RM2,120.00 ye. Pastu monthly RM300. 

Tapi apa yang Mama suka tentang BBIM ni bila masuk tu rasa terang & bersih je. Panggilan kepada tenaga pengajar pula adalah auntie bukan teacher. Beza kan?  Pastu fully aircond. Kirenye kalau stdy kat sini rasa nyaman je lah Hakim ye. Hhihihi…tak panas.

Haaaa… 1 more thing BBIM ni tak tak de divide class for age 4,5 & 6 yrs old. Semua campur, kire 1 group untie tu akan ngajar 15stdn pelbagai umur antara  4-6 thn.  Pastu setiap group tu pula tak akan divide into classroom tau. Campur semua dalam 1 hall. Diulang sekali lagi 1 hall semua campur ye.
 Bayangkan kalau yg enroll ada 45stdn…means dlm 1 hall akan ada 3 group + 3 auntie. And setiap group akan diajar subject berbeza dlm 1 masa. Erm…unik kn. Macamana tu nak handle perangai Hakim & budak2 lain yg Mama percaya lebih kurang sama ligat dengan awak. Phewwww..... mau pening pengetua & auntie dibuatnye.

Mama tanya juga macamana anak nk focus kalau dalm 1 hall ada 3 group pastu ngajar pula subject berbeza…menager tu ckp kat BBIM ni ada method yg dorang akan serapkan pd stdn supaya hanya focus pada auntie yg mengajar group itu sahaja. Pada Mama pula kalau auntie2 kat situ boleh buat Hakim focus pada dia all the time, mean memang hebat lah method yang BBIM ni pakai kn sampai Hakim boleh tak hirau activity group sebelah kn lebih2 lagi kalau group sebelah tu nanti ada aktiviti melibatkan fizikal/games. Hrm…

Yang paling mama berkenan at BBIM ni..mereka mewajibkan setiap stdn untuk solat dhuha setiap pagi. Dari ambil wuduk ~ solat dhuha ~ doa~. Moga Hakim dapat & mudah belajar solat & bacaan solat nanti sebab ada kawan2 sama & rasa seronok bila bersolat.  

Ko kurikulum lain hanya tekwando ada disediakan kat center Sg Buloh ni but only for Star or Fullday pakej. So Hakim non hadoo lah ye. Sebab kalau jadi , Mama & Papa decide amik yang regular package je.

Pendek kata Mama kasi rank 7/10 untuk BBIM tapi belum tentu lagi BBIM jadi pilihan hati ye. Kena bawa berbincang dulu dgn Papa & rasa nak survey lg preschool lain sebab BBIM ni agak jauh sikit dari office Mama berbanding dengan Q-dees & Ar-Razi.

Next week InsyAllah Mama nak try cari pusat perkembangan minda yang offer class on Saturday/Sunday pula. Class untuk meransang minda kanak2 untuk 1-2 hour per session mcm tu.
Ade ke class mcm tu untuk age 4 years  ek?
Biasa kita dengar class tuition je kan mcm ni. 
Takpe akan usaha cari area Sungai Buloh kot ade kan. 

Nota kaki: 
semua yg Mama tulis ni based on observation Mama time site visit  & penerangan by teacher last week. Kalau ade reader/principle preschool yg rasa info yg Mama share ni salah boleh je betulkan ye. 
Peace!!!

~~~Sekadar mencari sekolah terbaik untuk permata hatiku, Hakim~~~


Wednesday, 11 December 2013

KINDY SURVEY 1 : PRESCHOOL untuk Hakim

Next year Hakim 4 thn, Mama & Papa decide dah sampai masa untuk hantar Hakim ke Preschool. Actlualy since early year Mama & Papa dah fikir2 kan tentang hal ni. But 2-3 bulan ni baru Mama sibuk search preschool especially yg ada kat area Sg Buloh ni.

Last weekend Mama & Papa sempat buat site visit kat 3 buah preschool area Sungai Buloh.

1. Q Dees, Bukit Rahman Putra
2. Brainy Bunch, TSB
3. Ar-Razi,Kuang

Yuran nak masuk preschool MAHAL kemain!
Bukan ratus2 dah…main ribu2 skrg ni. Dah macam nak bayar yuran masuk uni pula rasanye. Monthly payment pun boleh tahan juga mahalnye. Tapi InsyAllah… dengan kudrat yang ada ni Mama & Papa akan usahakan juga untuk hantar Hakim ke preschool terbaik yg kami mampu.
Details fees & modul each preschool nanti Mama ceritakan entry lain ye.


Bab nak hantar Hakim ke preschool ni, ada juga yg tanye & bagi statement yg Mama rasa betul ke ape Mama & Papa buat ni kan.
hrm......
  •  Kenapa awal sangat nak hantar anak pergi school? 
  • Baru 4 tahun, biar lah anak tu main2 dulu
  • Kesian anak, kecik2 lagi nak kena study...
macam2 lah statement & soklan yang setaraf dengannye.
Tapi Mama & Papa ada sebab kenapa nak hantar Hakim ke preschool even Hakim baru 4thn.

 Mama nak hantar Hakim  ke preschool ni sebab....

1. Tak nak anak Mama asik tgk tv je kat rumah.
(nenek boleh relax sikit pagi2  , nenek complain skrg nenek pun tak dapat nk tgk tv sbb remote tv dah jadi remote Hakim. Asik2 siaran 613 Astro je yg Hakim hadap. Hihihihih....
Mama percaya cakap nenek sebab weekend time Mama ada kat rumah pun Hakim asik nak ngadap cartoon. Malam2 kat rumah dengan Mama pun banyak masa nk ber cartoon je)

2. Belajar solat, doa & hafaz ayat lazim dengan lebih baik
(since kalau Mama & Papa yg ajar selalu je Hakim nk nangis. Tapi Alhamdulillah dlm menangis tu pun pandai dah Hakim baca Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, doa makan, doa keluar rumah, solat pun asas dah ada sikit even buat 1 rakaat je setiap kali solat unless kalau kita solat jemaah baru elok Hakim ikut bilangan rakaatnye. Bacaan dalam solat tu memang belum pandai lg. Tak pe...Mama faham Hakim masih kecil  :)  )

3. Mama nak Hakim BERMAIN
Bagi Hakim expose dengan kwn2, jadi lebih berani, have fun dengan activity yg school buat.  Takde istilah nak main tablet or game2 visual je. Mama nak both right & your left brain tu teransang. Mama nak Hakim happy. So school yg Mama & Papa harapkan sebaiknya bukan yg exam oriented sebab Hakim kan baru 4 tahun . Rasa belum layak untuk sesiapa menilai anak sekecil ini bijak dalam education. Yang penting Hakim memahami ilmu asas agama, mahir berinteraksi dan pandai membuat hal2 rutin harian dengan baik setaraf dengan umur Hakim.  Mama mahukan school yang banyak activity bermain/interaksi disamping itu menggalakkan perkembangan & meransang  minda Hakim dalam menentukan hal baik buruk…dosa pahala.

4. Quality of time: Learn something new
Mama & Papa decide school yang kami hantar nanti tak perlu lah dari pagi sampai ptg. Cukup sekadar 4 hour yang indah2 di school. Belajar & buat activity yang mungkin Mama & Papa tak dapat nak buat bersama Hakim. Mama mengharapkan 4 hour every Monday-Friday , Hakim ada belajar sesuatu yang baru tak kisah dari segi fizikal or rohaniah. Mama percaya dekat school nanti cikgu2 nye mesti terlatih & ada modul yang sesuai untuk perkembangan minda dan rohani anak Mama. Mama pun tak mahu hantar Hakim lama2 di school. Sebab tu Mama akan pilih school yang dekat dengan rumah & office Mama so senang Mama nak arrange time to fetch u at noon. Kalau ikut kn hati banyak lagi pilihan preschool yang lain tp jauh pula dari office Mama.

InsyAllah next entry Mama akan share tentang preschool yang kita dah visit last week ye.

~~~Moga Allah bagi petunjuk pada Mama & Papa dalam memilih school terbaik untuk Hakim~~~