Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Monday, 21 March 2016

Terima Kasih Keluarga.


 Assalamualaikum anak ku Hakim.

Lama Mama tak update blog kan. Actually banyak sangat moment yang best, yang menyedihkan, yang buat Mama nak nangis sepanjang Mama tak ber blog ni. Tak dinafikan yang tahun 2016 ni agak busy sikit bagi Mama.

Sebenarnya kita sekeluarga baru je ditimpa viral fever. 
Ni dah sihat Mama rasa terpanggil sangat nak update blog. Banyak benda yang Mama nak share dengan Hakim. Kesian sangat kita 3 beranak demam teruk. Mula-mula Hakim demam, then Mama and last sekali Papa. Sorang demam sampai 5-6 hari baru elok. Ya Allah ...selama ni Hakim demam lama-lama. Now Mama and Papa pun bersekali. Tak larat sangat rasanya. Sakit semua sendi. Siap pakej cirit birit lagi kita sekeluarga time demam tu. Tu yang jadi lembik habis tu. Dugaan betul...

Sepanjang demam tu Jida and nenek siap datang ziarah kita bawa lauk untuk makan.
Cik Na datang rumah tolong jagakan Hakim 2 malam sebab Mama tak larat. 
Betul sangat! Bila kita susah... sakit... hanya keluarga yang willing tolong kita. Sebab tu kita wajib berbaik sesama keluarga. Sebab hanya ibu bapa dan keluarga sejati sahaja yang sanggup bersusah senang dengan kita.

Nanti bila Hakim dah besar, kalau Cik Na tegur atau marah, jangan lah amik hati.  Dua malam Cik Na bersengkang mata tolong Mama and Papa jaga kan Hakim demam. Besar tu pengorbanan seorang makcik buat anak saudara. 

Terima kasih yang tak terhingga buat Jida,nenek, atok2 dan sekelian makcik-makcik Hakim yang sangat prihatin terhadap kita sekeluarga time kita tak sihat. Kalau tak ada diorang ni tak tau macamna Mama nak jaga Hakim and Papa yang demam. Sebab Mama pun demam teruk yang serius lain macam sakit pening sampai berhari-hari.

Ni antara gambar Hakim and Papa demam baru-baru ni, kesian sangat Mama tengok. Gambar Mama demam tak dapat lah Mama tepek kat sini ye. Tak sesuai. 

Cuba tengok gambar Hakim bawah ni, sampai kat perut pun nak di ambil temperature. Bukan je kat perut, kat tangan and tapak kaki pun kamu dok amik tempreture. Klaka pun ade juga kamu ni time demam-demam. Hihihihihi....

Bukan apa , Hakim kalau demam selalu cecah 39. Tu yang Mama risau and selalu pantau tempreture Hakim. Kalau suhu 38.5 memang terus masuk kan ubat punggung tu pada Hakim.
Demam kali ni 2 kali Papa masukkan ubat punggung tu pada Hakim. Kesian Hakim.

Alhamdulillah... sekarang kita sekeluarga dah sihat dan boleh lah Mama ber blog ye.








Erm.... moment yang mana satu Mama nak mulakan dulu ye?
Banyak sangat moment sepanjang tak ber blog ni.

Ok. Mama share moment kita celebrate birthday ye. Buat pengetahuan Hakim tahun ni Mama and Papa  tak ada buat majlis untuk calebrate birhday Hakim macam tahun-tahun sudah. 

Sebabnye....

1. Hakim dah besar, 6 years old... Lelaki pula tu kan so macam tak sesuai nak berbirthday party macam masa Hakim kecik dulu. Kalau nak celebrate pun biar lah kita-kita aje. Mama,Papa and Hakim. macam yang Mama post sebelum ni.

 2. Kebetulan masa birthday Hakim tu Jida pun tak ada, so tak seronok lah kalau buat majlis tapi Jida tak ada. Jida tak ada sebab time tu Jida ke Penang teman Makteh berpantang baby Nourah.

Baby Nourah (age less 7day)  with Jida .



    
    

    TAPI .....
Nampak cake ni?

Ha.... Family MS sponsor cake and siap buatkan bbq kambing nak celebrate birthday Hakim di rumah atok  lepas Jida and Makteh balik ke MS. Berkumpul semua ramai-ramai.

Diorang beli cake secret recipe tapi dengan 8 perisa. Harga lebih kurang je macam beli cake besar cuma yang macam ni lebih menarik sebab ada 8 slice cake berbeza ikut kesukaan masing-masing. Tak silap harga lebih kurang RM80++

Lebih berbaloi kan.









Time ni, bukan saja celebrate belated birthday Hakim tau,  tapi celebrate birthday Mama and Papa juga. Alang-alang tu, celebrate sekali kelahiran baby Nourah Safiyya. Touching sangat!





Amboi Atok ngadap kambing bakar.


Oleh kerana majlis ni ala-ala surprise so dressing pun ala-ala selekeh ler kita 3 beranak time ni. 
Tudung Mama pun pinjam yang MakNgah punya. Nasib baik tudung Makngah ni cantik. 
Hihihihi.... 


Adik beradik  :)
Selang seminggu lepas majlis ni, Makngah Shida pula berhajat nak celebrate birthday Hakim.

Makngah Shida kesian dengan Hakim gamaknya pasal sebelum ni kan Mama and Papa akan buat majlis untu Hakim, so Mama rasa kali ni buat je lah kat rumah kita.

Mama masak yang simple aje.
Mama masak masak sup tulang , senang buat 1 menu je.
Then  Mama sediakan mee, bihun and nasi impit.  


Cake darpada Mak Ngah Shida. Comel je kan.

Masa ni kita buat makan-makan panggil semua family MS and Kuang. 
Semua datang, meriah lah rumah kita sebab  dah lama juga kita tak panggil semua family datang makan kat rumah kita. 

Semua nak potong cake.

Time potong cake macam biasalah kan, semua anak-anak mesti nak potong sama. Nak duduk paling depan dengan cake. hihihihi...

Kalau tengok gambar ni, yang paling depan cake ialah Hadif. Rasanya tahun ni first time kot Hadif dapat potong cake sekali dengan Hakim. Comel je Mama tengok.





Nourah and Nadim

Baby Naourah and Baby Nadim je tak joint potong cake. Baik je baby dua orang ni berkongsi tilam. 
Tunggu lah sikit hari lagi, mau kalah abang-abang and Kak Meghah dikerjakan pula adik-adik ni. hihihihihi....







♥♥♥


Selesai potong cake.
Tok nenek, pokcik Mokcik pula conquer meja makan.Lapor nak makan sup katanye.

Anak-anak macam biasa, dah kenyang terus main luar rumah.Habis semua mainan Hakim keluarkan nak main dengan Atif, Ofa, Cik Meghah and Hadif. Moto yang dah abis bateri tu pun Hakim keluarkan. 


Alhamdulillah walaupun pada asalnya memang tiada plan untuk sambut birthday Hakim secara berjemaah beramai-ramai macam ni. But Mama happy sebab Mama rasa dihargai dan dirahmati sebab punya keluarga yang sangat prihatin.

Insyallah ada rezeki lagi kita gathering ramai-ramai macam ni ye.


Jida and nenek makan ape tu. Mak Ngah kemain makan berdiri ye.
Bapak-bapak

tengah tengok video makzu slow motion. Beria seronok 3 beranak ni.

Pak Teh memang pandai melayan anak-anak.

Paling lama di meja makan. Maksu and Mak Teh.  :)

Atok -atok Hakim

 ~~~~ Terima kasih Allah atas kurniaan dan nikmat kasih sayang ini~~~~

Friday, 22 January 2016

After six years...

   


    

 After six year...
Hakim membesar depan mata Mama and Papa. Daripada tapak kaki Hakim sebesar dua jari kami sahaja, kini Hakim semakin tinggi melebihi separuh ketinggian Mama and Papa. 

Semakin hari semakin banyak benda yang Hakim pandai 
buat sendiri tanpa bantuan Mama dan Papa. 

Percayalah bahawa Mama sangat gembira bila Hakim  semakin pandai berdikari tapi ingat lah sayang bahawa pada Mama kamu ini masih sekecil baby... Rasa macam kalau boleh nak sentiasa ada di sisi Hakim and protect Hakim ke mana saja, 24 hour.


Walaupun Mama tahu Hakim pandai mandi sendiri...
tapi Mama tetap juga nak mandikan  Hakim.

Walau Hakim dah berus gigi... 
tapi Mama nak juga baruskan gigi kamu sekali lagi.

Walaupun Hakim tau pergi sendiri rumah Atok and Jida..
 tapi Mama tetap tak akan kasi Hakim pergi sendiri.

Walaupun Hakim pandai makan sendiri...
tapi Mama selalu nak suap kan Hakim makan.

Walaupun Mama tahu Hakim pandai buka pintu car sendiri...
tapi Mama tetap risau and tak kasi Hakim buka pintu car sendiri.

Mama tak tau lah apa perasaan Hakim terhadap Mama ni.  Kalau pun Hakim boring... Mama harap Hakim bersabar saja lah dengan Mama ni ye. Sebab bagi Mama..Hakim adalah baby di hati Mama.

Buat anak ku Hakim...
Selamat Hari Lahir buatmu. Semoga Hakim terus berjaya dan jadi insan hebat di dunia dan akhirat.

Mama share sikit moment semalam ye. 
Biasalah bila celebrate 3 beranak ni, cake pun 1 slice je ye.  Mama love u...

Mama ready...dia pula buat-buat tido.
Lepas Papa snap gambar ni, Hakim kena marah dengan Papa sebab tak co operate time nak bergambar. Hihihihihi....
Macam biasa, kalau ke SR, Hakim akan order Macaroni cheese. 
Your turn snap  gambar Mama and Papa pula. Mama ok...Papa plak blur.

Selfie 

Gambar selfie atas ni Maksu snap. Maksu and Mak Ngah anak beranak singgah kejap ke rumah kita lepas hantar Pak Ngah ke KLIA. Terima kasih ye singgah...sori takde cake untuk dijamu. Insyallah... ada rezeki kita makan cake bila Jida and Ato dah balik dari Bertam. 

~~~ Happy Birthday!~~~


Wednesday, 26 August 2015

Di 30 Syawal... Sambut Bithday. Sambut Orang Sakit.


Selamat harijadi Atif yang ke-5

Hadiah Atif tahun ni Hakim yang pilih. Sibuk seminggu mulut Hakim asik nak ke kedai membeli hadiah Atif. Yang benarnya Hakim nak joint sekaki beli mainan dia. Ermmm... Mama kenal sangat anak Mama sorang ni.


Comel sangat kamu berdua ni!

Bithday Atif tahun ni buat time 30 Syawal sekaligus Mak Ngah buat open house raya siap berkhemah, berkambing golek bagai. Kiranya besar-besaran juga lah nak sambut birthday si teruna sulung Mak Ngah ni. Rancang dah berminggu-minggu harap majlis berjalan lancar.

Tapi kita merancang kan.
Allah punya susunan lain, ditakdikan pula Aufa demam kuat and masalah jangkitan kuman dalam paru-paru. And petang 1 hari sebelum majlis tu, Aufaa warded. Kesian juga Mak Ngah and Pak Ngah berbelah bagi nak on majlis esoknya. Khemah dah siap pasang and tempahan makanan pun semua dah dibuat.

Lepas  berbincang, Mak Ngah and pak Ngah decide  on je majlis raya and bithday tu.
And disebabkan pagi tu demam Aufa dah turun and keadaan bertambah baik, Doktor kasi pelepasan  sekejap. Pukul 6 petang kena return balik Aufa ke Putra Medical Center. 

Dan tentunya majlis tak kan meriah bila salah sorang ajli tuan rumah tak lengkap kan. 
So sampai je Aufa ke rumah, terus lah upacara potong cake bermula. 
Kek spiderman tu. Mama tak dan rasa pun. Cepat habis sebab jemputan anak-anak yang ramai.


Baru seronok nak celebrate bithday Atif, senua ada. Aufa wajib ada! Tapi...Cik Megah mana?

Pak Ngah Mizi paling banyak bantu Mak Ngah kelola majlis. Tq Pak Ngah Mizi...



Bila anak-anak pakai mask nampak comei, Mak-mak??? Hehehehe....



Hakim and Ato. Wish Ato sihat and  happy selalu.


Aufa with Jida. Kesian tangan Aufa berbalut.


Halo Atif! Mama Long nak snap gambar ni. Awat tengok kot lain?

Baru nak snap berduyon plak model lain datang. Layan...

Favorite Hakim, Nasi Ayam, Ayam nak peha. 



3 generasi Haji Ahmad. Ini tak sampai suku ni. 
Kesayangan Abg Hakim... Cik Meghah. 
Alhamdulillah walaupun ada dugaan, majlis harijadi dan open house rumah Mak Ngah berjalan dengan lancar. 


 Yang penting sekarang Aufa dah discharge and keadaan kesihatan Aufa pun bertambah baik. 

Owh ye, sepanjang majlis tadi Cik Megah takde kan. Cik Meghah tidur sepanjang majlis. Dah habis majlis baru bangun tidur, agaknya kasi chance kat kita layan Aufa lebih sikit. Hihihihi...

Bangun tidur, terus minta dukung kat Hakim. Untung lah Hakim punya ramai sepupu and adik girl yang comel macam Cik Meghah!





Gambar kat bawah ni kita datang visit Aufaa di PMC next day after celebrate birthday Atif.
Ward dah macam bilik kat rumah kan. Semua nak naik katil. 

Hakim hadiahkan dinasor buat Aufa. Tu tengah membelek dinasor lah tu.

~~~~ Adik beradik. Hakim ada adik beradik~~~


Thursday, 12 February 2015

Alhamdulillah....Anak ku kini 5 yeas old.



At Secret recipe on your birthday. Just 3 of us celebrate this special day. 
Pejam celik dah 5 tahun umur anak Mama tahun ni. Alhamdulillah sepanjang 5 tahun ni
 Allah bagi Hakim kesihatan yang baik. Kadang-kadang sahaja Allah bagi demam, demam nak besar.

Tapi sepanjang 5 tahun ni ada 1  ujian Allah nak uji  hati Mama and Papa dalam 
membesarkan Hakim. Ujian itu bermula masa tu Hakim berumur 1 tahun lebih, 
uijian di mana hidung Hakim kerap bleeding. 

Almost setiap hari akan bleeding.
Kadang-kadang bleeding time tidur. Bleeding pula tu bukan sikit-sikit. Banyak!

Bukan sebelah hidung tapi both ludang hidung akan bleeding. Fresh blood pula tu!

 Memang risau hati Mama and Papa sebab takut juga Hakim tak boleh bernafas time tidur sebab both lubang hidung tu penuh darah kan. Setiap bulan memang akan ke klinik and emergency room sebab bleeding yang banyak. End up doctor buatkan surat refer ke PPUM sebab terlalu selalu bleeding.

Mama and Papa bawa ke PPUM jumpa  pakar ENT masa tu umur Hakim 2 tahun lebih. Alhamdulillah setelah diperiksa, Doktor kata tak ada apa-apa yang serius  just ada trauma dalam hidung Hakim which mean kalau kawasan tu dikorek or cuaca panas boleh menyebabkan kawasan trauma tu senang bleeding semula.

Doktor tanya sama ada Hakim pernah jatuh or jadi apa-apa ke pada Hakim yang menyebabkan hidung tu trauma? So bila di ingat kan semula memang Hakim pernah jatur ter tomos  (ter tiarap) masa Hakim nak masuk age 1 tahun. Waktu tu Hakim baru mula pandai berjalan. Hakim jatuh kat laman rumah nenek Kuang. Memang since daripada peristiwa itu lah hidung Hakim jadi over sensitive. Senang sangat bleeding. 

Hakim pula agaknya tak selesa bila hidung tu bleeding and darah mula mengeras dalam hidung. So bila tidur dalam tak sedar tu Hakim akan tenyeh hidung Hakim. Itu lah yang jadi makin truma kawasan yang sensitive tu. 

Doktor cuma pesan supaya Mama and Papa pantau Hakim sebab tak nak Hakim korek or tenyeh hidung tu over sangat. But macam biasa, nak cure ni memang makan masa. Seiring dengan masa… bleeding hidung Hakim semakin pulih. Tidak sekerap yang dulu. Hampir 2 tahun juga Papa tak lena tidur malam sebab asal dengar je Hakim bergerak, Papa akan tengok Hakim and suluh hidung Hakim dengan torchlight. Papa and Mama nak make sure Hakim tak korek hidung time tidur. 

But now Alhamdulillah… 
Hakim dah jarang sangat bleeding hidung. 
Dah 5 tahun kan, dah besar. Dah pandai jaga diri, jaga hidung.

So that the end of the sad story. 
Meh Mama  nak share  your birthday celebration baru-baru ni pula ye. 

~                                                         ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Macam biasa oleh sebab birthday Hakim tahun ni jatuh masa hari kerja maka kita bertiga celebrate dengan sepotong chocolate indulgence di Secrete Recipe Saujana Utama. No candle, no balloon… just 3 of us. And you are wearing jubah, hadiah from Jida. Sejuk je mata memandang.

On 1 Feb. 2015, Sunday barulah kita ada kesempatan nak buat sedikit doa selamat and jamu sedara terdekat. Birthday Hakim kali ni kita tukar timing ke pukul 2pm pula (sebelum ni buat pukul 5pm). Bukan apa, Hakim sedia maklumkan yang setiap kali birthday mesti Hakim sleepy. Nak tidur. So kali ni Mama dah sepakat dengan Papa nak buat pukul 2 petang pula.

Oleh sebab nak celebrate cepat maka Jida dah volunteer nak masak kan nasi ayam dari rumah Jida je. So Mama tinggal masak kan lauk nasi ayam je and dishes lain.

Menu tahun ni simple je. Nasi ayam dan kueh tiaw goreng (nenek Kuang sponsor). Seronok bila ramai yang nak volunteer and sponsor makanan ni. At least Mama ni tak delah terkejar-kejar nak buat itu ini kan. Maklum lah, Mama ni bukan muda remaja lagi. Kaki ni mudah lenguh , mudah penat bila berdiri kat dapur lama-lama.

Tik tok tik tok…

Dah pukul 2pm. Semua tetamu dah sampai. Bacaan doa dimulakan.



Nampak kan Hakim tengah berteleku baik punya kat tepi Papa.
Itu berteleku ada makna tu. Berteleku sebab mengantok!

Siap je berdoa Papa bisik kat Mama minta dicepatkan potong cake sebab anak dah sleepy.
 Aduhai…. Hakim ni macam-macam hal. Orang nak celebrate dia, dia pula nak tidur.




Potong cake but muka sleepy. 

Ni lah 1 photo ok sikit kita 3 beranak. Anak dah merengek nak dokong, nak tidur.


Mana Hakim ye?

Hakim kat mana?

Cik Haziq, Cik Nina Ninot and Cik Ain.  Yuhuuuu... where are u Hakim?

Mana lah anak kesayangan Mama ni?


Erm,.,, Hakim tak ada sebab Hakim sleepy.
Orang tengah busy dia masuk bilik.. tutup muka. Silau! Nak tido katanye.

Aloloooooo. Sayang sangat!


Hakim and Cik Na. 
Lama juga lah Hakim tidur.
 Dah petang dalam pukul 5pm baru bangun minta nasi, lapo perut gamaknya
.
Orang dah nak balik dia baru bangun, baru nak start engine nak main.

Tak kisah lah anak ku, asal kan kamu happy. Kamu baik-baik saja.



Berselera makan nasi ayam. Tikar carpet semua dah gulung , Hakim baru bangun tidur.

Muka happy Hakim....mata dah segar and perut dah kenyang.

Terima kasih kepada pakcik makcik, tok nenek and sepupu yang sudi datang. Hadif the only sepupu yang ada tahun ni.

Ini hadiah favorite Hakim . Tq moksu and acik Talhah.

Tahun depan Mama and Papa akan pertimbangkan semula masa yang
 paling sesuai untuk menjamu tetamu. Hope next year Hakim tak tidur ye. 

Orang datang rumah kita, kita kena layan tau.  
Bukan tidur. Hihihihihi….

As penutup, ni Mama nak belanja sekeping gambar tetamu VVIP time birthday Hakim.
Dah banyak tahun diorang ni tak celebrate birthday Hakim sebab dok merantau jauh nuuuuun.

But this time diorang lengkap 1 family celebrate birthday Hakim.



Taraaaaa.... Hadif si comel yang bolat , Mak Teh and Pak Teh!

Selalunya ada Atif, Offa and adik Mehgah kan. 
But this time your buddy tak ada sebab move to Johor temporary. Nasib baik ada Hadif.... ada lah juga sepupu kan dok celebrate sama. Nanti birthday Hadif nak celebrate kat mana ye Mak Teh? 
Hope Hadif  tak jadi macam Abg Hakim, time celebrate birthday ... tidoooooooo.

Hihihii.

~~~ Mama sayang Hakim~~~