Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Monday, 1 August 2016

Yea!!! Tahun ini kita raye kat MS!!!


 Assalamualaikum Hakim. Mama doakan Hakim sihat dan happy selalu.

Tarikh harini ialah 27 Syawal. 
Waaahhhh... Dah nak habis Syawal dah, Mama baru post tentang raya? Hihihihi
Sorry lah sayang ye, Mama baru ada kesempatan nak share dengan Hakim tentang kemerahan raya  tahun ni harini.  Maklum lah sibuk dok anyam ketupat sampai 26 Syawal. Kikikiki...

Alhamdulillah di tahun ini semua adik beradik Mama berkumpul beraya bersama Ato and Jida. Happy sangat bila dapat berkumpul dan bergambar bersama macam ni di pagi hari raya.

Gembira 7 beranak di pagi hari raya. Complete!


Tapi.... awat pelik noh photo ni kan?
Cer check! Cer check!

Hihihihi.., gambo tu gambo edit nak oiiiii.
Yang beno nye maksu takde pun dalam gambar tu. Maksu on duty di hari raya.
Biasalah orang baru mula kerja kan kena redhooooo je lah kerja di pagi hari raya.

Gambar asal beno nye macam kat gambar bawah ni. 
Gambar atas tu maksu ngedit sendiri. Takpe maksu... walaupun maksu takde pagi raya tahun ni. tapi maksu sentiasa di hati kami. ..

Sabo je lah kan maksu, yang penting duit raya dilupa jangan ye maksu.
Duit raya dari maksu memang terbaik sangat! Nilai nya ngalahkan orang dah keje 5-6 tahun. Harap-harap di raya akan datang nilainya jangan menyusut ye maksu. Hihihihi...

Gambar asal.

Tapi tu lah, bila kerja dalam unit beruniform ni memang inilah pengorbanan yang perlu dihadapi. Siapa yang tak mau balik beraya kan. Tapi sebab tanggungjawab tu yang kena ikut kan juga. 
Itu pun nasib baik tempat kerja maksu dekat je dengan rumah. Malam raya maksu dah boleh jumpa semua and agih-agihkan duit raya kat semua anak menakan ni. 

Yang penting di pagi hari raya kita mesti GEMBIRA!

Meriahnya raya!



 



Ato + Jida + cucu.


Part paling best! Part anak-anak beratur nak minta maaf and dapat duit raya. Ni turn Pokgei and Mokgei bagi duit raya.


Lepas agenda di rumah Ato and Jida selesai
 moh ler kita keluar beraya di rumah sedara mara ye anak-anak.

Ni Mama share beberapa keping gambar kita beraya sepanjng Syawal ni ye.
Tak banyak gambar tapi cukup lah untuk dijadikan kenangan  buat kita.

  

Macam biasa, anak-anak bukan nak ikut mak apak nye. Semua sibuk meng ekor Jida.

Ini adik perempuan kesayangan abang Hakim.


Ni kat Perigi Hang Tuah , Melacca. Nak beraya rumah Nenek Teh kamu. 

Time ni kat car park Hosp Alor Gajah, Nak visit Nadim warded sebab Rotavirus. Sian Nadim beraya di Hospital.

Ready nak beraya ke rumah Ato Sabri di Cheras.
Nadim dah sihat.... Berjumpa kita beraya di rumah Ato Sabri.

Beraya rumah Atok Tam di Sepang. Tengok siapa bawah meja. 

Masa ni kita bawa Ato and Jida datang beraya di rumah Atok Kuang.  Comei kan ato-atok.  :)



Tok and Nenek saudara Hakim yang datang beraya di rumah kita. Nanti datang lagi ye.


~~~~ Raya Kan Sebulan~~~~



Monday, 3 August 2015

Ketupat rendang, Pak cik dan Mak cik, Kuih dan Muih..... lalalalala.....

Besar dah anak Mama, pandai nak nyanyi lagu raya pula tu.
Kelakar rasa hati ni bila Hakim dok ulang je baik kata ni

Ketupat rendang.... Pakcik dan Makcik... Kuih dan Muih.....


Actually lagu yang Hakim selalu nyanyi ni tajuk nya,
 Suasana HariRaya. Tapi hat 8 perkataan tu aje yang Hakim dok ulang. Dok semangat nyanyi sampai Mama and Papa pun dah tersuka kat lagu yang 1 ni. Siap gigih tengok Youtube sebab nak nyanyi lagu ni sesempurna lirik. Hihihihi...

Happy betul Hakim bila dapat tengok video lagu Suasana Hari Raya tu. Tapi ada perkara yang paling happy bagi Mama and Papa di Syawal tahun ini. Syawal tahun ini kita meraikan kemenangan Hakim yang dapat berpuasa!

 Mama  and Papa cukup tak sangka Hakim dapat bertahan puasa. 
13 hari puasa untuk tahun pertama belajar puasa. 

Alhamdulillah.... Mama kagum! 

Siap tanya teacher betul ke Hakim tak makan time school and teacher inform yang Hakim memang tak makan minum.  Terharu Mama. But Mama still pesan kat teacher yang Mama tak tegas lagi nak latih Hakim berpuasa so in case Hakim nak makan and minum , anytime... bagi je. But Alhamdulillah Hakim dapat bertahan sampai berbuka.

Hari pertama puasa bukan main Hakim bersemangat nak sahur. Siap minta buat kan lontong untuk sahur. Mama ni punya lah nak motivate kan anak, gigih masak lontong and nasi impit mini 3 ketoi untuk Hakim! Senang pula tu nak gerak sahur. 

Tapi... just untuk 3 hari pertama sahur aje The rest? Sahur pukul 7.30am. Liat dah nak bangun sahur, But buka puasa ikut time orang puasa. Dapatlah bertahan puasa 13 hari.  Lauk favorite buka puasa Hakim pula ayam goreng bahagian peha!  Memang selera makan berbuka dengan anak bujang yang baru berlatih puasa ni. Katanya seronok nak puasa sebab nak raya!

Bukan takat budak, Mak budak ni pun seronok woooo nak raya! Hihhihihi...

Meh Mama share gambar raya Aidilfitri since Hakim dalam perut Mama ye.


YEAR 2009

Masa ni usia kandungan 7 bulan. Hakim makin aktive  menendang and hiccup dalam perut Mama. 
Orang kata dah boleh dah buat lenggang perut time  ni. Tapi kita takde buat pun, Ato and Jida just buatkan kenduri kesyukuran sahaja. 

Raya tahun ni Mama bahagiaaaa sangat!
Bahagia sebab  beraya time pregnant ni, makan lah banyak mana pun, tak kisah perut buncit. 
No need nak cover perut buncit  and tahan nafas time snap gambar bagai. Hihihihi..

Mama belanja 2 gambar ye. 
Gambar kiri (baju pink)  tu time 1 Syawal , yang kanan tu kalau tak silap time 4/5 Syawal. 
Kecik je perut Mama time ni. Kalau tak pakai baju ibu mengandung, orang tak perasan Mama sedang mengandungkan Hakim.





YEAR 2010

Yeay tahun pertama beraya  ada anak!
 Masa ni sakan betul Mama and Papa berbelanja. Shopping  baju untuk Hakim berpasang - pasang. Gigih mencari baju melayu nak sarung pada Hakim time 1 Syawal.  Hasilnya jadilah macam gambar bawah ni. Comel sangat Hakim 1st time berbaju melayu.


1 Syawal  2010,  1st time kita beraya bertiga di rumah Ato MS



YEAR 2011

Theme purple.  
Masa ni beraya, Hakim dah pandai jalan and kuat dah berlari. 
Ketupat , palas , kuih  pun semua dah pandai nak dimakan. Baju pun asik bersalin-salin je ler. 
Apa tak nye, asik tumpah and comot je time makan.

1 Syawal 2011 di rumah Ato Em.


YEAR 2012

Montel kan Hakim masa ni. 
And... Mama rasa Mama pun ikut montel time ni. 
Raya paling montel! Papa je steady... Jeles!
Ok ,  next!!!!

1 Syawal 2012...  Syawal paling Montel!



YEAR 2013

Hakim 3 years old, segak pula anak Mama ni bersongkok. 
Warna tema oren ni Hakim yang pilih. Mama ingat lagi Papa berkeras nak warna baju raya sama dengan Hakim. Tu yang beli kain yang sama tu. Songkok pun gigih cari yang sama patern. Maklum ler... anak kesayangan Papa.

1 Syawal 2013, snap gambar ni di rumah Ato Long Nazar.




YEAR 2014

Turn beraya di rumah ato MS.  
Alhamdulillah Papa keep his promise yang time raya akan ikut turn. 
Walaupun kampung Mama and Papa ni dekat-dekat tapi bab beraya hari pertama di rumah siapa memang Mama and Papa dah sepakat since kawen dulu yang kita akan ikut giliran. 
Muafakat kan membawa berkat.  :)

Thank you En Somi  .


1 Syawal 2014 di laman rumah Atok MS. 


LATEST, 2015...

Raya bersama menyambut kemenangan Hakim dah boleh puasa!
Mama and Papa doakan tahun depan Hakim boleh tambah lagi puasa lebih daripada 13 hari dan menjadi anak yang soleh. Solat jangan tinggal ye.

1 Syawal 2015 di rumah Ato Kuang. Ini je gambar 1 Syawal kita bertiga yang ok sikit. 

 Masa ni songkok  tah kemana.  And dah pandai dah nak kumpul duit raya. 

Time raya tahun ni paling win!

Orang asik cakap dah boleh dah tambah lagi ni... 
Boleh dah bagi adik kat Hakim ni.... 
Jangan tunggu dah nanti manja anak ni... bla bla bla....

Apa ingat nak buat anak ni asal projek je jadi ke? 
Geram ngat aiiihhh!!!
Sakit hati ni tau, tapi tak pe lah. Kasi chance... di Aidilfitri yang mulia ini, 

 Mama maafkan je mulut-mulut dorang tu. Biar lah... 
Penat lah nak touching yo yo ooooo sangat.
Orang raya nak hepi-hepi, ye dak?

~~~~   Tahun depan kalau tak ada adik lagi... tau dah soklan ni sure hot lagi nih. ~~~




Wednesday, 13 August 2014

Jamuan Aidilfitri :: 17 Syawal di Little Caliph Sungai Buloh.

Photo skema. Black & white. 

Kasi  taruk dulu ini gambar itam putih ala-ala versi movie
 Batu Belah Batu Bertangkup era 50an. 
Cer cari mana Andy Hakim yang bijaksana.  
Tak ramai pun ni. Hakim muka happy sesangat.Bergambar dengan freinds. 

Rasanya ini gambar pertama Hakim bergambar happy je bersama kawan-kawan Little Caliphs.
 Kalau refer balik pic lama memang semua photo muka Hakim monyok, no senyum-senyum. Ini kali muka Hakim banyak syok! Banyak happy!  

Masa Mama datang ni dah pukul 1 tengahari  so ramai student yang dah balik. Mama datang sekali dengan Mak Ngah Shida.  Yang mana tinggal ni yang amik sekali program day care. Nampak betapa ramai  nye kumbang di situ. Si bunga ada lah dalam 4-5 orang macamtu. Tak tau macamana haru birunya teachers nak handle boys club ni kan. Hihihii... sabar je lah ye cikgu ye.  :)

Macam-macam juadah provided by Litlle Caliph & parents. Lontong, Laksa, Mee goreng & Nasi berempah. Kuih muih memang banyak lah. 

Andy Hakim bagi ape? 
Andy Hakim sponsor Watermelon kaler yellow and cup cake berperisa vanila.
:)  


Peace Yo!

Sesi gambar bewarna pulak lah ye. Baru senang nak cari mana 1 Hakim kan.
Nampak tu Hakim pakai baju raya tahun lepas. Nak juga baju melayu oren dia tu.
  Padahal theme raya kita tahun ni green tapi bersungguh beria nak pakai hat oren ni.
 Ikut kamu lah anak, asalkan kamu happy tak kisah lah nak pakai baju tahun lepas ke...ape ke. 
nasib baik baju tu elok muat cumanya ada lompong sikit kat kangkang seluar. 

Gigih juga lah Papa tolong jahitkan seluar Hakim celah kangkang tu pagi tadi. 
Terkejut juga Mama tengok Papa dok tekun menjahit atas katil pagi subuh tadi. Ingatkan apa lah yang Papa dok khusyuk dalam bilik...rupanya Papa jahitkan seluar Hakim. Tak pernah-pernah Papa menjahit. Kali ni untuk Hakim, Papa menjahit tau. 


Duit raye sorang satu ye. 
~~~ Kenyang tengok Hakim happy kat school and Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat tenaga pengajar Little Caliphs TSB~~~

Tuesday, 5 August 2014

Minal Aidil Wal Faizin 2014


Selamat Hari Raya  :)

Lambat hapdate ek. Orang dah masuk 9 Syawal , Mama baru nak hapdate blog.


Tahun ni turn beraya di rumah Ato & Jida MS. Meriah the merrier sangat. 
Sehari sebelum raya (Ahad) tu Mama, Mak Ngah dan Pok Dal dah bersiap siaga nak menyerang Paso Paya Jaras. Kesian kat Jida & Ato kan , mana larat depa nak ke paso memborong lauk basah so this time Mama & the geng take over sepenuhnya hal-hal sopin kat paso.

Anak-anak semua tinggal dengan Papa masing-masing. Kalau bawa Hakim tak jadi soping le jawabnye kan. Biar ler Hakim stay kat rumah tolong Papa apa-apa yang patut.  Macam gambar kat bawah ni. Sejak subuh sepieeee dah tolong Papa kat laman belakang. Ada juga faedahnye kan.


Sambung hal sopin di paso tadi ye. Sampai kat paso Paya Jaras dalam pukul 9 pagi macam tu. Ya ampun!!! No parking  plus orang ramai bersesak-sesak kat paso ni. Siap ada juga pelanggan yang terpaksa bakar sendiri ayam kampung sebab nak tolong peniaga siap kan ayam tu cepat. Itu baru part ayam. Part sayur jangan cakap lah. Kancang panjang kalau time cenggini makna kata dapat hat yang dah kecut ler jawabnya. Gamaknya semua penduduk Sungai Buloh ni masak lodeh kot jamu di pagi raya.  Patut ler Jida pesan kalau nak ke paso make sure gerak pukul 7.30 pagi.  Memang payah ler nak cari sayur segar time pukul 9-10pagi cenggini. Semua dah ditibai oleh rakyat jelata seawal 7 pagi agaknya. 

So terpaksalah kitorang ni pergi gerai ke gerai untuk pilih sayur yang segar. Kena pandai pilih dan cari lah kan. Tak kan nak beli sayur yang kecut-kecut pula. Daging segar 4kg harga boleh tahan juga kat paso ni. RM26/kg. Plus ayam 6 ekor dan semua sayur mayor semua dihangkut oleh Pok Dal yang gagah perkasa. Hihihihihi...itu tujuannya pun Mama & Mak Ngah paksa Pok Dal ikut ke paso. As driver & pengangkut bahan masak.  mama & Mak Ngah mana lah larat kan nak bawa barang berat-berat. Kitorang ni kan wanita, tak kuat.... hihihi.

Habis bab paso. Semua yang dihajat nak masak pun dapat dipenuhi.
Lontong, rendang, palas ...semua ada. Seronok nya raye!

Kali ni berganda ganda happy sebab semua pakcik makcik Hakim ada beraya bersama di kampung MS di hari pertama Aidilfitri

.  Setiap bilik rumah Ato & Jida fully occupied. Kita 3 beranak tidur dalam kelambu khas Pak Teh bawa dari Perlis. Hakim bukan main seronok main dengan Atif & Oppa. Happy sangat hati Mama. Seronok kalau hari-hari...hari raya. Dapat pakai baju baru...snap2 gambo.  Macam gambo2 kat bawah ni.


Ato MS & Jida. Sweet couple forever!





Para menantu. Yang unipom hijau tu menantu paling osem! Terselit Encik Hadif di situ. Hihihihi....

Nak dapat gambo yang ready sikit punye susah!
Mak Ngah anak beranak: Yellow
Mak Teh theme Grey
Kita Hijau
Moksu & Pok dal Blue sangat!
Ato & Jida   =====> colorful is santek!

Hat ni pula pasangan paling romantika di amor! 

Kesayangan Mama.

Drama. Asik berlari je keje nye. Dah jatuh baru ler cari Mama & Papa.

Askem di pagi raya.


Salam Aidilfitri. Ke Johor kita raya ke-2. Rumah Nenek Ana yang sangat penyayang. 
Sekian, mama melaporkan.

~~~ maaf zahir batin buat semua dari kami 3 beranak~~~